Friday, December 17, 2010

Jalan Untuk Hampir Kepada Allah

Dengan bismillah kita mulakan sedikit renungan pada kali ini agar Allah memberkati majlis ilmu secara online(hohoho...kelas di blog sekadar pandangan). Post ini bertujuan untuk kita saling mengingati dan meningkatkan keyakina dan keimanan kita kepada Allah. Biasalah, kita sering diuji dan mudah kalah. Jadi trulyidea ingin berkongsi jalan untuk hampir kepada Allah.



Kalimah zikir telah difahami oleh setiap orang islam, yang bermaksud mengingati Allah. Kalau yang baru tahu ni,eloklah mengetahui kerana zikir bukan pekerjaan sekadar di atas sejadah ataupun sekadar mengumat-ngamit mulut di masjid atau majlis-majlis kenduri. Sebagai hambanya, mengingati Allah adalah tanggungjawab kita yang sepatutnya dilakukan oleh setiap individu muslim. Haha,kalau ingat kekasih hati, konfem teringat sepanjang masa...(jangan nak kelentong la,sebab trulyidea pun sama sahaja..hehe...).Maka cuba kita lihat dari sudut yang positif iaitu apabila kita mengingati kekasih bagai ape ntah(dh lupe da perumpamaan...lu pikir la sndri) kita senang-senang je terbayang-bayang kebaikan ataupun kenangan contohnya pemberian si dia kepada kita. Ha, inilah juga yang kita boleh lakukan ke atas diri kita iaitu dengan menganggap bahawa si tuhan pencipta alam Allah S.W.T sebagai kekasih kita yang utama. Saya yakin anda semua sudah menganggap si Dia sebagai kekasih. Cuma kadang-kadang kita sering lupa kan....kan?kan?kan?...bagus anda semua setuju(saya tau ar anda semua dlm hati sume stuju..hoho).

Cuba kita perhatikan berapa banyaknya nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita dan setiap sesuatu pemberian Allah itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit, emas perak,intan berlian ataupun teknologi yang mampu menyukat pemberian Allah(doraemon pon x tau nk sukat..katanye xde alat nk kire....).
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah
yang Allah berikan kepada kamu tidak mampu
kamu menghitungnya."

Berzikir kepada Allah Pencipta adalah salah satu jalan untuk menyatakan kesyukuran kita kepadanya dan bersyukur kepadanya itu tidak berlalu begitu sahaja. Bahkan Allah akan melimpahkan dan menambah nikmat-Nya lagi kepada kita.
Firman Allah S.W.T yang bemaksud:

"....jika kamu mensyukuri nikmat anugerah-Ku
akan Aku tambah lagi...."

Jika setiap detik dalam hidup kita ingatan kita tertumpu kepada Allah, alangkah bahagianya hidup kita tiada lagi rasa resah gelisah, tiada gundah gulana, walaupun kita berada di kondisi yang sukar sekalipun kita tidak akan berasa apa-apa kekurangan dalam hidup kita. Bahkan kita akan tenang dan kepuasan yang amat sangat.(mcm Lin Dan ar,dh mng bnyk sgt,x kesa kalo kalah dgn Chong Wei..ntah2,Lin Dan dh masuk islam..).
Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya mengingati Allah akan
mententeramkan jiwa kamu."

Ada banyak cara untu kita berzikir dan yang biasa ialah dengan hati,lidah dan perbuatan(dh blaja kan dulu mse skola). Pendek kata sebarang yang kita lakukan, kita sebutkan, kita ingatkan yang bersesuaian dengan tuntutan agama adalah merupakan zikir kita dan jalan kita untuk hampir kepada Allah S.W.T. Saya yakin tidak perlu untu saya memberitahu secara panjang lebar cara-caranya kerana saya yakin para pembaca bukan bodoh-bodoh belaka tetapi merupakan cerdik pandai yang sememangnay mempunyai asas-asas yang baik. Mungkin di post yang lain,kita berkongsi sedkit cara-cara berzikir. Mudah-mudahan saranan ini akan menjadi penggalak supaya kita sentiasa berzikir supaya hari kita dipanggil untuk kembali kepada-Nya dijalankan dengan mudah.
Sabda rasulullah yang bermaksud:
Sesiapa yang mengakhiri hidupnya untuk mati
dengan kalimah Lailahailla Allah
dijamin masuk syurga Allah.

Berita baik kan. Lihatlah betapa besarnya zikir ke atas nasib kita. Post ini agak panjang,namun teriam kasih kepada yang sudi membaca hingga ke akhir dan tidak hanya sekadar melintas di blog ini. Blog ini akan terus memberikan pandangan-pandangan serta sedikit ilmu yang ada pada trulyidea. Nantikan post seterusnya.;-)

No comments: