Monday, December 6, 2010

WHOOAAA!!!


JENG..JENG..JENG...

Sekali lagi kita bertemu wahai para pembaca sekalian. Terima kasih di atas sokongan yang telah anda semua berikan. Saya sungguh terharu di atas respon blog ini setelah hampir setahun saya berkecimpung di dunia blog ni(muda lagi la,mcm baby). Ya, tanpa berlengah-lengah lagi ayuh kita cari tajuk untuk persidangan menteri-menteri blog SEKADAR PANDANGAN. Sudah tentu kuasa veto milik penuh trulyidea..hahahahaha..dan sememangnya anda para pembaca merupakan menteri-menteri di blog ini. Sekarang saya mengarahkan anda semua berlutut menghadap saya..hehe..gurau sahaja

Wahhhhhh, comel bukan mereka-mereka ini...!!! ada yang gigi rongak plak tu..(ntah ade ke x) Okay, kali ini saya hendak meneruskan label pembinaan hati iaiatu bahagian yang cukup saya minat kerana boleh banyak mengarut. Bagi para pembaca yang baru, bolehlah membawa tetikus anda dan menghala ke sebelah kanan blog ini untuk mencari label pembinaan hati untuk mengikuti tajuk-tajuk sebelum ini.hehe...

Whoaaa!! adakah anda bergembira hari ini? Hurm, itu saya tidak pasti. Justeru, saya mempunyai berita baik untuk anda semua untuk menjadi orang yang hepi,cute, bergumbira umpama kanak-kanak ribena...hohohoho. Nak tahu atau tidak? Tepuk tangan dahulu.....(nyampah dah sume org...x abih2 lwk bongok). Beritanya ialah.----->jeng3..lihat di bawah

Bagi orang-orang yang sentiasa menuntut ilmu
dan melakukan pekerjaan yang baik
anda boleh bergembira

haha..adakah anda ada 2 ciri di atas iaitu orang yang sentiasa menuntut ilmu dan melakukan pekerjaan yang baik? alhamdulillah semuanya mengaku ada 2 ciri di atas(bajet tau lak). Jadi anda selayaknya bergembira di atas muka bumi Allah yang hina ini. Ayuh kita berpesta!!! WHOOOAAA!!!

Baiklah. Kenapa saya mengatakan bahawa orang yang mempunyai ciri di atas seharusnya bergembira? Ini kerana 2 perkara itulah yang akan menemani kita di kubur kelak selepas kita ditinggalkan ahli keluarga kita, harta-harta kita dan dunia. 2 perkara itulah yang akan bersama-sama dengan kita itupun kalau kita mempunyai ciri di atas. Masih ada lagi perkara yang boleh menemani kita di alam kubur kelak. Namun, di sini saya bangkitkan 2 perkara yang senang dan jelas bagi kita semua. Senang bukan?

Seringkali kita sedih kerana mungkin nasib kita tidak berapa baik. Namun, Allah menjanjikansesuatu yang baik. Inilah salah satu daripadanya. Ingatlah bahawa jika kita tetap mengamalkan ilmu dan selalu beribadat, satu jaminan kebahagiaan bagi kita. Subhanallah. Jangan terus bersedih dan ingatlah Allah jua menjadi teman kita tidak kira di mana jua. Apalagi...jom berpesta!!! WHOOAAA!!!

No comments: