Monday, November 29, 2010

Remaja Siri 1

Bismillahirrahmanirrahim.....
Segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya sekali lagi trulyidea dapa bersembang-sembang, berborak-borak dan yang paling penting sekali ialah Blog SEKADAR PANDANGAN diteruskan dengan pandangan yang baru. Kali ini Blog SEKADAR PANDANGAN ingin membicarakan satu keadaan atau fenomena di mana tidak ramai yang dapat mengesan atau perasan mengenai situasi ini. Baiklah, tajuk kita pada kali ini ialah REMAJA....Saya meminta kepada para pembaca untuk megikuti siri ini kerana ianya sangat bermanfaat. Saya sengaja membuar secara bersiri supaya para pembaca mendapat input yang optimum setiap kali singgah di blog ini. Insyaallah dengan ilmu yang kita dapat, barulah kita dapat menyemai islam dengan baik di muka bumi ini. Saya tidak memaksa tetapi cuma berharap sahaja....

Apa yang seronok sangat sampai saya hendak bercerita pasal remaja? Hurm..mungkin trulyidea memang kelihatan remaja sentiasa. Buktinya, lihat gambar di bawah. Itulah gambar saya sekarang....hahaha...Nampaknya para pembaca sedang memerli saya(xyah kelentong ar,sure ade yg fed-up bile tgk gamba shah rukh khan tu). Tidak mengapa, saya redha dengan ketentuan Illahi(dengan hati yang penuh suci+kewibawaan+reda....hehehe)



Sebelum saya sempat membuat post ini, saya ternampak gambar di atas iaitu gambar Datuk Shah Rukh Khan di dalam filem My Name Is Khan(Fuhh...mmg bes la, menangis-nangis saya tengok sampai awek sebelah terpaksa lap air mata...hua3). Ha, cukuplah mengarut sekejap...Saya mengambil gambar ini untuk menunjukkan betapa porosnya manusia di zaman remaja. Remaja sangat mudah dilentuk dan mudah dipengaruhi. Tidak hairanlah Rizvan Khan(lakonan Shah Rukh Khan di dalam My Name Is Khan) memberi impak yang besar di dalam kehidupannya. Saya yakin kepada sesiapa yang telah menontonnya mungkin berasa kagum dengan watak Rizvan. Mungkin ada yang tidak sependapat dengan saya, tetapi itu tidak mengapa kerana Filem ini hanya menimbulkan sedikit kontroversi. Tetapi secara keseluruhan ianya membuktikan gaya hidup Islam yang sebenar. Ini yang kita mahukan.

Baiklah, ayuh kita kepada topik selepas beberapa lama bukak kedai kopi tadi ya. Remaja sering dikaitkan dengan emosi. Perlakuan mereka sering dikatakan oleh golongan dewasa sebagai kelakuan beremosi. Betul atau tidak para pembaca? Saya yakin ramai sedang membayangkan situasi yang kita sedang bincangkan sekatang...Tahniah para pembaca sekalian(saya sengaja membuat para pembaca tersentak dengan menanyakan soalan). Ok2..cukup...kita sambung semula. Remaja juga mudah dipengaruhi emosi dalam dalam berfkir dan juga ketika membuat sesuatu tindakan. Maka, tidak hairanlah kelakuan yang tidak elok atai tidak senonoh yang sering dipertontonkan kepada orang ramai yang selalu berlaku hari ini. Ini kerana ada 2 perkara yang mempengaruhi masalah ini iaitu:
1) Tahap kematangan minda
2) Pertumbuhan biologi yang tidak stabil(wah! trulyidea dah macam doktor la...haha)

Jadi, apabila ditambah dengan kurang kematangan berfikir+kurang rasional+obejktif dalam menyelesaikan masalah menyebabkan EMOSI lebih diutamakan.(buat tu sikit ikut emosi..buat ni ikut emosi...cthnye ialah ketika belajar...ikut mood dan sering release tension di mana ketika pelajar sedang belajar,mereka mudah berasa tension selepas belajar beberapa minit sahaja..bile nk betul-betul belajar???)

Perkembangan biologi yang meletakkan golongan remaja sebagai golongan pertengahan, bukan kanak-kanak dan bukan dewasa, menyebabkan krisis dalaman berlaku. Haha, inilah situasi yang kerap berlaku di mana-mana. Remaja diperlakukan seperti kanak-kanak. Sememangnya tidak ramai yang suka diperlakukan sebegitu. Cuba beritahu saya siapa yang suka diperlakukan sedemikian. Orang gila pun tidak suka. Tetapi golongan remaja sering dipersalahkan kerana tidak bersikap kedewasaan. Orang dewasa selalu menjangka golongan remaja untuk berfikir sebagaimana golongan dewasa berfikir. Maka dialog-dialog di bawah mungkin menjelaskan sedikit maksud saya.

Seorang remaja ingin bertanyakan cara-cara membuat suatu kerja

remaja: Betol tak apa yang saya buat ni?
dewasa: Hah kau, buat sajalah...kan senang je kerja tu...takkan nak tanya aku kerja senang tu..kau buat ajela..

Hurm...btolkan remaja sering diperlakukan begini. Namun bukan semua orang dewasa sebegitu. Masih ada yang yang baik hati contohny kalau tidak bukan trulyidea...wakakaka(gelak setan....memang siot je perangai poyo dlm blog). Maka, konflik dalaman sering menentukan identiti ini turut menyebabkan remaja sering mengutamakan emosi berbanding logik dan fakta. Disebabkan ini tingkah laku remaja diselubungi ketakutan dan kerimasan.

Masyarakat masih tidak menganggap remaja sebagai orang dewasa. Namun remaja pula sering menganggap mereka sudah dewasa ketika mereka mengalami pertumbuhan fizikal. Emosi mereka mengatkan bahawa mereka sudah besar. Apatah lagi jika membabitkan hubungan kekeluargaan. Konflik ini menyebabkan remaja tertanya-tanya sama ada sedar atau tidak mereka sebenarnya mencari identiti sendiri.

SIAPA AKU?????????(menjerit macam orang hospital tanjung rambutan)

hurm baiklah mukadimah ini...nantikan siri seterusnya untuk mengetahu masalah-masalah dan cara-cara untuk membentuk peribadi seorang remaja. Post ini ialah satu kajian dan pengamatan saya dan melalu pembacaan. Jika sekiranya ia tidak bagus,maklumlakan kepada saya.Ok?? jumpa di lain masa. Assalamualaikum


No comments: