Thursday, March 10, 2011

MOST INFLUENTIAL PEOPLE

Assalamualaikum semua peminat blog SEKADAR PANDANGAN yang sentiasa menunggu post-post menarik daripada trulyidea. hahaha..maaflah kerana membuat anda tertunggu-tunggu kerana sejak kebelakangan ini trulyidea menyibukkan diri dengan kegiatan di kampus yang sentiasa menyibukkan pelajar-pelajarnya. Jadi, trulyidea sebagai student berkarisma lagi berwibawa dan teramat howt tidak terkecuali daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.haha...kalau nak tau hasilnya sekarang,anda boleh check di laman web facebook menunjukkan tubuh badan trulyidea kini gagah umpama body builder..hua3(kalo caye tu...tahniah anda kena tipu..kihkihkih).

Ok2..sebelum kita mengarut lebih panjang, saya hendak berkongsi satu pengalaman...ermm, bukan pengalaman tapi lebih kepada sedikit ilmu la...kisahnya bermula begini...jeng3....pada suatu hari,burung-burung berkicauan...ada yang bekerja (mcm cite kak limah le plak), dan trulyidea dengan malasnya bangun pagi dan tidak terus mandi. Kemudian pula, saya terus malas untuk ke kelas dan secara automatiknya tubuh badan ni terus dilekatkan ke tilam yang empuk yang dibaluti cadar yang dibelikan ibunda tersayang (wangi tau...kih3..sbb baru basuh). Entah macam mana pula, trulyidea bingkas bangun dan membuka satu video bertajuk "A RANKING OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY". Memang menarik video tersebut. Tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Jadi di sini saya akan menceritakan sedikit mengenai video tersebut...ok...are you ready guys?? I'm so sure you are...

Michael Harts, seorang pengarang bagi majalah THE 100 telah membuat satu penyelidikan kepada tokoh-tokoh yang pernah hidup di atas muka bumi Allah S.W.T ini. Lalu beliau membuat satu anugerah ala-ala Grammy Awards(kelentong je lebih ni..=)..) dan memberikan anugerah dan pemenangnya seperti di bawah
_____________________________________________________________________

The Most Influential Single Figure In History

Prophet MUHAMMAD (PBUH)
_____________________________________________________________________

Wah!! hebat bukan???Sudah tentu kita sebagai umat islam berbangga dengan pencapaian ini. Seorang pengarang bukan islam memberikan kemenangan tersebut kepada junjungan mulia. Alhamdulillah waSubhanallah. Tetapi, bagaimana pula perasaan si kafir apabila tahu mengenai kemenangan ini? Dan ini jawapan si Michael Harts....

"My choice of Muhammad
to lead the list of the world's
most influential persons
may surprise some reader
and maybe questioned by
others, but he was the only
man in history who was
supremely successful on
both the religious and secular levels.
It is this unparalleled combination
of secular and religious
influence which I feel
entitles Muhammad to be considered
the most influential single figure
in human history"

Sudah anda perhatikan ayat beliau. Itulah jawapan kenapa Rasulullah dinaikkan darjatnya.
Kita ingatkan kembali satu ayat Al-quran yang bermaksud di dalam bahasa inggeris(terjemahan dlm english la..hehe)

"We have not sent you(Muhammad)
except as a mercy to all creation".

(Quran 21:107)

Inilah yang kita harus fikirkan kenapa kita tidak reti-reti lagi hendak mencontohi rasulullah. Baginda sebaik-baik contoh dan kita patut malu kerana ada kafir yang boleh berfikir terhadap kehebatan baginda tetapi kita masih lagi leka. Subhanallah...

No comments: