Thursday, June 23, 2011

Nilailah Sendiri

Assalamualaikum...akhirnya kita bersua kembali di blog SEKADAR PANDANGAN. kali ini saya mahu anda semua untuk menilai diri sendiri. Tidak kiralah siapapun diri anda tetapi saya harap post yang mudah dan agak sempoi ni dapat anda ikuti dan selami sedalam-dalamnya tajuk perbincangan kita.

Pernahkah anda berasa kagum dengan seseorang itu????Jawapannya pasti ya. Kita tidak boleh lari daripada sikap mengagumi. Dan kebanyakan sikap yang terkandung sekian lama dalam tubuh yang sihat wal-afiat ini ialah cantuman daripada orang-orang yang kita kagumi. Oleh itu, kita pasti menilai orang-orang disekeliling kita. Bukan kerana sebab "menyebok tepi kain orang" tetapi hanya sebagai perbezaan di antara perkara yang baik dan perkara yang buruk.

Sekarang cuba anda nilai diri anda sendiri....cuba buat sebaik mungkin. Kita ambil tempoh lima minit untuk menilai diri sendiri.

(selepas 5 minit)

Saya yakin ramai dalam kalangan pembaca yang tidak pun menilai diri anda sendiri. hahaha...tetapi tidak mengapalah. Mungkin para pembaca ada alasan tersendiri, tetapi jangan katakan yang anda pemalas. Anda para pembaca ialah orang-orang rajin dan saya hormati. Kalau tidak anda tidak akan mambaca post ini kerana post di dalam blog ini memamng untuk berkongsi ilmu. Selepas menilai diri kita, apakah yang kita faham dari penilaian tersebut???adakah diri kita hebat????adakah diri kita buruk perangainya???Terpulanglah, saya bukannya memaksa diri para pembaca sebenarnya...tetapi kali ini saya ingin mengajak para pembaca untuk membuat satu penilaina berdasarkan formula yang kita akan belajar sebentar lagi. Fomula ini asalnya ialah formula al-khawarizmi, tetapi saya mengubah sedikit untuk kelihatan menarik dan fleksibel untuk semua pihak..;)

Baiklah, formula ini dimulakan dengan soalan yang pertama, dan diikuti dengan yang keduanya dan seterusnya..

Jika anda seorang yang baik,soleh atau solehah dan jenis berpegang pada islam, tuliskan '1' pada penilain diri anda. Dan kemudiannya, jika anda ialah orang yang tampan atau kacak, mahupun paras rupa anda dapat menggiurkan makhluk lain(alhamdulillah,nikmat ni)..tambahkan '0' pada penilain tersebut. Seterusnya,jika anda kaya dan mempunyai harta yang banyak ataupun mampu hidup dengan baik dimuka bumi ini, tambahkan '0' sekali lagi pada penilaian tersebut. Kemudian, sekiranya anda daripada keturunan yang baik-baik, mempunyai taraf yang tinggi dan dihormati orang lain, tambahkan satu lagi '0' pada penilaian tersebut. Kesimpulannya ialah seperti di bawah:

Jika soleh atau solehah dan beragama = 1
Jika cantik, tampan; tambah 0 kepada 1 =10
Jika kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika daripada keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000

Ok, sekarang kita nilai diri kita . Ikutlah susunan tersebut dan tengoklah penilain tersebut.Tetapi jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada orang tersebut kecuali sekelompok "0". Tetapi jika kita mempunyai semua di atas makan nilai kita subhanallah, 1000, jumlah yang paling banyak. Kita tidak terlalu rugi jika kita tidak mempunyai paras rupa yang menarik atau pun kehilangan keluarga yang baik-baik. Mungkin mata kita hanya 10 ataupu 100 sahaja. Tetapi paling rugi ialah apabila kita tidak mempunyai sikap soleh dan solehah tetapi mempunyai semua yang lain kerana kita mendapat nilai '000' yang bererti tiada nilai. Subhanallah, renung-renungkanlah wahai saudara. Sama-sama kita berhijrah. Insyaallah.

No comments: