Tuesday, April 27, 2010

Mari Membaca


Bismillahirahmanirrahim.

Siapa yang belum pernah melihat atau terserempak dengan ayat di atas? Huish, ramai juga yang jumpa(firasat trulyidea). Siapa yang tidak mengetahui maksud ayat di atas? Jika anda tidak tahu sila turunkan tangan anda sampai mencecah lantai. Sekiranya pula anda tahu sila angkat tangan anda sehingga keluar aroma-aroma yang mengasyikkan daripada ketiak anda. Alhamdulillah semua tidak tahu sebab tiada seorang pun yang angkat tangannya( saya yakin tidak ada pembaca yang angkat tangan). Kalau para pembaca angkat tangan tadi sudah tentu trulyidea akan pengsan disebabkan wangian ketiak anda.

Bagusnya kalau para pembaca tidak mengetahui ayat di atas. Mari cikgu trulyidea tunjukkan. Sekarang sila buka buku teks agama. Sebentar. Kenapa para pembaca tidak membuka buku teks agama?( trulyidea merasakan bahawa para pembaca sungguh malas dan tidak mengambil buku teks agama masing-masing, mungkin buku tersebut yang malas berjumpa dengan para pembaca kerana jarang berjumpa). Tidak mengapa, kita gunakan cara yang lain pula.

Maksud ayat di atas ialah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Saya yakin bahawa semua pembaca blog SEKADAR PANDANGAN ini tahu maksud ayat itu. Cuma sebab kenapa saya membuat pendahuluan yang panjang ialah kerana ramai yang tahu bismillah tapi ramai yang tidak faham mengenai bismillah. Ramai yang tidak mengamalkannya. Jadi mulai selepas ini, marilah kira beramai-ramai mengamalkan bismillah sebagai amalan tetap kita.

Ada si polan berkata:

"Husih, bagaimana nak buat?"

Mudah sahaja. Bermula daripada bangun tidur bacalah bismillah sesudah bangun. Ketika hendak memulakn langkah ke bilik air bacalah bismillah. Kemudian ketika hendak memakai pakaian anda yang serba moden lagi menawan itu bacalah bismillah. Juga sebelum bersarapan, menonton tv dan lain-lain lagi. Mudah sahaja kan. Dengan hanya sekali sebutan, selepasnya buatlah sebarang kerja anda. Lebih baik disertakn dengan doa tetapi bagi golongan yang tidak tahu seperti trulyidea ini, membaca bismillah sudah cukup(hehehe...adoi, kantoi tak tahu baca doa,doa makan bolehla). Sekiranya anda gugup untuk berjumpa seseorang, mulakan bismillah agar hati dapat ditenangkan. Moga-moga anda terlindung daripada sebarang kemungkinan. Lebih-lebih lagi kepada kaki online 24 jam(contohnya para pembaca, tidak habis-habis mengadap skrin menatap facebook, blog dan lain-lain yang sama dengannya...hehehe...trulyidea pun sama sahaja). Tidak salah, tetapi biarlah sesuatu pekerjaan mendapat berkat dan moga-moga amaln kita diberkati Allah. Itu yang penting. Kalau anda mampu menulis pada setiap komen dengan menulis bismillah, subhanallah elok sangat-sangat. Jangan pula membaca bismillah kuat-kuat ketika 'melepas'. JANGAN sama sekali!!!

Besar makna dan hikmah dari sebutan bismillah. Cuma kita hamba Allah yang bangan lg *****(saya pakai tekan je dan tak tau nk ckp ape..hehehe) yang tidak mengetahui kebesaran ayat tersebut. Perhatikan setiap kejadian, adakah kita yang menjadikannya? Adakah kita mencipta diri kita sendiri atau adakah kita yang mencipta pokok yang merimbun? Tidak bukan. Segala isi alam ini adalah milik Allah S.W.T. Kita semua bergantung padanya dan tidak elok jika kita tidak mengharapkan keberkatan daripada Yang Maha Kuasa. Bacalah bismillah pada setiap pekerjaan kita. Insyaallah, keberkatan akan datang. Ingin sahaja saya menceritakan kisah-kisah menegenai bismillah, tetapi belum ada masa lagi nak diceritakan. Kalau hendak disambung pada post ini, memang lambat hendak habis dan boleh buat buku kecil untuk kanak-kanak.

Apalagi, jom bernasyid:

Dimulakan dengan bismillah....

Disudahi dengan Alhamdulillah...

Disebabkan suara trulyidea terlalu merdu, biarlah para pembaca yang sambung sendiri. trulyidea sangat risau sekiranya tercalon dalam anugerah juara lagu dalam kategori vokal.( saya melalut di sini)

Insyallah, kita berjumpa lagi.

Thursday, April 15, 2010

AYUH!!!


Assalamulaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, setelah lama berehat trulyidea kini kembali bertenaga dan bersedia mengupdate blog SEKADAR PANDANGAN yang telah dijejaki sawang-sawang spiderman, ataupun saudara-saudaranya yang hebat membina sawang.(minta maaf ye encik spiderman kalau anda terbaca)

Insyaallah, entry saya pada kali ini adalah untuk berbincang sedikit pandangan yang saya perolehi tentang dunia kita yang fana ini. Adakah kita berasa terjamin dengan dunia kita ini akan dibalas dengan dunia yang serba bagus di akhirat kelak? Adakah kita layak masuk syurga kerana kita umat islam? Adakah patut kita menghina kafir-kafir yang tidak memeluk islam hanya kerana mereka tidak memeluk islam dan hanya menyembah bukan kepada Allah yang maha esa?

Ayuh!!! Ayuh!!! Ayuh!!!

Ya Rahman,Ya rahim.....

Ayuh kita berubah. Sudah lama keindahan islam tidak bertapak. Sudah lama islam tidak ditonjolkan. Mahukah kita kembali kepada zaman jahiliah yang serba bodoh itu? Sudah tentu kalian akan katakan tidak mahu kerana memang kita tidak suka akan perkara-perkara sebegitu. Namun, dalam kita tidak sedar sebenarnya kita sedang melangkah kembali ke zaman itu.

Sebenarnya trulyidea ingin mengajak para pembaca sekalian menunjukkan kepada selruh manusia agar kita menunjukkan bagaimana islam itu sebenarnya. Jika kita perhatikan umat islam pada hari ini, mereka mendaftar diri mereka pada agensi pendaftaran negara dengan agama islam. Tetapi sebenarnya mereka tidak mereka langsung tidak menunujukkan islam itu. Tidak hairanlah wujud video-video,kartun-kartun dan cerita-cerita yang menghina islam. Kenapa saya mengatakan begitu? Kerana apa yang orang bukan islam gambarkan tentang orang islam adalah perwatakan umat islam itu sendiri. Saya bukan mengatakan 100% peratus umat islam adalah sebegitu, masih ada lagi yang sedang menyemai dan terus mempertahankan islam. Masih ada lagi yang walaupun ditimpa kesusahan dan kesulitan hidup tetapi mereka tetap berkata:

"Islam agamaku! Allah tuhanku! dan Rasulullah nabiku! Tiada sesiapa yang boleh menghalangku dari menyintai islam dan kenapa aku terus cinta pada islam ialah kerana aku melihat keindahan di dalam islam dan itu lebih berharga dari dunia ini"

Subhanallah...adakah kita tergolong dalam golongan ini? Sudahkah anak mata kita melihat keindahan islam? Sudahkah kita jatuh cinta pada islam? Adakah ketika senang pun kita tetap melihat islam? dan adakah kita tidak akan berpaling dari islam ketika susah? terpulang kepada para pembaca untuk menilai diri kita sendiri.

Ayuh kita tunjukkan islam bagaimana rupanya supaya orang-orang kafir terbuka hatinya untuk memeluk islam dan supaya kita terus bersama islam. Dan moga-moga selepas ini hati kita tiada keraguan akan kesucian islam dan tidak sama sekali menoleh kebelakang.

Monday, April 12, 2010

Bijakkah Kita 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....cerita penuh saspen dan menarik iaitu bijakkah kita akan disambung setelah beberapa lama dihentikan. Adakah para pembaca masih ingat bab-bab yang lepas? Jika tidak, bolehlah rujuk di bahagian al-kisah tentang kisah sebenar bijakkah kita.

Apa lagi Pak pandir terus keluar rumah dia pergi ke stor simpanan lalu mengambil sebatang cangkul kemudian dengan kelam-kabut dia pun berlari ke halaman rumah. Tanpa berlengah lagi dia pun terus menggali beberapa buah lubang tujuannya untukialah untuk mengambuskan hidangan-hidangan yang telah dimasak isterinya nanti ke dalam lubang-lubang tersebut. Jadi setelahmana isterinya siap memasak dia pun mengambil hidangan tersebut lalu dibungkusnya dengan dedaun lalu dikambuskan ke dalam lubang-lubang tersebut. Ada roti, ada lauk-pauk dan juga ada buah-buahan. Di kambusnya lubang betul-betul biar jangan sampai ada kesan-kesan digali. Setelah selesai dia pun duduk berehat di halaman rumah sambil memegang cangkul di tangannya menunggu kedatangan tiga orang tetamu yang tidak dijemput yang mereka pasti akan sampai tidak lama lagi.

Tepat sepertimana yang dijangkakan Pak Pandir tidak lama selepas itu dari kejauhan sana kelihatan kelibat mereka bertiga berlari-lari begitu kelam-kabut sekali. Tentu sekalilah mereka menuju kerumahnya. Bila sudah hampir sampai, nampaklah pak pandir rupa wajah mereka muka-muka mereka merah membara seakan-akan sedang bermusuhan dengan seseorang. Sampai saja terus si gemuk pendek menerpa ke arah Juha dengan begitu marah sekali tetapi dipujuk oleh dua rakannya:

"Sabar,sabar jangan tergesa-gesa!"

Walau bagaimanapun Pak Pandir telah bersedia untuk berdepan dengan semua itu semua.Dengan senyuman mesra pak pandir pun terus menyambut kedatangan mereka dengan penuh mesra:

"Selamat datang wahai saudara-saudaraku, selamat datang! Tenag-tenang, aku tahu semua sdeang keletihan jadi berehatlah seketika di bawah pohon sana yang redup. Aku tahu bahawa di kala ini kamu akan bergembira sekiranya menjamu minuman serta makanan yang enak-enak lagi menyelerakan. Sebab itulah aku suruh kamu bertenang dahulu kita menjamu selera dan selepas itu barulah kita sambung perbincangan kita!"

Maka bilamana mereka mendengar jamuan yang enak-enak lagi menyelarakan mereka menjadi reda sebentar bagi mereka tidak mengapa. Makan tetap makan dan lepas itu ingin gaduh gaduhlah kita. Bagaimanapun Pak Pandir mesti diajar juga dan tidak boleh diberi peluang kerana mereka telah banyak kerugian.

Nak tau apa yang berlaku seterusnya, tunggu......