Monday, October 17, 2011

Keluarga tetap Keluarga

Sudah menjadi suatu lumrah bagi kita iaitu anak-anak untuk menghormati ibu-bapa dan membalas jasa mereka. walaubagaimanapun, fakta tersebut masih lagi terumbang-ambing. Kenapa ya? Apa yang saya dapat perhatikan ialah pembentukna perangai seseorang itu bermulla dari dalam keluarga itu sendiri. Tidak kiralah baik ataupun buruk, kalau itulah menjadi takdir bagi anak-anak itu,maka sebegitulah pembentukan anak-anak. Entry pada kali ini akan saya buatkan supaya kita bersama-sama berfikir untuk kita mengetahui sedikit-sedikit masalah yang melanda. Pernah juga saya terfikir, kenapa ya, orang-orang lain tidak seperangai seperti aku? selalu juga dengar orang berkata"Lain orang,lain perangai" dan bermacam-macam lagilah kalau nak disebut boleh membuat sebuah kamus khusus untuk menceritakan tentang hal ini.
*montel gak baby ni

Baiklah, sedang saya bercuti ni, saya gemar memerhatikan pergerakan pada waktu pagi. Ketika itu, ramai budak pergi ke sekolah. Tidak kiralah sekolah rendah ataupun sekolah menengah, sayu sahaja pergerakan mereka. Mungkin sarapan pagi yang enak-enak dibuat oleh para ibu membuatkan mereka bertambah semangat dan kelihatan bergaya untuk ke sekolah. Mungkin juga mereka bersedia untuk bercerita tentang apa yang ditonton di televisyen untuk dikongsi bersama(cite hape2 je la,mungkin kartun,drama xpon gosip2....amboi2,kecik dah bergosip). Melihat keadaan ini membuatkan hati saya sungguh sayu dek teringatkan kenangan lampau. Saat itu kalau diingatkan memang manis sekali, kerana saya memang bersemangat untuk pergi ke sekolah bertemu rakan-rakan. Ya, saya rasa ramai juga mempunyai perasaan seperti saya. Tapi adakah anda perasan bahawa kebanyakan ibu bapa setelah mengejutkan,memandikan(bg yg kecik lg la....kalau yg dh besa tu mgkn x tau malu rsenye), menyiapkan sarapan dan menghantar mereka ke sekolah, selepas mereka berbuat demikian mereka seolah-olah melepaskan tanggungjawab ke pihak sekolah. Seolah-olah tanggungjawab ibu bapa berakhir dengan masuknya anak-anak ke alam persekolahan. Saya tidak mengatakan bahawa ibu bapa tidak mendidik anak-anak,namun menjadi satu trend bahawa semua pendidikan asas dipelajari di sekolah. Patutlah orang yang berada di kementerian pelajaran sentiasa pening kepala. Bermacam-macam program dan bentuk syllabus dibuat untuk membaiki taraf pembelajaran. Kalaulah ibu-bapa ini dapat bertindak awal, sudah tentu anak-anak kita lebih tenang dan tidak penat.

Sebenarnya tugas ibu bapa mendidik semakin bertambah dengan bertambahnya umur anak-anak. yang paling saya pasti, apabila anak-anak mula bergelar remaja, perhatian yang sangat tinggi perlu diberikan kepada mereka. Bukan bermaksud mengkongkong tetapi memberi kebeasan secara berhemah. Bagi mereka yang sedang ataupun sudah bergelar remaja, remaja inginkan layanan seperti orang dewasa, mereka mahukan identiti dan kebebasan. Bagi saya, ini merupakan perkara yang bagus kerana mereka mula bertindak lebih agresif dan 'independent' TETAPI kebanyakannnya tidak matang. Akibat ketidakmatangan tersebut maka selalulah terjadi ibu bapa memberi layanan keras kepada anak-anak dan anak-anak mula membenci ibu bapa dan membuat jurang antara keluarga.

Kebiasaannya, dari kaca mata saya, anak-anak yang sedang membesar adalah anak-anak yang keliru dengan perasaan sendiri. 'Diorng' ni sebenarnya tidak tahu pun apa sebenarnya yang mereka hendak atau perlukan. Selalunya, perkataan yang biasa terjerit kepada ibu dan bapa ialah

"Aku dah besar dan aku nak bebas!"

Jadi, mereka ini cuba menolah pengaruh ibu bapa mereka padahal mereka ini masih lemah dan masih perlukan pertolongan ibu bapa mereka sendiri.

Tidak kurang pula, apabila kualiti hidup merosot seperti interaksi antara remaja dan ibu bapa tidak berkesa, ibu bapa pula yang mengabaikan tanggungjawab. Mereka mengganggap perkara ini sesuatu yang remeh dan malas untuk berfikir.Jadi saya ciptakan satu dialog antara seorang ayah dan anak:

Anak   : Saya nak pergi keluar ni.
Ayah   : Kau nak ke mana?
Anakn : Adela, keluar sekejap je. Ramai lagi kawan ikut.
Ayah   : Ayah perasan tiap-tiap hari kau keluar. Kau jangan buat benda yang tak senonoh.Kau jangan malukan nama ayah.
Anak   : Ala ayah ni. Saya dah besarlah,pandai-pandailah saya jaga diri saya.
Ayah   : Lantak kau la. Kau dah besar kan?Pandai-pandailah kau.

Okay,sebentar tadi ialah dialog yang kurang menarik yang di'bikin' oleh kepala otak trulyidea sendiri.Mungkin kurang menarik tetapi apa saya peduli ni blog saya..wahahaha. Saya bukan nak menyalahkan si anak tersebut. Ya, saya tahu seperti para pembaca si anak tu kelihatan kurang ajar tetapi itu bukan maslahanya sekarang. Perhatiakn bagaimana interaksi si ayah. Itulah maksud saya apabila si ibu atau bapa mula merasakan didikan mereka tidak berkesan lalu mereka berpaling terhadap anak mereka sendiri. Bagi pandangan sayalah, dialog tersebut tidak asing bagi keluarga yang:

1)ibu bapa tidak bertanggungjawab
2)didikan terhadap anak-anak terlalu keras
3)pergaduhan antara ibu dan bapa

Mungkin bagi anda masih ada lagi puncanya, tetapi inilah yang paling ketara bagi saya. Jadi, itulah punca utama konflik antara keluarga bertambah.

* bawak family pergi jalan-jalan.boleh tenangkan hati

Sudi saya ingatkan bahawa saya tidak menujukan post ini kepada mana-mana pihak. Saya juga tidak bermaksud untuk mencari salah siapa. Saya sudah tergelak besar ni sebab saya cuma hendak membuka mata para pembaca untuk kita mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Pada pandangan anda mungkin si bapa 'malas'disebabkan dia hendak memberi pengajaran kepada anaknya. Ya, saya juga setuju. Mungkin si ayah juga sudah lama bersikap tegas kepada anaknya lalu bertukar untuk memberi kelonggaran kepada anaknya. Ya, itu juga saya setuju. Walauapapun pandangan anda, saya bertegas bahawa saya tbukan nak tunjuk diri saya yang betul. Itu sahaja..;-).

Baiklah kita teruskan,
Jiwa remaja tertekandan memberontak bagi mendapatkan kebebasan. Biasanya, percanggahan dan pertelingkahan antara ibu dan bapa tidak dapat diselesaikan. Kedua-dua pihak masing-masing cuba mempertahankan diri.Yang berlaku ialah masalah tersebut dibiarkan begitu sahaja sehingga masalah itu hilang. Menurut suatu kajian yang saya baca di sebuah majalah, masalah kebebasan bukanlah punca utama pertelingkahan tetapi sebenarnya isu interpersonal. Mari saya jelaskan iaitu apabila  interaksi antara remaja dan dan ibu bapa terganggu , rasa tidak puas hati terhadap suatu perkara membuatkanjiwa remaja memberontak. Dan pada masa itulah, remaja mewujudkan pertelingkahan pada perkara yang tidak sepatutnya. (Hurm, saya juga  pernah menjadi sebegitu...bertengkar dsbbkan tidak puas hati pd bnde laen...aiyo...very bad trulyidea!!very bad!!...bagi penumbuk sekali)

Remaja kebanyakannya meluangkan masa bersama rakan sebaya. Dan mereka akan menubuhkan suatu pusat untuk melepak bersama.(baik dan buruk terpulang). Memang naluri seorang anak itu suka meluangkan masa bersama rakan. Tidak kiralah ibu atau bapa itu sibuk bekerja siang dan malam sehingga tidak ada masa bersama anak. Bukan itu masalahnya. Saya juga lihat anak-anak yang ibu bapa mereka yang selalu berada di rumah, perwatakan anak-anak itu juga sama seperti orang lain yang banyak bersama rakan-rakan. Itu suatu perkara yang normal. Ketika usia kanak-kanak, ibu bapa menjadi ikutan atau contoh. Apabila meningkat remaja, rakan sebaya pula menjadi ikutan. Terpulang kepada anak-anak untuk membentuk diri mereka. Dan ibu bapa juga terus mengawasi jika mereka tersilap langkah. Kawan yang baik menjadikan mereka anak yang baik dan sebaliknya.

Kadang-kadang juga nasihat ibu bapa tidak lagi diperlukan disebabkan guru menjadi ikutan. Mereka berasakan guru-guru ialah insan yang paling betul dan ibu bapa mereka yang salah. Protes boleh wujud sekiranya berlaku percanggahan pendapat antara anak dan ibu bapa.

Okay, saya rasa cukup di situ saya berbicara di blog SEKADAR PANDANGAN. Sebenarnya remaja masih memerlukan sokongan dan bimbingan daripada ibu dan bapa. Tetapi otak mereka yang geliga dan bijak membuatkan mereka inginkan kebebasan. Mereka perlukan sokongan daripada ibu bapa dan dorongan bersama iaitu rakan-rakan bukan kerana pembentukan displin. Si ibulah yang kerap menjadi tempat melelehkan air mata berbanding si ayah. Si ayahlah tempat untuk mendapat nasihat dan si kawanlah tempat untuk bersama-sama bergerak. Insyaallah, kia mungkin dapat membaiki keadaan dari semasa dan semasa. Tiada keluarga yang tiada masalah. Namun jangan dianggap masalah sebagai beban yang besar tetapi anggaplah sebagai ujian. Dan ingat ujian adalh medan untuk mendapatkan pahala dan darjat di sisi Allah. Sukur, sabar dan ikhlas akan menguatkan hati,insyaAllah.
*************************************************************************
"Dan tuhanmu telah perintahkan,
 supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata,
dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu dan bapa.
Apabila salah seorang daripada kedua-duanya ataupun
 keduanya sekali sampai umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
 maka janganlah engaku berkata kepada mereka(sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan 'ah',
dan janganlah engkau menengkingmenyergah mereka,
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia(yang bersopan santun)

~Surah Al-Israk,23~ 

No comments: