Friday, March 26, 2010

Janji aku dapat??


Ahah, pada hari ini para pembaca sekalian akan menikmati satu sajian yang sangat istimewa. Hari ini saya akan mengajar para pembaca membuat satu minuman yang mampu mengecur air liur pembaca sekalian. Terimalah sajian minuman .....(sila rujuk gambar,hehehe)
Adakah anda dapat merasakannya? Sudah tentu la tidak. Tetapi saya yakin melalui pembaca blog SEKADAR PANDANGAN sahaja, anda dapat merasakan apa yang saya bakal ajar sbentar lagi.
Cuba anda kembali ke zaman 90 an......zaaaas
"Ibu, nak air", bicara saya.
"Macam biasa ke?", balas ibu.
"ye la, MILO", nadaku tinggi.
Hah, memang sejak saya dari kecil lagi sehingga sekarang, minuman kegemaran saya ialah MILO. Rasanya bukan saya seorang di dalam planet yang kecil ini yang menyukai MILO. Oleh itu, ramai orang yang akan pergi menaiki kereta bersama keluarga membeli-belah MILO sahaja di pasar raya yang terkenal seperti Giant, Tesco, Jusco ataupun Mydin. Ada juga yang menunggang motosikal merempit bersama rakan-rakan dan singgah di kedai makan atau restoran mamak untuk minum MILO setelah penat merempit. Yang melampau pula, membawa kapal kargo dan terus borong semua packet MILO di seluruh dunia.
Walaubagaimanapun, ramai yang tidak tahu cara homemade MILO dan menjimatkan kos seperti yang saya lakukan. Mari Chef trulyidea tunjukkan. Anda pergi ke dapur rumah jiran anda(jangan pergi dapur rumah anda,ini satu amaran!). Jangan memberi salam atau menegur sesiapa, terus masuk bersama kasut anda dan menjerit nama pemilik rumah sekuat hati. Nak tahu kenapa? Sebab anda bakal dibaling segala benda di dapur tidak kira pisau,pinggan dan tong gas. Tunggu sehingga anda dibaling paket MILO. Sekiranya dia tiada paket MILO, anda boleh pergi dan melakukan perkara yang sama di rumah jiran yang lain. Jika sudah dibaling paket MILO, anda perlu mengucapkan terima kasih dan mengucapkan Alhamdulillah. Pasti pemilik rumah hairan setelah banyak benda dia baling anda mengucapkan terima kasih dan bersyukur. Mungkin dia segera menelefon hospital Tanjung Rambutan.
Langkah yang kedua, anda perlu memanjat pokok kelapa untuk memetik buah kelapa. Berhati-hati sekiranya anda memakai baju hitam kerana orang mungkin menyangka anda beruk. Selepas itu, belah buah kelapa itu. Beri airnya kepada orang lain(membazir itu amalan syaitan). Pastikan santannya masih ada. Kemudian, masukkan serbuk MILO yang and dapat daripada jiran anda ke dalam tempurung kelapa yang masih mempunyai santan. Masukkan air panas yang anda masak(baru buat kat rumah) ke dalam tempurung itu dan kacau sehingga sebati. Air panas itu perlulah didedah di kawasan panas dan tunggu sehingga ia mendidih. Anda pasti tertanya mengapa tidak dimasukkan gula atau susu pekat? Jawapannya ialah santan sangat manis dan adakalanya berupa susu pekat dek warnanya yang berwarna putih(hahaha, mengarut).
Langkah yang terakhir ialah minumlah bersama keluarga dan jiran anda. Janganlah anda bersikap kedekut! Kalau anda mengidamkan MILO sejuk atau MILO ais, mudah sahaja. Pergilah ke kedai runcit yang mempunyai peti sejuk. Secara senyap, masukkan ke dalam peti sejuk itu dan tunggu sehingga sejuk.
Ya Allah, post saya pada kali ini bukanlah bertujuan untuk mengarut. Saya membuat post mengenai MILO kerana minuman ini mudah dibuat dan disukai ramai. Adakah anda perasan bahawa Allah mencipta pelbagai cara membuat minuman tanpa kita sedari. Setahu kita,beli sahaja dan kemudian minum. Masih ramai orang yang kadang-kala terpinga untuk membuat sesuatu dan adakalanya membuat sesuatu yang bodoh untuk membuat sesuatu(cth:seperti orang yang buat MILO tadi). Gunakanlah akal itu sebaiknya kerana dengan akallah kita dapat melakukan sesuatu dengan berhikmah. Cerita MILO ini hanya cerita untuk menggambarkan keadaan kita untuk menggunakan akal sewajarnya.
Haha,akhir sekali jangan sesekali anda melakukan perkara bodoh.

Thursday, March 25, 2010

Bila Sampai Masanya

Syukur kepada Tuhan yang menguasai sekalian alam! Dengan kehendaknya trulyidea dapat membuat post baru setelah beberapa hari meninggalkan Blog SEKADAR PANDANGAN(cewah,bajet kekasih la pulak).

Kepada para pembaca sekalian, minta maaf sekiranya Mr.trulyidea tidak lama mengupdate blognya. Minat saya terhadap blog amat tinggi, mahu saja sentiasa memberi pandangan untuk tatapan semua orang. Tujuan saya bukan untuk bermegah atau menunjuk blognya untuk tatapan umum. Terima kasih kepada follower yang baru kerana sudi menjadikan blog SEKADAR PANDANGAN pilihan anda.

Cuma baru-baru ini,saya menghadapi banyak masalah untuk menatap blog ini. Manakan tidak, saya perlu selalu pulang ke kampung untuk beberapa hari untuk menjaga satu-satunya datuk saya di kg. Melayu Subang. Apabila berada di rumah, ada pula teman yang mencari pasal unutk berlawan di gelanggang RAW atau WWE(tak pasal2 masuk hospital,nasib baik lawan bukan The Rock..hehe). Kawan pula asyik ajak bermain futsal atau bola, apalagi trulyidea sama hebat seperti Cesc Fabregas.Sudah tentu skillnya tidak akan dibazirkan begitu sahaja( saya agak perasan di sini) Di facebook pula, ada orang yang tak dikenali pula berani mencabar saya(sekarang dah berdamai,hehe). Terus hilang mood untuk membuat post. Dan tibalah sehingga hari ini,barulah saya dapat membuat post yang baru. Ya Rabbi, macam-macam dugaan yang datang demi menghalang saya membuat post di blog ini.

Dan pada tanggal apa entah, saya dah lupa..hehe
Saya sudah bersedia untuk membuat post bersama pandangan yang mendatang. Tapi Allah yang menetukan segala-galanya. Pada subuh yang sunyi, telefon rumah saya berbunyi memecah mimpi yang enak. Bapa saya menyambut telefon lalu menjawab. Kemudian dia memberi gagang telefon kepada ibu saya. Saya pula masih mamai di atas kerusi panjang di ruang tamu. Tiba-tiba ibu saya menangis dan sambil masih memegang gagang telefon, dia berkata kepada saya.

"Atuk dah takde!",berulang-ulang kali dia berkata kepada saya dalam keadaan sebak.

Tetapi saya tidak berasa sedih. Cuma saya hairan dan sedikit terkejut akan berita tersebut. Lalu, saya mengucapkan Innalillahhiwainnalillahhirrajiun.....

Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasa mati. Pada saat itu, saya berasa gentar dan memikirkan bagaimana saat saya pula mati. Masih dalam keadaan mamai atau separa sedar, saya memohon kepada Allah agar menunjukkan hikmah di sebalik kejadian. Jadikanlah hari ini satu hari yang penuh hikmah kepadaku ya Allah.

"Atuk dah takde",kata ibu kepada saya kerana menyangka saya tidak sedar akan berita tersebut kerana mungkin dia menyangka saya belum sedar. Kerana tidak mahu ibu berasa sedih, saya terus tekad bangun untuk menunaikan solat subuh. Dalam keadaan yang lebih segar, saya solat dan berdoa agar arwah ditempatkan dalam orang-orang yang beriman. Lalu saya terus capai senaskah Al-Quran untuk menyedekahkan Al-Fatihah dan Yasin untuk arwah. Hanya satu dalam pemikiran saya ketika itu, biarlah ramai orang yang membaca yasin untuk arwah. Saya sebagai cucu perlu menyedekahkan surah yasin kepadanya. Manakan tidak, saya kenal sepupu saya yang masih ramai yang tidak tahu membaca Al-Quran. Hati saya berkata:

"Janganlah atuk menyangka cucumu lupa padamu,ketahuilah atuk satu-satunya atuk yang saya dapat kecapi kasih-sayang, janganlah atuk tidak memberkati dan terus lupakan kami lagi, kami tidak mahu bergelar cucu sementara(time balik kg je baru nk jumpa), kami hendak atuk tahu bahawa cucumu ini mahu berjuang menegakkan islam dan memperoleh nikmat serta ibadat yang dapat dilakukan oleh atuk ketika sudah tua"

Arwah datuk saya meninggal pada usia 90 tahun, dan ketika hayatnya beliau banyak beribadat walaupun ketika sakit. Ramai tidak menyangka akan kemampuan beliau. Beliau juga sudah lama menghidapi sakit tua. Tapi siapa yang tahu, beliau masih mampu berkomunikasi dengan baik(pendengaran, penglihatan dan pengucapan masih baik), cuma fizikalnya sahaja yang kurang. Saya pernah bersama-sama menjaga beliau dan oleh sebab itu saya berani membicarakan perkara ini. Tahukah anda? tak tahu kan..

Meh saya cerita lagi,

Saya pernah bersama-sama menukar lampin datuk saya yang baru sahaja memakai lampin kira-kira sekitar bulan disember yang lalu(ok la,pada usia 89 tahun baru pakai lampin,selalunya atuk pergi ke tandas tanpa bantuan orang lain cuma peralahan sedikit pergerakannya). Seperti biasa saya bertindak sebagai superman untuk mengangkat atuk saya ketika menukar lampin. Subhanallah, ringan sahaja tubuhnya untuk saya angkat. Saya pun tidak sangka datuk saya sebegini ringan. Ketika mak cik saya membersihkan n**** datuk saya. Dia memberitahu saya supaya mentup hidung kerana risau saya tidak biasa dengan benda-benda sebegini. Saya pun kata tidak mengapa. Saya pun biarkan hidung saya yang seperti Shah Ruk Khan terbuka. Subhanallah, apa yang busuk? Tiada apa yang busuk. wangi sahaja n****nya. Betul, saya tak tipu. Rasanya n**** kita yg busuk. Datuk saya juga kurang mandi kerana pergeraknnya yang terbatas. Namun badannya tetap harum ,nafasnya tidak berbau, giginya putih tersusun rapi tidak seperti gigi budak tadika yang .....(hehe,faham kan).

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Siapa yang sangka pertemuan kami yang terakhir ialah ketika kami hendak pulang rumah. Ketika itu beliau sedang berbaring sambil menutup matanya. Posisi badannya berbaring ke kanan, selalunya beliau mengiring ke kiri. Malah, posisi kepala dan kakinya bertukar. Kakinya di kepala katil dan kepalanya di kaki katil. Dan beliau tidak mahu orang ramai mengganggunya. Saat itu, saya sudah berasa lain macam."Sudah sampai masa ke, lain macam je" bisik hati saya. Dan pada tanggal yang saya dah lupa tadi, atuk pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya.

Itulah saat-saat memori saya bersama atuk saya di penghujung dunia beliau. Namun, Allah masih menunjukkan banyak pengajaran walaupun beliau sudah meninggal dunia. Nak tahu lagi? Haha...rujuk di bawah.

Sambung dari selepas saya baca yasin.

Ketika itu ibu saya menangis-nangis tidak henti-henti mengalahkan anak-anak kecil. Saya turut bersimpati namun saya tidak pula nangis. Nak kata saya macho, memanglah saya macho. Kalau saya menangis pun macho. Jadi saya tiada masalah untuk menangis, hehe...Cuma dari pandangan saya apabila datangnya sesuatu kematian, kita perlu fikirkan tentang hikmahnya sperti fikir pasal saat-saat kematian kita pula, ibadat kita yang sederhana dan hubungan kita dengan Allah. Sebab itu, saya menahan air mata saya dari terus keluar dan bukan nangis tidak tentu pasal. Ibu saya tetap bersedih. Lalu, kami pun bersiap untuk pulang ke kg Melayu Subang. Ingatkan bapa saya akan membawa kami segera lebih kurang pukul 8 pagi setelah dia menjalankan kerjanya. Namun, sehingg pukul 9, dia masih tiada. Ibuku mula merengek dan menelefon kepada orang-orang yang dibawa bapa supaya tidak menyuruh bapa saya pulang ke rumah untuk membawa kami ke Subang(untuk pengetahuan, bapa saya kerja sendiri. Kerjanya mengambil dan menghantar orang, terutama budak sekolah). Ibu saya terus merengek dan memarahi bapa saya yang sedang bekerja. Saya faham bukan niatnya memarahi sesiapa, dia baru sahaja kehilangan ayahnya dan hendak menatap wajah ayahnya buat kali terakhir. Namun disebabkan bapa saya yang sedang menjalankan tugasnya, dia terpaksa menunggu lebih lama belum lagi menambah tempoh perjalanan ke Subang kira-kira 2 jam. Saya terus memujuk ibu dan menelefon bapa saya untuk segera pulang.

"Bapak tengah kerja ni, ada orang kena hantar! Nak buat macam mana, ibu kena faham".kata bapa saya sedikit tertekan.
"Tak boleh suruh orang lain hantarkan ke untuk hari ni je,lagipun kita dah lewat", balasku.
"Tak boleh! Ni budak tadika, kalo apa-apa yang terjadi susah nanti", balasnya.

Jelas sudah bapa saya bukan sengaja melambatkan keadaan. Bila difikirkan balik, ibuku harus bersabar dan betul juga kata bapa saya yang itu tanggungjawab menjaga penumpangnya(dahla budak kecik,kang kene culik ssh pulak). Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, bapa saya pulang dan kami terus bergegas pulang ke Subang. Tetapi ibu masih bersedih. Lebih kurang pukul 11.30 pagi, kami tiba di sana. Apabila masuk sahaja ke dalam rumah, ibuku terus meraung melihat jenazah arwah terkujur di ruang tamu. Mak cik-mak cik saya terus mententeram ibu. Ramai yang kasihan melihat keadaan ibuku. Di tepi suatu sudut, saya melihat sepupuku menangis sambil membaca yasin. Apa yang saya buat? Saya seronok melihat keadaan jenazah dan memerhati gelagat sepupu-sepupuku. Sudah gila ke saya nih...haha. Tujuan saya berbuat demikian adalah untuk mencari hikmah( kan dah doa pagi tadi). Orang menangis macam mana sekalipun, jenazah tetap cool je tidak menangis pun. Saya tidak gembira dengan keadaan ibu saya menangis melampau-lampau. Saya tahu dia sedih tapi sudah dijelaskan di dalam Al-Quran atau diajar rasullullah S.A.W. etika-etika ketika menziarahi jenazah. Kita perlu bersabar dan redha dengan qada' dan qadar.

Kemudian apabila jenazah hendak diusung keluar, ibu saya rebah lemah-longlai(lagi panik,org nk hantar jenazah bukan pegi hospital..hehe,kalo ibu baca jgn terase ye). Jenazah perlu dihantar ke Seremban di Makam Tn Hj Said. Sebelum itu, Mufti negeri sembilan menyuruh kami menghantar jenazah ke tarikaat untuk menyembahyangkan jenazah. Saya dikehendaki menaiki van jenazah sebagai wakil keluarga. Allah, aku memohon ampun padamu.

Dalam perjalanan tersebut, bau wangi sahaja yang sentisa menusuk hidungku. Adakah si arwah mati dalm keadaan mulia. "Ya Allah, aku malu terhadap arwah atukku, aku masih muda tapi sentiasa leka, bagaimana kelak kau mencabut nyawaku", aku menangis teresak-esak tidak dapt lagi menahan air mata.

Setibanya kami di tarikaat,masyaallah, punyalah ramai orang di sana. Mufti negeri sembilan adalah adik kepada arwah. Untung jenazah diimamkan adiknya yang juga mufti negeri sembilan, bukan itu sahaja, makmumnya juga ramai. Sungguh trpegun saya dibuatya. Itulah pertama kali saya melihat jenazah disembahyangkan sebegitu ramai. Kemudia jenazah dibawa ke makam untuk dikebumikan. Alhamdulillah, jenazah selamat sampai dan dikebumikan. Keadaan jenazah ketika hendak dimasukkan ke liang lahad juga mudah.

Keadaan ketika itu agak panas, tiba-tiba....jeng jeng jeng

Hujan mula menitik-nitik. Masing-masing mencari tempat untuk berlindung. Saya tidak berganjak. Biarlah orang yang lebih tua mencari tempat redup(konon baik le tu) Sedikit-sedikit air hujan masuk ke dalam bibir saya. Subhanallah, manisnya air hujan tersebut! Kemudian hujan berhenti. Ya Rabbi, kau turunkan hujan supaya kami dapat berasa sedikit sejuk ketika tadi kamu merungut panas. Keadaan menjadi redup dan tenang.

Nampak tidak sekalian pembaca, orang yang ketika hidupnya beramal soleh pasti keadaannya ketika hendak ditanam tidak menyusahkan orang lain. Lihat sahaja bagaimana Allah melayan jenazah yang baik daripada pendapat saya. Banyak lagi perkara baik tentang arwah ketika hendak dimandikan,dikafankan,disolatkan,diusungkan dan dikuburkan yang tidak dapat saya bercerita. Ini mungkin sedikit pengalaman yang saya lalui.

Kesudahannya, sepupu saya yang menangis tadi pulang ke rumah bersama aweknya tidak menghadiri kenduri arwah pada malam tersebut. Bukan niat saya untuk memburukkan dia tetapi seperti yang saya cakap bahawa apabila berlaku sesuatu kematian kita perlulah ikhlas melakukan sesuatu dan terimanya sebagai qada' dan qadar. Ibu saya masih bersedih.(ketahulah ibu bahawa kita akan juga meninggalkan dunia ini buat selama-lamnya)

Post kali ini mengajak pembaca agar sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki ibadat kita. Renungkanlah hikmah yang Allah beri. Sya telah mendapat banyak pengajaran. Jangan pula kita menangis macam bayi nak minta susu ketika jenazah di depan mata, tetapi bila sudah ditanam...(anda tahu apa maksud saya).

Berkat amalannya, datuk saya saya kira dapat hidup dengan baik ketika hayatnya sehingga tidak banyak menyusahkan anak-anaknya, malah ketika matipun banyak perkara yang baik berlaku. Mudah-mudahan kita pun dapat mati dalam keadaan yang amat baik.Insyaallah...

Saya bukan menentukan sesuatu, saya tidak menentukan adakah si mati itu baik atau buruk. Tetapi dari pandangan saya, sekiranya kita beramal dengan ikhlas dan sentiasa bertawakkal, insyaallah ketika saat malaikat maut hendak mencabut nyawa kita,Allah permudahkan bagi kita.

Bila Tiba Masanya kita akan bertemu dengan si Pencipta.....

Friday, March 19, 2010

Bila Hati Ditakluki 3


Alhamdulillah,syukur kepada Allah S.W.T. kerana kita dapat menggunakan jari kita untuk klik-klik blog-blog yang kita gemari, melihat kebesaran Ilahi dan tidak kurang menggunakn kemudahan siber di alam ini(facebook ke,myspace ,twitter atau papejela)
Sebenarnya trulyidea sudah lama mahu bercadang hendak mengupdatekan blog SEKADAR PANDANGAN...tapi tidak mendapat izin Ilahi(demam dan pulang ke kampung)..kali ini post bertajuk Bila Hati Ditakluki akan disambung dengan emosi-emosi(mungkin terlebih gila) yang menusuk hati...
Oklah,seperti biasa sesiapa yg tertinggal episod sebelum ini, bolehlah rujuk di bahagian almamater.mudah sahaja..gerakkan jari anda pada tetikus dan bawanya ke bahagian label.Kemudian cari almamater dan gunakan separuh tenaga untuk menekan tetikus anda..Ha,kan senang je.
Terus kepada motif:
Sepanjang 5 tahun saya berada di sekolah itu, saya tidak sangka sama sekali yang Allah akan menguji hambanya yg kerdil dengan pelbagai dugaan BESAR. Perkenalan tentang Sekolah Tuanku Abdul Rahman ketika masih baru ternyata meleset sekali.
"STAR adalah antara sekolah 7 buah sekolah elit di Malaysia"
"STAR banyak pelajar hebat-hebat"
"STAR, sports power ar"
"STAR ni camnila...camtula..."
Macam-macam lagi ayat-ayat yang boleh dibanggakan. Tetapi saya tidak menyangkal sepenuhnya dan mengatakan STAR ni sekolah yang perlu dianggap teruk. Tidak sama sekali! Memang apa yang dikatakan itu suatu fakta. Namun fakta-fakta lain belum lagi diucapkan atau diberitahu. Kalau hendak diberi contoh, malu juga rasanya. Tapi itulah perkara yang saya lalui di STAR.
Punyalah cantik perkenalan saya dengan sekolah itu. Allah tutup mata saya dari segala kelemahan sekolah itu. Rasa seronok berada di sekolah yang rata-rata pelajar hebat. Saya langsung tiada rasa tertekan dengan kehidupan asrama. Setakat bangun pukul 5, solat subuh di surau, makan di dewan makan serta mengikut masa, tidur awal atau perlu tutup lampu awal.(macam-macam la perkara yang biasa di asrama, senang jer)
Saya tiada masalah sehingga ........
Saya pun tidak tahu cara hendak memulakan, tapi masih segar dalam ingatan saya pada waktu petang di padang yang hijau menyegar bersebelahan Rumah Merah. Kami junior perlu berada di padang kerana perlu berlatih kawad. Di situ, ada bangku/kerusi batu yang hanya muat untuk 2 orang sahaja(kalau share dapat sampai 4 orang). Kebetulan senior kami lewat, jadi kami perlu menunggu. pelajar tingkatan 2 ketika itu pun duduk di atas kerusi itu. Tak disangka-sangka ada pula ruang kosong pada bahagian penjuru kerusi itu. Apalagi, saya pun seronok nak duduk setelah lama berdiri. Pelajar tingkatan 2 yang ada masing-masing tiada masalah dengan saya semasa saya duduk di situ. Dan...jengjengjeng! datang keluar seorang makhluk dari rumah merah menuju ke arah tempat kami bersemayam.
"Hei Form 1,blah ar",kata makhluk terbabit kepada saya.
"Kau tak reti nak duduk tempat lain", balas saya.
"kuang haja kau, dah ar kau Form 1",tengking dia.
Haha..akhirnya saya pun mengalah. Tapi langsung di lubuk hati saya tidak berasa takut padanya. Dalam hati asyik cakap:
"heeleh,ko fikir aku takut! kau belum kenal siapa aku"
Disebabkan tragedi itu dia mula kecoh kepada rakan-rakannya yang lain.
"Sapa ar Form 1 red,adik Ijat, kurang ajar ar dia",kecohnya sehingga saya pun terdengar.
Maka saya menjadi bualan popular kerana sikap kurang ajar saya. Tragedi itu tidak berakhir di situ. Mereka mencari jalan untuk mengenakan saya. Ada datang ramai-ramai di kelas dan tanya bukan-bukan(tak faham kerana loghat pelik). Nasib baik Abang Naqib ada, dialah yang selalu menyelamatkan saya semasa dikacau. Nampak sahaja abang Naqib,mereka terus pergi seperti ayam nampak manusia. Namun hati saya tak tenteram dan tidak selesa dikerumuni orang yang tidak dikenali. Entah kenapa saya berasa sedih dan mula mudah terasa.
Baru saya perasan, inilah namanya buli. Setiap kali saya nampak mereka, saya berasa takut yang belum pernah saya rasa. Mahu saja larikan diri dari pandangan mereka.
"Aku takut Ya Allah, Aku rindu pada ibu bapaku, aku rindu pada rumahku, Aku tidak suka pada sekolah ini, Aku mahu kembali ketika aku berada di darjah 6, Aku mahukan penghormatan sepertimana aku dapat ketika dulu, Aku tidak mahu dibuli, Aku tiada semangat!"
Allah sahaja yang tahu bagaimana saya menitiskan mata setiap hari. Barulah Allah tunjukkan kasih sayang yang ibu bapa saya beri. Barulah saya sedar nikmat duduk berada di rumah. Barulah saya sedar kedudukan saya yang sebenar. Betapa nikmatnya kehidupan yang lepas.
"Aku tidak mahu berada di sekolah ini"
Demikian tekad saya hendak keluar daripada sekolah itu. Bila peperiksaan, dapat nombor jauh-jauh. Selalu kan dapat nombor satu, tiba-tiba dapat no 76. Sedih yang melampau. Masa itulah saya merasakn diri tidak layak berada di STAR. STAR kan tempat budak pandai. Apa gunanya diri yg bodoh ini berada di STAR. Maka saya jadikan bodoh sebagai alasan untuk keluar STAR(padahal tak suka kena buli). Menangis-nangis di telefon awam menelefon ibu berbekalkan duit syiling yang sudah lama dikumpul.
BERSAMBUNG

Monday, March 15, 2010

Tragedi Alam Kubur

Segala puji bagi Allah.Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon ampun daripadaNya. Kita juga berlindung kepadaNya dari kejelekan diri dan amal kita. Barang siapa diberi hidayah oleh Allah,tiada siapa yang boleh menyesatkannya. Tetapi siapa saja yang disesatkan olehNya, tiada siapa yang boleh beri hidayah melainkanNya. Aku bersaksi tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Ya Allah, limpahkanlah selawat bagi Muhammad dan keluarganya, sebagaimana kau limpahkan selawat bagi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Perkasa.

Allah berfirman yang bermaksud,

"Setiap jiwa pasti akan merasa kematian. Dan Kami timpakan fitnah bagimu berupa keburukan dan kebaikan. Kepada Kamilah kamu dikembalikan"(Al-Anbiya':35)

Demi Allah kita semua akan mati. Itu adalah kebenaran yang tiada keraguannya. Mungkin pembahasan ini bukan baru lagi bagi pembaca. Ini sekadar peringatan yang mengingatkan kita tentang dunia yang fana.

Pengarang sendiri belum pernah merasa mati. Tetap saya yaki bahawa di dunia ini tidak ada yang pasti selain mati. Semua yang menjadi angan-angan akan musnah. Demi Allah, kita semua akan mati. Ia pasti datang dan tak ada tempat untuk lari daripadanya. Ia datang dengan tiba-tiba. Tidak pula meminta izin atau mengetuk pintu. Malah dia sentiasa mendekati kita. Inilah janji yang diberi ke atas setiap makhluk. Semua manusia akan berasa kesakitan yang amat sangat sehingga warna jari memucat.

Wahai pemilik kematian, mengapa kau turutkan jiwamu mencari kesenangan yang fana? Maut akan merobek kami dan memisahkan alam yang serba leka.

Allah berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah, 'Lari itu sesekali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri daripada kematian atau pembunuhan, dan jika(kamu terhindar daripada kematian) kamu juga tidak akn mengecapi kebahagian kecuali sebentar sahaja'." (Al-Azhab:16)

Apakah kamu mempunyai penangkal maut? Jika ada pasti sudah lari di pasaran. Apakah kita tidak tahu bahawa kematian tidak mengenali tua atau muda, kaya atau miskin, yang kuat dan yang lemah. Dia juga tidak tahu yang mulia atau yang hina.Semua tidak terlepas.

Berapa banyak orang yang mulia dihinak oleh kematian. Di atas kepalnya ada bendera yang disembunyikan.

Allah berfirman yang bermaksud,

"Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada kamu; lalu ia berkata, "Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkanku (kematian) sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?,"
Dan Allah sekali-sekali tidak akn menangguhkan (kematian seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Munafiqun: 10-11)

Mari kita berhenti sejenak. Bersama kita cermati pemandangan yang dahsyat ini. Tanyalah dirimu, hendak ke mana dan sampai bila?
Wahai Jiwa
Bertaubatlah
Sesungguhnya kematian bakal menimpa diri
Setiap hari
Banyak mayat yang terkujur kaku
Tetapi kita melupakan jejak kematiannya
Wahai Jiwa
Apa erti harta yang kita simpan
padahal aku akan keluar dari dunia bertelanjang
Mengapa kita masih lupa akan kematian
Padahal ia tidak lupa akan kita
Wahai Jiwa
Katakan padanya
Ia ibarat tetamu
Bersiaplah menyambutnya sebaik mungkin
Wahai Jiwa
Esok kau akan meniti di atas neraka
Sedarlah kita sebelum kita tergelincir