Wednesday, November 2, 2011
Inilah Kerja Orang Kafir
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!
persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH
(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007
Monday, October 17, 2011
Keluarga tetap Keluarga
Baiklah, sedang saya bercuti ni, saya gemar memerhatikan pergerakan pada waktu pagi. Ketika itu, ramai budak pergi ke sekolah. Tidak kiralah sekolah rendah ataupun sekolah menengah, sayu sahaja pergerakan mereka. Mungkin sarapan pagi yang enak-enak dibuat oleh para ibu membuatkan mereka bertambah semangat dan kelihatan bergaya untuk ke sekolah. Mungkin juga mereka bersedia untuk bercerita tentang apa yang ditonton di televisyen untuk dikongsi bersama(cite hape2 je la,mungkin kartun,drama xpon gosip2....amboi2,kecik dah bergosip). Melihat keadaan ini membuatkan hati saya sungguh sayu dek teringatkan kenangan lampau. Saat itu kalau diingatkan memang manis sekali, kerana saya memang bersemangat untuk pergi ke sekolah bertemu rakan-rakan. Ya, saya rasa ramai juga mempunyai perasaan seperti saya. Tapi adakah anda perasan bahawa kebanyakan ibu bapa setelah mengejutkan,memandikan(bg yg kecik lg la....kalau yg dh besa tu mgkn x tau malu rsenye), menyiapkan sarapan dan menghantar mereka ke sekolah, selepas mereka berbuat demikian mereka seolah-olah melepaskan tanggungjawab ke pihak sekolah. Seolah-olah tanggungjawab ibu bapa berakhir dengan masuknya anak-anak ke alam persekolahan. Saya tidak mengatakan bahawa ibu bapa tidak mendidik anak-anak,namun menjadi satu trend bahawa semua pendidikan asas dipelajari di sekolah. Patutlah orang yang berada di kementerian pelajaran sentiasa pening kepala. Bermacam-macam program dan bentuk syllabus dibuat untuk membaiki taraf pembelajaran. Kalaulah ibu-bapa ini dapat bertindak awal, sudah tentu anak-anak kita lebih tenang dan tidak penat.
Sebenarnya tugas ibu bapa mendidik semakin bertambah dengan bertambahnya umur anak-anak. yang paling saya pasti, apabila anak-anak mula bergelar remaja, perhatian yang sangat tinggi perlu diberikan kepada mereka. Bukan bermaksud mengkongkong tetapi memberi kebeasan secara berhemah. Bagi mereka yang sedang ataupun sudah bergelar remaja, remaja inginkan layanan seperti orang dewasa, mereka mahukan identiti dan kebebasan. Bagi saya, ini merupakan perkara yang bagus kerana mereka mula bertindak lebih agresif dan 'independent' TETAPI kebanyakannnya tidak matang. Akibat ketidakmatangan tersebut maka selalulah terjadi ibu bapa memberi layanan keras kepada anak-anak dan anak-anak mula membenci ibu bapa dan membuat jurang antara keluarga.
Kebiasaannya, dari kaca mata saya, anak-anak yang sedang membesar adalah anak-anak yang keliru dengan perasaan sendiri. 'Diorng' ni sebenarnya tidak tahu pun apa sebenarnya yang mereka hendak atau perlukan. Selalunya, perkataan yang biasa terjerit kepada ibu dan bapa ialah
Sunday, October 16, 2011
Ewah-Ewah
ESOK BERSAMAAN BERAPA BULAN ENTAH DUNIA BAKAL DIGEGARKAN DENGAN PERKAHWINAN 'trulyidea' PENGARANG BLOG SEKADAR PANDANGAN BERSAMA Ehem2....OLEH ITU PARA HADIRIN DIJEMPUT UNTUK BERSAMA-SAMA DITIPU OLEH PENGUMUMAN INI,WAKAKA.....
Amboi-amboi! Sungguh perasan ya si trulyidea. Teringin benar ke nak kahwin sekarang. Hurm, kalau nak ditipukan hati, memang ada hajat tersebut. Namun pada dasarnya dan keadaan semasa, saya amat tidak berminat untuk berfikir soal-soal kahwin. Mungkin saya rasa tubuh badan saya yang comel,corak pemikiran saya ini belum sesuai untuk berfikir soal-soal berkaitan dengan perkara ini. Sejak berada di alam sekolah menengah saya kurang berfikir perkara-perkara berkaitan percintaaan(chewah, ayat xleh blah). Saya banyak membuang masa atau kata nama lain meluangkan masa memikirkan perkara-perkara berkaitan dengan pelajaran, displin, sukan dan perkara-perkara yang penting semasa berada di STAR(di sini anda mesti dapat tangkap bahawa saya sememangnya seorang pelajar yang berdedikasi,bertungkus-luus untuk memajukan negara). Walaubagaimanapun saya tidak nafikan perasaan cinta turut membibit hati saya sendiri. Tapi kepada para peminat jangan risau, trulyidea masih 'single' dan kepada yang berminat bolehlah beratur di kaunter...hua3. Haha,baiklah sebelum saya terus mengarut, kita teruskan dengan ideologi atau sumpahan blog SEKADAR PANDANGAN kali ini....wahahaha(mcm scary jugak la bunyinya).
Sebenarnya saya terjumpa suatu artikel yang saya kira menarik perhatian saya teramat. Dia menceritakan tentang cinta dalam diam. Hurm, saya pada awalnya memang malas untuk membaca dek kerana bangun lewat tetapi akhirnya saya habiskan juga sebabnya artikel tu mempunyai gaya bahasa yang menarik dan isinya sungguh baik sekali. Mari saya tujukkan apa yang saya dapat:
________________________________________________________________________________
CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥
Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way
“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
_________________________________________________________________________________
Hurm,begitulah coretannya. Saya rasa cinta dalam diam memang seronok sebab kita dapat mengenali hati si dia yang kita suka dengan lebih dalam. Saya tidak fasih dalam bercinta terbuka tetapi saya amat fasih dengan cinta secara diam(hehe, kantoi suda). InsyaAllah kepada mereka yang nak tips-tips berkaitan cinta secara diam ni bolehlah melayari trulyideajustshare.blogspot.com dan bertanyakan kepada trulyidea..haha.Semua tu gurauan semata-mata.
Wednesday, October 5, 2011
Astro pon hadap kiblat??
Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?
KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya
Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..
Tuesday, October 4, 2011
Itu Hak Kau...
Monday, October 3, 2011
A Favourite Quotation
WE ARE NOT WHAT WE EAT
BUT
WE ARE WHAT WE READ
It means that reading increases our knowledge. Well then, with a great knowledege we will become a great human. So everybody,lets get start reading and show people who really we are.;)
Monday, June 27, 2011
Jatuh Cinta....

Ya Allah, comelnya budak di atas ni. (iklan semata-mata). Sebelum kita pergi jauh mendalam. Lebih baik kita lihat kepada apa yang kita akan bincangkan. Sudah tengokkan tajuk post ini???Menarik tak???hahaha...saya tahu memang terlalu dan sangatmenarik sebab trulyidea yang bagi tajuk(trulyidea kan pakar bagi tajuk..wahaha). Tengok pada tajuknya, kebarangkalian untuk saya post mengenai cinta mungkin 99%. Dan mungkin ada la sedikit istilaj jiwang-jiwang yang biasanya saya lakonkan di dalam filem-filem saya yang terdahulu(bajet shah rukh khan..^.^). Tetapi memang betul, memang saya ingin bercerita pasal cinta. Cinta kepada siapa???sebenarnya cinta kepada Allah. Dan bagaimana caranya kita mahkluk yang lemah lagi bengong ni nak jatuh cinta kepada pencipta yang maha agung lagi maha berkuasa???Anda semua tahu jawapannya. Jawapnnya mudah iaiatu ___>>>Jadilah orang islam!!!!!
Cuba lihat kanak-kanak di dalam gambar itu. Tujuan saya menyelitkan gambar itu ialah supaya kita dapat menjadikan satu contoh kepada entry kali ini. Kanak-kanak itu sangat comel dan cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak jadi orang Islam. Kemungkinan untuk dia menjadi islam ialah melalui
a) ibu-bapanya(didikan dari kecil )
b)gurunya (pendidikan ketika kelas agama..kebiasannya masa nilah student dapat belajar agama)
c) kem-kem ibadah dan sewaktu dengannya(program yang menyelitkan pengenalan terhadap ibadah dan pengajaran ilmu agama)
d) lain-lain cara(ikut suka pembaca nak letak apa..hua3)
Ok, seterusnya cuba anda lihat remaja atau golongan yang hidup sekarang ini dan cuba anda kira berapa ramai jumlah orang islam yang betul-betul mengamalkan islam dan orang islam yang hanya berpegang di atas nama islam sahaja. Saya yakin anda lebih mudah mengira orang yang islam yang betul-betul mengamalkan islam berbanding yang seterusnya. Kalau saya salah, tahniah kerana anda sungguh hebat mengira(saya syorkan awak untuk ambil kos sains akturai sebab bidang ini memerlukan pakar macam anda..). Kita lihat balik kepada gambar di atas. Lihat bagaimana si kecil itu tertanya-tanya bagaimana aku hendak jadi orang islam. Dan kenapa si kecil itu berpaut pada Al-quran yang suci itu???Biar saya yang menjawabnya:
"AKU TAKUT KETIKA AKU
MEMPELAJARI DARIPADA IBU-BAPAKU,
MEREKA TIDAK MEMBERI SEGALA ILMU KEPADAKU.
AKU TAKUT KETIKA AKU
MEMPELAJARI DARIPADA GURU-GURUKU,
MEREKA TERLEPAS DARIPADA SESUATU ILMU
UNTUK DIBERIKAN KEPADAKU.
AKU TAKUT KETIKA AKU
PERGI MENJELAJAH MENYERTAI AKTIVITI-AKTIVITI
BERUNSURKAN ISLAM,
AKU HANYA MEMPRAKTIKKAN SEBAHAGIAN DARIPADANYA.
KINI AKU MASIH BERASA TAKUT
AKU TAKUT
AKU TAKUT
INILAH ALQURAN DAN AS-SUNNAH
BEKALAN AKU KETIKA AKU SESAT
BIMBINGAN AKU KETIKA TERLEPAS SESUATU
DENGAN INI
AKU TIDAK LAGI BERASA TAKUT KERANA
ADANYA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DISISIKU
Berpautlah kepada kedua-duanya, nescaya kita akan menjadi muslim yang sejati. Tunjukkanlah contoh yang baik agar anak-anak dan bayi-bayi yang lahir dapat menjadikan kita contoh untuk membentuk muslimin yang berjaya. Insyaallah...jumpa lagi di masa yang akan satang...salam
Thursday, June 23, 2011
Nilailah Sendiri
Assalamualaikum...akhirnya kita bersua kembali di blog SEKADAR PANDANGAN. kali ini saya mahu anda semua untuk menilai diri sendiri. Tidak kiralah siapapun diri anda tetapi saya harap post yang mudah dan agak sempoi ni dapat anda ikuti dan selami sedalam-dalamnya tajuk perbincangan kita.
Pernahkah anda berasa kagum dengan seseorang itu????Jawapannya pasti ya. Kita tidak boleh lari daripada sikap mengagumi. Dan kebanyakan sikap yang terkandung sekian lama dalam tubuh yang sihat wal-afiat ini ialah cantuman daripada orang-orang yang kita kagumi. Oleh itu, kita pasti menilai orang-orang disekeliling kita. Bukan kerana sebab "menyebok tepi kain orang" tetapi hanya sebagai perbezaan di antara perkara yang baik dan perkara yang buruk.
Sekarang cuba anda nilai diri anda sendiri....cuba buat sebaik mungkin. Kita ambil tempoh lima minit untuk menilai diri sendiri.
(selepas 5 minit)
Saya yakin ramai dalam kalangan pembaca yang tidak pun menilai diri anda sendiri. hahaha...tetapi tidak mengapalah. Mungkin para pembaca ada alasan tersendiri, tetapi jangan katakan yang anda pemalas. Anda para pembaca ialah orang-orang rajin dan saya hormati. Kalau tidak anda tidak akan mambaca post ini kerana post di dalam blog ini memamng untuk berkongsi ilmu. Selepas menilai diri kita, apakah yang kita faham dari penilaian tersebut???adakah diri kita hebat????adakah diri kita buruk perangainya???Terpulanglah, saya bukannya memaksa diri para pembaca sebenarnya...tetapi kali ini saya ingin mengajak para pembaca untuk membuat satu penilaina berdasarkan formula yang kita akan belajar sebentar lagi. Fomula ini asalnya ialah formula al-khawarizmi, tetapi saya mengubah sedikit untuk kelihatan menarik dan fleksibel untuk semua pihak..;)
Baiklah, formula ini dimulakan dengan soalan yang pertama, dan diikuti dengan yang keduanya dan seterusnya..
Jika anda seorang yang baik,soleh atau solehah dan jenis berpegang pada islam, tuliskan '1' pada penilain diri anda. Dan kemudiannya, jika anda ialah orang yang tampan atau kacak, mahupun paras rupa anda dapat menggiurkan makhluk lain(alhamdulillah,nikmat ni)..tambahkan '0' pada penilain tersebut. Seterusnya,jika anda kaya dan mempunyai harta yang banyak ataupun mampu hidup dengan baik dimuka bumi ini, tambahkan '0' sekali lagi pada penilaian tersebut. Kemudian, sekiranya anda daripada keturunan yang baik-baik, mempunyai taraf yang tinggi dan dihormati orang lain, tambahkan satu lagi '0' pada penilaian tersebut. Kesimpulannya ialah seperti di bawah:
Jika soleh atau solehah dan beragama = 1
Jika cantik, tampan; tambah 0 kepada 1 =10
Jika kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika daripada keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000
Ok, sekarang kita nilai diri kita . Ikutlah susunan tersebut dan tengoklah penilain tersebut.Tetapi jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada orang tersebut kecuali sekelompok "0". Tetapi jika kita mempunyai semua di atas makan nilai kita subhanallah, 1000, jumlah yang paling banyak. Kita tidak terlalu rugi jika kita tidak mempunyai paras rupa yang menarik atau pun kehilangan keluarga yang baik-baik. Mungkin mata kita hanya 10 ataupu 100 sahaja. Tetapi paling rugi ialah apabila kita tidak mempunyai sikap soleh dan solehah tetapi mempunyai semua yang lain kerana kita mendapat nilai '000' yang bererti tiada nilai. Subhanallah, renung-renungkanlah wahai saudara. Sama-sama kita berhijrah. Insyaallah.
Friday, May 6, 2011
wow!!!!!
SEKADAR MENYAMPAIKAN.....
"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..
Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.
Mmm...nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.
Apa puncanya sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.
Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.
Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, "Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."
Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.
Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.
Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.
Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".
Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan..
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).
Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only.
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.
Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)
Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.
"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!" Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )
"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.
Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.
Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design'
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.
"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas!
Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).
Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.
Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu?
..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja..
Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.
Qaalu salaaman-salaama~
Thursday, March 10, 2011
MOST INFLUENTIAL PEOPLE
Thursday, February 10, 2011
Jom Kita Berlari Semula
Thursday, December 30, 2010
sedar atau tidak
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.
*
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*
*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan *
*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*
*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?? *
Friday, December 17, 2010
Jalan Untuk Hampir Kepada Allah

Monday, December 13, 2010
Remaja Siri 2
Monday, December 6, 2010
WHOOAAA!!!

Monday, November 29, 2010
Remaja Siri 1





