Tuesday, February 23, 2010

Bila hati Ditakluki 2


Salam mesra Blog SEKADAR PANDANGAN ucapkan kepada semua.

Baiklah, selepas beberapa lama tajuk Bila Hati Ditakluki terhenti buat seketika. Kali ini saya akan mengupdatekan tajuk ini. Dan kepada pembaca yang terlepas episod sebelum ini bolehlah klik pada bahagian berlabel Almamater.
..............dan saya tidak sedikit pun merasa kesusahan. Memang pun saya tidak berasa kekok apabila ditinggalkan keluarga ke sesuatu tempat. Saya sudah lama membiasakan diri dengan hidup bersama orang tak dikenali. Namun saya tetap ada orang yang saya cukup kenali dan dia pernah bersekolah dengan saya sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Cuma dia berpindah ketika di darjah enam. Saya pun pergi mencarinya. Saya pun dah lupa bagaimana saya mencarinya waktu itu. Cuma saya dapat dia semasa dia berada di Dorm 3 yang terletak di bawah dorm saya. Kami pun berkenalanlah walaupun dah kenal.
Selepas itu pelajar Form 1 diarahkan beratur di hadapan Blok kami iaitu Rumah Putih(time tu tak tahu nama blok lagi, tahu blok F1 je). Kitorang pun beratur di atas jalan yang panas tuh. Tapi ramai juga yang tidak beratur dan masih berborak-borak dengan kenalan masing-masing sambil mengambil tempat teduh. Ada juga yang memperagakan rekaan fesyen samping masing-masing. Bermacam-macam gaya ada, ada yang terlondeh,ada yang terlalu singkat, ada yang berupa batik dan macam-macam lagilah. Rasanya STARIAN mempunyai bakat dalam bidang permodelan. Kalau tidak sudah tentu mempunyai gaya askar yang berpakaian kemas. Setelah lama juga menanti akhirnya seorang prefect menjerit mengira satu sehingga sepuluh(suka math kot), Jadi ramai yang lintang pukang beratur mengambil barisan mengikut dorm masing-masing.
Kami berarak menuju ke masjid. Melalui tong sampah utama yang busuk nak mampos. Apalagi bermacam-macam suara dikeluarkan kami:
"Uwekk, busuk gile bang!"
"Kau berak kat sini buat pe"
"Eii...."
"Laju sikit, tak tahan nih"
Seterusnya kami melalui satu kwasan yang sangat usang seperti hutan pun ada. Kata seorang pengawas ini kawasan larangan. Saya tak berfikir banyak hanya mengikut orang depan menuju ke masjid. Apabila tiba di pintu pagar, alamak kena terjun la pulak sebab kawasan sekolah tinggi dan kawasan jalan pula rendah. Lepas tu macam kereta api kena brek. Kitorang kena lintas jalan la pulak. Bila kereta sudah tiada maka dengan tergedeknya kami berjalan dengan slownya. Disebabkan kami kenderaan lain tidak dapat bergerak. Lalu jalan tersebut bising dengan bunyi hon.
"Form 1, cepat sikit!", jerit seorang pengawas.
Orang di bahagian depan terlalu laju menyebabkan orang di belakang tertinggal dan akhirnya terhasil "gap" yang begitu besar dan membolehkan kenderaan yang dah lama menunggu mengambil alih jalan tersebut.Lalu seorang pengawas pun melenting:
"Abang dah cakap jangan sampai ada gap".
bla....bla...bla......seterusnya sehingga hari terakhir saya berada di bumi STAR.Nak diceritakan memang terlalu banyak. Tapi adakah anda terfikir kenapa saya memberhentikan cerita di bahagian dialog itu tadi. Ini disebabkan cerita bagi ramai pelajar yang baru mendaftar di STAR mempunya cerita yang sama. Cuma tidaklah 100% peratus sama.
Majoriti pelajar yang mendaftar di STAR, Ipoh juga seperti saya memang banyak yang tidak mengenali sekolah tersebut, pelik akan pakaian atau seluar rasmi sekolah berwarna putih,struktur bangunan yang dianggap oklah,membeza-bezakan asrama yang pernah dilihat dengan asrama di STAR, masing-masing tidak banyak mengenali antara satu sama lain, masing-masing tidak mengerti istilah-istilah pelik pelajar STAR(takde dalam kamus sekolah lain atau budaya tempat masing-masing), semua F1 perlu beratur untuk pergi ke masjid dan merungut,bising kemudian melalui tempat usang(hazelet bagi pelajar STAR). Dan semestinya dimarahi pengawas.
Sebab itu saya memberitahu pada post tajuk sebelum ini, kepada sesiapa yang mengenali STAR pasti memahami apa yang saya bicarakan tadi. Mungkin ada sedikit persamaan dengan sekolah-sekolah lain. Tetapi bukan semua yang sama dengan STAR. STAR sekolah berasrama penuh yang kurang dikenali dan pelajarnya mempunyai jantina yang sama. Bermacam-macam ragam dapat dilihat dalam pelajar STAR dan kawasan itu sendiri.
Bersambung....
ps: Tajuk ini bukan untuk menceritakan bagaimana penulis datang ke STAR dan menceritakn diari hidupnya.

Friday, February 19, 2010

Bijakkah kita 2



Alhamdullilah, setelah berehat buat beberapa seketika kali ini blog SEKADAR PANDANGAN kali ini kembali bersama idea. Susah kalau tak dikurniakan nikmat Allah.Bayangkan kalau kita tidak dapat nikmat untuk menikmati dunia. Subhanallah, Allah terus memberi nikmat kepada Truly Idea yang tak tahu malu ni. Dan sekarang Truly Idea dapat bernafas, layan lagu Shah Rukh Khan(fanatik la konon) dan menulis sesuatu untuk menyambung bahagian Bijakkah kita.

Dan kepada para pengunjung yang belum membaca siri ala novel Bijakkah kita bolehlah klik pada bahagian label Al kisah untuk fahaman yang lebih baik. Kalau yang sudah hebat, boleh juga terus baca post pada kali ini dan terus buat-buat faham.

Oklah sekarang kita terus menyambung bahagian Bijakkah kita iaitu di mana Pak Pandir telah dikelentong tahap .......(mungkin keterlaluan saya di sini). Apa pula nasib Pak Pandir selepas ditipu tiga penipu yang suka sangat menipu yang ditipu hasutan syaitan yang sejak dulu lagi menipu....(panjang la pulak).

Sampai Pak Pandir di rumah isterinya sangat terkejut ibarat terkena kejutan elektrik melihat kambing yang di bawa pulang seakan tidak percaya bagaimana Pak Pandir boleh membeli kambing tersebut lalu berkata:

"Pandir, apa ini? Betulkah kamu telah membeli kambing ini, habiskah semua duit kamu digunakan untuk membeli kambing ini?".
Pak Pandir menenangkan isterinya, dipujuknya dan diceritakan segala apa yang berlaku di pasar tadi dan diceritakan segala apa yang berlaku di pasar tadi dan di ceritakan juga tentang tiga orang lelaki tang telah memujuknya-mujuknya hingga akhirnya dia telah membeli kambing tersebut daripada mereka sambungnya:
"Mereka bertiga telah berjanji kepadaku bahawa kambing ini adalah seekor kambing yang terbaik walaupun zahirnya nampak kurus sahaja tidak seperti kambing-kanbing yang lain tetapi yang terpenting jangan tetiou dengan zahir".

Akhirnya si isteri pun merasa puas lantas bertenang. Belum sampai sehari Pak Pandir telah mendapat tahu bahawa sesungguhnya dia telah tertipu dan terasalah betapa bodohnya dia. Begitu senang sekali dia diperbodoh-bodohkan. Rupa-rupanya kambing tersebut sama sekali tidak boleh mengeluarkan susu walaupun setitik kerana ia adalah kambing jantan. Bukan setakat itu saja, kambing tersebut adalah seekor kambing yang lasak, buas dan ganas. Habis tanamn orang dirosakkannya dan apabila bertembung dengan orang ramai di jalanan habis mereka dikejarnya, baju-baju orang di ampaian habis digigitnya hingga koyak-rabak dan berbagai-bagai lagi huru-hara di buatnya. Hingga menimbulkan kemarahan orang orang kampung, mereka beramai-ramai berpakat untuk menangkap kambing Pak Pandir lalu menmyembelihnya.

Bila Pak Pandir tahu dia pun meminta maaf atas yang demikian dibawa kambingnya pulang lalu diikat di kandang. Satu hari suntuk Pak PAndir duduk termenung memikirkan nasibnya, sambil dia mencari perancangan bagaimana untuk mengajar mereka bertiga yang telah menipunya. Setelah puas berfikir akhirnya dia pun mendapat satu jalan. Maka pada keesokan pada paginya dia pun mengambil seuncang kain kosong. Kemudian diisikan beberapa keping duit emas lalu diikatkan betul-betul emas tersebut di bawah perut kambingnya. Dia pun membawa kambingnya pergi menuju ke pasar untuk mencari bertiga yang telah menipunya.

Setelah puas Pak Pandir mencari-cari mereka bertiga akhirnya bertemu juga iaitu mereka sedang duduk-duduk sambil bermain daun terup di bawah sebuah pohon rendang tidak jauh dengan kawasa pasar. Mereka sebenarnya telh ternampak Pak Pandir tetapi mereka buat tidak tahu sahaja seakan-akan mereka tidak mengenalinya.

Apabila Pak Pandir ternampak mereka terus dia menghampiri mereka lalu memeranjatkan mereka dengan berkata:

"Hei, memang betullah kata kamu semua bahawa kambing ini adalah kambing yang sangat istimewa. Ia adalah seekor kambing yang bertuah dan aku tak tahu bagaimana aku harus berterima kasih kepada kalian. Sebab apa, aku ingatkan si kambing ini akan mengeluarkan susu tetapi rupa-rupanya yang keluar bukan susu tetapi kepingan duit emas. Jadi ini sudah di luar jangkaan aku."(kedebush)

Pak Pandir mula menarik perhatian mereka. Pada mulanya mereka tidak percaya lalu serentak mereka berkata:

"Apa kamu kata Pak Pandir, kambing ini mengeluarkan duit emas. Kami tidak percaya kerana kami bukan bodoh seperti kamu. Kami tak percaya dan janganlah cuba tipu kami".

"Baiklah jika kamu tidak percaya tengok sini",jelas Pak Pandir.

Pak Pandir pun mengeluarkan sebiji mangkuk kecil dari poketnyadan diletakkan tepat di bawah uncang kain yang telah diikat di bawah perut kambingnya lalu dia pun memegang uncang tersebut seakan-seakan sedang memerah susu kambing. Kemudian dia pun mengeluarkan sekepinh demi sekeping duit emas yang telah sedia ada di dalam uncang kain tersebut dengan bijaksana. Maka jatuhlah satu demi satu wang emas tersebut ke dalam mangkuk.

Serta-merta mereka percaya lantas mereka pun berbisik sesama mereka unutk membeli semula kambing tersebut walaupun dengan harga yang mahal. Setelah mereka puas memujuk Pak Pandir bahawa mereka sanggup membayarnya dengan harga yang 10 kali ganda dari harga yang asal demi memperoleh kambing bertuah tersebut, akhirnya Pak Pandir pun bersetuju. Mereka pun terus menyerahkan duit kepada Pak Pandir. Pak Pandir pun mengambilnya dengan muka yang sedih kerana akan kehilangan kambing istimewa tersebut. Diambilnya duit itu lalu dia pun terus berjalan pulang ke rumah dengan hati yang penuh gembira kerana dia telah berjaya menipu mereka bertiga pada kali ini.

Akan tetapi dia tahu bahawa perkara ini tidak akan berakhir di sini begitu sahaja dan dia yakin akan terjadi sesuatu terjadi sesudahnya. Dalam dia berlari pulang ke rumah dia pun berfikir mencari perancangan seterusnya untuk mengajar si penipu bertiga tadi. Sampai di rumah dia pun terus memberitahu isterinya bahawa sebentar lagi akan datang tiga orang kawannya untuk makan tengah hari di rumah. Jadi dia pun meminta supaya isterinya memasak masakan yang enak-enak lalu memberikan sedikit duit untuk isterinya untuk membeli barang-barang keperluan dan dia mengingatkan isteri:

"Cepat sikit ya, jangan terlambat pula".


Bersambung......


ps: siri ini dibuat secara berperingkat agar pembaca dapat mendalami maksud setiap babak

Wednesday, February 17, 2010

Bijakkah kita?

Salam sejahtera kepada semua,
Blog SEKADAR PANDANGAN kali ini akan memberi pandangan yang baru setelah cuti beberapa hari. Oklah pada kali ini, kita akan melihat siapa sebenarnya diri kita ini. Saya minta kepada para pembaca membuka minda dengan hati yang tenang untuk melihat sejauh mana realiti kehidupan kita ini.

Pernahkah anda MENDENGAR atau MELIHAT seorang lelaki bergelar Pak Pandir? Masih anda kenal dengan lelaki ini? Mungkin kalian pernah terjumpa beliau di laman facebook, myspace ataupun dia seorang pelajar dari sekolah anda yang memang terkenal dengan lawaknya sejak dulu lagi. Ataupun dia seorang manusia yang dianggap paling bodoh kat Malaysia(Tanah Melayu zaman dulu). Sedar atau tidak, sebenarnya tidak ramai umat islam mahu menjadi pak pandir. Kenapa ye?

Sebenarnya, saya ingin menyeru rakan-rakan sekalian untuk menjadi seperti pak pandir. Saya rasa anda semua mempunyai jawapan anda tersendiri. Tetapi inilah fenomena yang sedang melanda umat islam iaitu memandang rendah kepada saudaranya sendiri. Buat apa menjadi seperti Pak Pandir yang terkenal dengan kebodohannya? Buat malu diri sahaja kan? Tak macho la? Ini mungkin gerak hati anda yang berkata sebentar tadi.Tapi saya masih bertegas supaya kita menjadi pak pandir.Kalau nak tahu, biar saya ceritakan..........


Pada suatu ketika Malaysia sedang maju mengejar Wawasan 2020, semua rakyat di seluruh Malaysia menyangka Pak Pandir ini adalah seorang yang tua, agak bodoh, mudah dipermainkan. Ini semua adalah kesimpulan rakyat yang tersebar melalui macam biasalah iaitu facebook,blog-blog ataupun dalam sejarah dongeng. Yang sebenarnya tidak begitu sebenarnya Pak Pandir adalah seorang yang cerdik, pintar yang sentiasa berfikir mencari jalan ataupun jawapan bilamana ditanya. Sebenarnya dia tidak mahu menunjuk kebolehannya kerana takut takbur.(kira bersyukur la nih)

Maka pada suatu hari Pak Pandir dan isterinya telah berniat untuk membeli seekor kambing betina agar dengan tiu dapat menyenangkan urusan sehariannya. Dia tidak pelu lagi susah-susah pergi ke pasar membeli susu. Jika mereka mahu sus, maka tinggal memerahnya dari kambing tersebut. Selain itu juga kalau susu yang diperahnya berlebihan maka mereka boleh menjadikannya susu masam ataupun keju untuk mereka makan harian.

Maka seperti biasalah iaitu setiap hari rabu di kampungnya akan diadakan pasar minggu. Jadi berbagai barang yang akan dijual di pasar tersebut dan peniaga yabg datang pula kebanyakannya dari berbagai daerah yang jauh-jauh.

Jadi apabila tiba hari rabu, Pak Pandir pun terus pergi ke pasar sambil membawa seuncang duit untuk membeli seekor kambing sepertimana dihajatnya. Memang terlau ramailah orang yang membanjiri pasar. Berbagai barang yang dijual, samada sayur-sayuran, buah-buahan,perabot dan berbagai lagi. apa saja ada di jual pada hari tiu. Pak Pandir terus menuju ke tempat menjual kambing-kambing, berbagai kambing yang dilihatnya. Dia tidak terus membeli dia melihat-lihat terlebih dahulu mana yang berkenan dan juga yang harganya yang berpatutan. Begitu juga mesti berkenan dengan penjualnya tidak sombong.

Setelah puas melihat dan memilih-milih akhirnya dia berkenan dengan seekor kambing yang agak sihat badannya gemuk dan kebetulannya si penjualnya pun baik dan tidak sombong. Tetapi oleh kerana dia bukan ahli dalam membli kambing maka dia masih ragu-ragu lagi untuk terus membelinya atau tidak, serba salah juga dia dibuatnya.

Dia terduduk sebentar sambil mengaru-garu kepalanya. Melihat yang demikian si penjual pun berkata:

"Tidak mengapa saudara,tenang dan jangan gopoh gapah. Masih ada banyak waktu untuk berfikir"

Sedang Pak PAndir duduk berfikir rupa-rupanya dari kejauhan sana ada tiga orang lelaki yang mereka itu sudah terkenal di kawasan itu sebagai orang yang suka menipu. Namun oleh kerana Pak Pandir kurang pergi ke pasar, maka dia tidak tahu mengenai mereka. Mereka telah merancang sesuatu untuk menipu Pak Pandir kerana mereka rasa sudah pasti Pak PAndir yang bodoh itu akan menjadi mangsa tipu daya mereka. Mereka adalah tiga sekawan. Ke mana sahaja mereka pasti bersama.

Yang pertama kurus tinggi, yang kedua gemuk pendek dan yang ketiga badan sederhana bermisai tebal. Setelahmana mereka berpakat,maka mereka pun mencapai kambing jantan yang kebetulan mereka bawa menuju ke arah Pak PAndir.

Merka bertiga menghampiri Pak PAndir lau si kurus pun memanggil-memanggil Pak Pandir dengan memberi isyarat:

"Pesh!Pesh!Pesh!"

untuk menarik perhatian Pak Pandir yang sedang termenung. Bila Pak Pandir tersedar mereka bertiga pun terus datang ke arahnya. Lantas si gemuk pun berkata:

"Wahai saudara! Kalau mahu membeli di pasar ini saudara perlu berhayi-hati sikit.Aku tahu kamu mahu membeli kambingkan. Jadi sebenarnya kambing yang kamu lihat tadi tidak bagus. Nampak sahaja bagus. Aku memberi petua untuk membeli kambing iaitu kamu jangan tertipu dengan rupa zahirnya."

Berkata pula si Misai tebal:

"Kemudian tu sudah pastilah harganya menjadi mahal nanti kamu ingin bagi makan pula tak mampu sebab rumput kering untuknya juga dari jenis yang mahal!"

Si Kurus pula menyambung:

"Bukan itu sahaja, bahkan susunya nanti tersekat-sekat tak selalu keluar akhirnya mahu tidak mahu kamu terpaksa menyembelihnya untuk dimasak gulai sebab kambing kamu sudah tidak memberi apa-apa manfaat lagi selain dibuat lauk sahaja."

Kemudian dengan sepakat mereka pun berkata:

"Wahai saudara! Ini satu penipuan. Kamu jangan tertipu pula."

Lantas serentak mereka berhenti bercakap. Suasana menjadi senyap selang beberapa minit salah seorang daripada mereka pun berkata sambil menunjukkan ke arah kambing yang mereka bawa:

"Kamu jangan bimbang, kami tahu apa sebenarnya yang kamu hajatkan. Jadi belilah kambing kambing kami ini. Sungguh istimewa kambing ini. Kambing ini adalah terbaik dari seluruh kambing yang ada di dunia ini.

Ditambah pula si kurus:

"Betullah bahawa kamu lihat zahirnya tidaklah seperti kambing tadi tetapi bukankah kami telah katakan tadi bahawa jangan tertipu dengan rupa zahirnya".

Sambung si gemuk:

"Kalau tujuan kamu membeli untuk memperolehi susunya, maka kambing ini adalah yang terbaik susunya.Kamu akan puas meminum susunya malah susunya tidak pernah putus-putus."

Sambung si kurus:

"Kami bukan apa, sebenarnya kami ingin membantu kamu sebab kami pun tahu bahawa kami ini bukannya berharta sangat. Dan kami bukannya mahu untunbg sangat,harganya sangat berpatutan dengan kemampuan kamu. Kami pu jumpa kambing di padang di pasar saja jadi buat apalah kami untung banyak-banyak sangat."

Akhirnya Pak Pandir termakan tipu daya mereka. Dia pun bersetuju untuk membeli kambing tersebut setelah puas mereka memujuknya. Tanpa banyak bicara Pak Pandir terus menghulurkan uncang kain yang berisi duit, mereka mengambilnya dengan gembira sekali tanpa mengiranya. Lalu dengan penuh gembira Pak Pandir pun pulanglah ke rumahnya sambil membawa kambing yang baru dibelinya tadi.

Mahu tahu apa berlaku seterusnya?Ikuti tajuk Bijakkah kita 2.

Sunday, February 14, 2010

Di mana letaknya cinta remaja?

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian,

Sebenarnya tiba-tiba tergerak hati saya untuk membuat post yang baru. Entahlah, tapi insyaalah saya akan cuba yang terbaik untuk membuat para pembaca sekalian tidak membuang masa apabila membaca post saya pada kali ini.

Tanggal 14 Februari merupakan satu tarikh yang penting dalam kalendar kepada rakyat Malaysia kerana ramai yang akan bercuti dek kerana sambutan raya cina. Namun begitu ramai juga menganggap tarikh tersebut untuk melepaskan madu asmara masing-masing sempena valentine's day. Saya amat terpikat dengan hari tersebut kerana disebabkan hari inilah banyak ruangan akhbar menceritakan tentang hari tersebut(cerita artis itu dan artis ini bersama kekasih yang tak saya bacalah). Malah ,ketika khutbah Solat Jumaat
khatib membicarakan tentang hari kekasih itu. Kelihatan di situ, para hadirin jumaat khusyuk mendengar satu-satu perkataan yang keluar daripada mulut khatib. Ini sesuatu yang menarik kerana sebelum ini belum pernah saya melihat ramai jemaah yang khusyuk mendengar khutbah di masjid tersebut. Ibu saya pula berkata kepada saya bahawa sebenarnya hari Valentine ini ialah suatu perayaan yang orang islam tidak boleh amalkan(perkara yang sudah lama saya ketahui). Lebih memalukan lagi apabila saya membaca laporan polis yang berkata tentang 4 bayi terbuang ditemui dalam masa seminggu dan kemudiannya saya menonton laporan TV3 tentang ops-ops cegah seks bebas atau entahle yang berjaya menangkap ramai pasangan yang berzina dan majoritinya golongan remaja dan penuntut IPT.

Besar sungguh impak Valentine's Day ini sebenarnya. Mari kita telusi hikmah Allah S.W.T membenarkan hari tersebut wujud sekian lama. Saya tahu banyak aktiviti untuk memboikot hari Valentine ini sebenarnya. Tapi saya tidaklah terlalu serius kerana masih mentah dalam perkara sebegini. Dan saya tidak terkejut sekiranya ada golongan yang suatu ketika dahulu membuak-buak semangat memboikot atau mengharamkan hari tersebut turut menghayati hari itu dengan melakukan perkara yang tidak sepatutnya seperti(tau-taulah sendiri). Ini kerana manusia hanya hamba yang lemah yang bergantung kepada Allah sepenuhnya .Tapi saya tidak bermaksud saya menyokong kelakuan orang sebegitu tetapi kenapa dia melakukan sedemikian dan bagaimana dia boleh terjebak. seperti yang saya sebut banyak pasangan yang ditangkap pada malam 14 Februari adalah golongan remaja dan penuntut IPT.

Di mana letaknya cinta remaja?

Adakah salah satu pasangan itu berkasih untuk memupuk cinta sebelum mendirikan rumah tangga? Cuba semak dalam Al-Quran atau mana-mana hadis yang sahih tentang soalan sebentar tadi. Kepada golongan remaja yang hangat bercinta tentu mengatakan tidak salah dan bagi golongan lain pasti ada ada jawapan mereka. Sekiranya salah, maka lebih baik dipisahkan lelaki dan perempuan dalam dua planet yang berlainan dan bila dah masa kahwin jawabnya. Begitu sepatutnya jika tidak mahu ada istilah kekasih wujud.

Kenapa Allah tidak berbuat sedemikian? dan kenapa Allah lahirkan perasaan cinta dalam jiwa hambanya? Supaya hambanya berkasih-sayang antara satu sama lain keranaNya. Umat islam ternyata banyak yang silap mengenai Islam itu sendiri. Ada yang terlalu taksub sehingga mengatakan cinta kita terletak hanya pada Allah sahaja dan tidak perlu kita berkahwin,solat dan beribadat 24 jam tanpa henti unutk mengejarnya. Memang betul cinta kepada Illahi perlu berada yang pertama dalam jiwa kita. Namun Rasulullah S.A.W pernah bertegas bahawa umatnya perlu mengikuti apa yang dilakukannya. Beliau berkahwin, mempunyai anak, bekerja,berkawan dan lain-lain lagi seperti yang dilakukan manusia biasa. Mengapa beliau tetap bertambah imannya dan tidak pernah sedikit menurun dari tempatnya pada sisi Allah? Ini kerana beliau meletakkan cintanya betul pada tempat dan waktunya.

Di mana letaknya cinta remaja?

Remaja mudah terdorong dek hawa nafsu dan terpedaya dengan hasutan syaitan. Ramai yang tenggelam seperti yang anda tahu. Syukurlah, saya dicampak ke sekolah sejenis dan tidaklah hebat gangguan nafsu. Namun demikian apabila pulang ke rumah, saya tetap dihidangkan dengan gangguan apabila keluar ataupun menonton TV. Saya mudah jatuh cinta kepada seseorang terutama yang cantik orangnya. Cinta saya hanya berputik selama beberapa minit dan sekiranya kembali ke sekolah cinta tersebut terus dilupakan.

Daripada pengalaman saya, mengapa pasangan itu berpacaran dengan cara yang tidak elok adalah kerana imannya yang rapuh. Sekiranya seseorang itu beriman ataupun terlalu cintakan kekasihnya, sudah tentu ikatan cinta smakin kukuh. Walaupun tanpa bermodalkan madu asmara ataupun hadiah, ikatan cinta akan lebih dihargai. Jika para pembaca perasan, di atas bahawa saya mudah lupakan cinta itu. Sebelum ini, saya tidak terfikir mengenainya tetapi kini saya merasakan hikmah tersebut. Apabila cinta kita kerana Allah pasti terselit banyak kebaikan. Remaja juga takut sekiranya ditinggalkan kekasih. Oleh sebab itu, mereka merasakan perlu berdating untuk tidak ditinggalkan kekasih. Walaubagaimanapun, ramai juga ditinggalkan kekasih walupun setelah berdating selama bertahun-tahun. Ada juga sanggup mengumpul duit untuk belanja makwe mereka yang lebih kaya bermacam -macam benda ditinggalkan kekasih mereka. Bukankah itu suatu kerugian. Kemudian berang dan ugut bunuh. Adakah begini sepatutnya cinta kita kepada kekasih? Sekiranya si polan tersebut mencurahkan kasihnya kerana Allah, sudah tentu dia tidak berasa kecewa kerana itu takdirnya. Bukannya kekasih itu yang memberi kebahagiaan kepadanya tetapi yang Maha Esa yang berkuasa ke atas kebahagiannya. Jika temannya mengajak melakukan hubungan yang tidak elok, tetapi dia berkasih kerana Allah alangkah gembiranya dirinya jika dia dapat menghalang perbuatan keji tersebut.

Remaja perlu sedar bahawa kita bukannya robot yang dapat melakukan kebaikan melalui cinta seperti malaikat tetapi kita adalah hamba ciptaan Allah yang istimewa. Jika kita berpegang kepadaNya nescaya syurga menanti kita. Letaklah cinta kita sebagaimana yang diunjurkan Rasullulah.

Bila Hati Ditakluki

Assalamualaikum,

Post saya yang pertama ini sanagat menarik hati dan perasaan saya untuk menceritakan serba sedikit mengenai tempat saya menimba ilmu iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh.

Barang kali ramai yang tidak mengetahui mengenai sekolah ini kerana tidak tersenarai antara Sekolah Berprestasi Tinggi 2010,lewat tersenarai dalam Sekolah-sekolah kluster atau tidak mendapat banyak publisiti seperti sekolah-sekolah elit yang lain seperti MCKK,SSAS,TKC dan sebagainya. Namun bagi yang mengenali sekolah ini, sudah tentu mengetahu kebanggaan sekolah ini seperti Sekolah elit yang pertama sejak Tanah Melayu merdeka, sekolah yang asyik bermusuh dengan MCKK, sekolah bestari, terkenal dengan pelajar-pelajarnya yang pandai, padang yang besar gile, No. 1 PMR 2007 ,No. 1 Perak PMR 2008&2009, Ragbi yang dari dulu sampai sekarang tak putus-putus kejayaannya, perdebatan yang makin tinggi pencapaiannya dan macam-macam lagi lah sampai ada yang merajuk kalau tak sebut.

Bagi sesiapa yang lebih mengenali STAR,Ipoh ini mungkin memahami apa yang bakal saya bicarakan nanti.

Saya memulakan karier di sekolah rendah yang agak kekampungan la sikit(kadang-kadng macam bandar), di sekolah tersebut saya sangat dikenali ramai mungkin kerana pencapaian saya yang sangat cemerlang dalam akademik(asyik-asyik No.1), kokurikulum(penolong ketua pengawas dan dah lupa ar) dan sukan(hoki,olahraga dan takraw kire power le tu sampai 3 sport boleh conquer). Takpun saya dikenali kerana kuat dimarahi guru kerana tidak membuat kerja sekolah ataupun merayap keliling kampung lepas habis sekolah kadang-kadang ponteng sekolah agama sebab nak join member buat apa-apa yang mmuaskan hati(main bola,borak,merempit dan paling digemari jumpa gadis idaman).

Apabila mendapat keputusan UPSR dah keluar, saya antara beribu orang yang mendapat 5A di Malaysia. Memang gembira dapat 5A. Kemudian saya berfikir untuk kemana badan saya akan pergi ke sekolah SBP.Jadi terbayang sekolah MOZAC, SSAS dan MCKK. Hati pun jadi gembira bila dapat sekolah yang dah lama kita nak masuk sejak kecil. Bila hari keputusan kemasukan SBP keluar, saya dapat Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh. Jadi, dengan termanggu-manggu saya pun lekas memberitahu ibu saya pasal hal tersebut. "Sekolah apa ni aah?' hati kecil saya bertanya. Selepas itu saya mendapat tahu rakan-rakan saya yang lain ada yang mendapat MOZAC, MRSM dan SBPi Selandar. Perasaan cemburu begitu kuat sehingga tak tahu cara nak diungkapkan. Apabila bapa saya pula tahu, dia seolah-olah sedih. manakan tidak, dengan gaji yang tidak seberapa bagaimana mahu hantar anaknya ke utara jauh dari keluarga.

Selang beberapa hari kemudian, bapa saya hendak masukkan saya ke sekolah agama. Apalagi saya pun melentinglah. Saya tidak suka imej sekolah agama bukan kerana apa, cuma tidak mahu belajar bahasa Arab sahaja. Lalu saya pun merengek tidak mahu pergi ke sekolah tersebut walaupun tahu ramai kawan sekolah lama turut berada di sekolah itu. Dalam saya tidak sedari, rupanya guru besar sekolah saya telah bertanya dan memujuk bapa saya untuk memasukkan ke STAR. DAh banyak kali kena pujuk barulah bapa saya bersetuju dengan perasaan serba salah. Saya pun bergembira dan raya sakanlah selepas itu. Lepas ini tidak perlu lagi kena siram pokok bunga tiap-tiap petang. Untuk pengetahuan umum, rumah saya dikelilingi pokok bunga yang banyak dan tidak dapat menggunakan batang paip sampai keliling rumah.Oleh itu terpaksa mengangkut baldi dan ....tau2jela.

Saya pun tidak membuat rujukan tentang STAR sebab malas berfikr tentang keadaan sekolah ini. Dalam hati saya, saya terbayang yang sekolah ini seperti sekolah biasa yang saya lihat, ramai perempuan,uniform sekolah yang berseluar hijau. Masa tu berfikir hanya nak lepaskan diri dari kezaliman rumah yang dialami selama ini. Confirm saya tidak akan mendapat masalah di sekolah itu.

Semasa hari pendaftaran pula, saya datang lewat 2 hari. Maka perjalanan ke Ipoh pun bermula. sebelum itu bapa saya perlu singgah di Subang untuk menziarahi atuk saya. lepas tu pinjam Mak Tam saya punya Proton Wira untuk ke Ipoh. Dalam perjalanan itu macam-macam ada antaranya gua batu hapur(fuh first time tengok), dan tiblah kami di tol Ipoh. Selepas itu kami pun mencari STAR. Bagai rusa masuk kampung. Kami langsung tiada idea cara sampai ke STAR. Lalu, kami bertanya seorang pekerja di sebuah stesen minyak arah ke STAR. "Encik keluar jalan ni terus saje" katanya .Mudah sahaja begitu, seperti yang dikatakan terus sahaja dan kami berjaya sampai ke puncaknya iaitu pagar di sebelah rumah pengetua. Berdebar-debar rasanya dan apabila makin dekat saya mula berkata "di sini aku akan berjaya".Tiba-tiba semangat itu luntur apabila ibu saya berkata sekolah ni tiada perempuan. Hancur hatiku bagai kaca yang dihempas. Apabila sampai di pondok Pak Guard,ternyata pondoknya begitu usang. Lalu saya diarahkan bertukar pakaian sekolah. Saya pun bukan jenis merungut dan terus mengambil baju di beg. Tercari-cari saya baju putih seluar hijau.

"Mana bu seluar hijau?"tanyaku kepada ibuku.
"pakai seluar putih tu"jawabnya tanpa dia sedari soalanku sebenarnya.

Takkan pakai seluar putih. Terkesima saya dibuatnya. Tanpa berlengah lagi, saya terus pakai macam PBSM. Kemudia n kami bergegas ke pejabat sekolah yang entah mana terletaknya. Nasib baik Cikgu Zulkifli Din ada. Dialah yang menunjukkan arah ke pejabat sekolah yang hanya beberapa meter. Sebelum itu, saya memerhatikan gelagat pelajar di dalam dewan yang begitu oklah. Cuma saya hairan kenapa kenapa tidak ceria macam sekolah-sekolah lain. Saya pasti di dalam dewan tadi ialah pelajar sebaya saya yang saya tidak tahu tengah buat apa. Semua lelaki di situ. Malas saya dibuatnya.

Kemudian datang dua orang pengawas,

"Mak Cik, marilah kita ke dorm sekarang."kata seorang pengawas tersebut.
"Marilah",jawab ibu saya.
"Kita perlu menaiki kereta untuk ke sana kerana dorm itu terletak jauh",katanya.

Jauh ke kata hatiku. Selepas itu, bapa saya membawa kami ke sebuah rumah agaknya. Macam banglo pun ada. 2 tingkt sahaja.Rupanya itu asrama. Terkejut juga saya apabila dapat tahu. Kami pun naiklah ke atas dan membawa barang-barang saya. Dahlah bersepah,panjang dorm itu lain macamlah tidak seperti asrama yang biasa saya lihat. Selepas itu saya pun check toilet dan bilik mandi. Oklah bagi saya, tetapi tandas yang tinggi membolehkan orang sebelah mengintai.

Kemudian tanpa apa-apa masalah lagi, saya tidak rasa bersalah apabila ibu bapa saya hendak pergi. Tiada rasa sedih. Selepas itu, pengawas itu menyuruh saya makan tengah hari di "dining".Sebenarnya saya tidak faham apa maksud dining itu sebenarnya.Tiba-tiba macam ada haiwan mengganas datang. Rupanya pelajar tingkatan 1 yang lain sudah pulang dari sekolah.

'Wei, ada budak baru lah"10000x diorang sebut. Sakit hati bila rasa macam haiwan di zoo yang asyik ditengok orang. Kemudian kami pergi makan di dining dan saya kelihatan kaku seperti tidak tahu nak buat apa apabila berada di situ. Perut sudah kenyang kerana sudah makan di luar. Tapi, entah macam mana ada kuasa menyuruh saya mengikut sahaja pelajar-pelajar yang ada buat. Ambil tray, beratur yang begitu lama untuk ambil nasi dan ambil lauk dan makan bersama orang-orang yang tidak dikenali. Tetapi itu semua bagi saya hanyalah sedikit dugaan dan saya tidak sedikit merasa kesusahan.....

Ikuti sambungannya...