Thursday, November 17, 2011

Alahai Kaum Adam!!!

Cuba renungkan baik-baik tajuk yang saya cuba sampaikan. Alahai kaum adam,adakah kita begitu lemah sekali? Kenapa terlalu banyak isu mengatakna kaum adam kian pupus. Hai kaum adam, kita serupa dan sama. Kita memahami antara satu sama lain. Tapi kenapa kita lemah kaum adam.Alahai kaum adam!!!!

Sebenarnya apa yang membingungkan saya ialah bukannya jumlah kaum lelaki yang kian menurun diabandingkan dengan jumlah kaum perempuan. Saya tidak sama sekali gerun dengan perbezaan tersebut. Namun di hati saya, saya teramatlah risau dengan kualiti yang dimiliki kaum lelaki kini. Sudahlah saya bberasal daripada sebuah keluarga yang majoritinya lelaki,sekolah yang kesemuanya lelaki dan kesimpulannya saya dibayangi dengan lelaki tetapi saya bukan golongan homoseksual. Saya amat tidak suka perbualan mengenai gender ataupun perbahasan mengenai kaum lelaki dan perempuan. Saya sudah jemu mendengar bermacam-macam perkara mengenai lelaki dan saya terpaksa akui pendapat-pendapat tersebut itu betul. Tetapi saya sebagai lelaki tetap menjalankan tanggungjawab saya dan sentiasa memperbaiki diri saya sendiri,insyaAllah dari semasa ke semasa.

Apa yang bermain di fikiran saya ialah kaum adam yang sentiasa berfikiran mentah dan tidk memikirkan bersama tugas dan amanah terhadap agama. Seolah-olah ada ramai lagi yang boleh menjalankan tanggungjawab tersebut. Sudi saya ingatkan janganlah termakan dek tuduhan-tuduhan yang mengatakan kaum kita lemah dari pelbagai segi dan saya rasa semua setuju kita sering dikaitkan dengan perkataan 'malas'. Jikalau betul kita malas ayuh kita buktikan kita memang hebat mengguakan akal kita dan kita sememangnya rajin apabila kita berkehendak terhadap sesuatu. Saya amat pasti tentang kaum adam. Kami sangat tekun terhadap sesuatu yang kamin inginkan dan saya yakin jika semakin ramai kaum adam yang sentiasa gelojoh mengejar impian yang baik maka kita pasti dapat membuatkan mereka yang mengatakan kaum adam kita sudah pupus menelan baik air liur mereke itu..yeahh!!!

Wednesday, November 2, 2011

Inilah Kerja Orang Kafir


Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!


 persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
 Injil telah dicetak & di edar...
 IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
 Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
 BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
 tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

 (Agama Islam)....
 gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
 Baca sama-sama...

 Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
 berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
 Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
 Bukan takut nak beranak, tapi takut
 ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

 Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
 membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
 terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
 signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
 kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
 minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
 kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
 dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
 IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

 Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
 Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
 dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
 Antaranya:

 1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
 mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
 - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
 dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
 anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
 tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
 jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
 digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

 2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
 identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
 minta di'tiada'kan.

 3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
 tidak perlu masuk Islam.

 4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
 mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

 5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
 begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
 ibadat orang bukan Islam.

 6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
 hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

 7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
 mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
 bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
 kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
 nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
 syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
 sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

 8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
 dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

 9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
 penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

 10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
 ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
 ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

 11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
 dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

 12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
 Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
 Muslim

 Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
 sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
 dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
 dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
 Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
 langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
 katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
 maka inilah hadiahnya!'...
 Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
 macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
 --------------------------​--------------------------​---------------------
 Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
 berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
 mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
 yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
 daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

 Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
 nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
 cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
 Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
 sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
 selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
 al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

 Allahua`ala `alam.
 27 SEPTEMBER 2007

Friday, October 21, 2011

A Professor with His Student



An atheist professor of Philosophy was speaking to his class on the problem Science has with GOD. He asked one of his new Christian Students to stand and . . .

 Professor : You are a Christian, aren't you, son ?

 Student : Yes, sir.

 Professor: So, you believe in GOD ?

 Student : Absolutely, sir.

 Professor : Is GOD good ?

 Student : Sure.

 professor: Is GOD all powerful ?

 Student : Yes.

 Professor: My brother died of cancer even though he prayed to GOD to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But GOD didn't. How is this GOD good then? Hmm?

 (Student was silent.)

 Professor: You can't answer, can you ? Let's start again, young fella. Is GOD good?

 Student : Yes.

 Professor: Is satan good ?

 Student : No.

 Professor: Where does satan come from ?

 Student : From . . . GOD . . .

 Professor: That's right. Tell me son, is there evil in this world?

 Student : Yes.

 Professor: Evil is everywhere, isn't it ? And GOD did make everything. Correct?

 Student : Yes.

 Professor: So who created evil ?

 (Student did not answer.)

 Professor: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don't they?

 Student : Yes, sir.

 Professor: So, who created them ?

 (Student had no answer.)

 Professor: Science says you have 5 Senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son, have you ever seen GOD?

 Student : No, sir.

 Professor: Tell us if you have ever heard your GOD?

 Student : No , sir.

 Professor: Have you ever felt your GOD, tasted your GOD, smelt your GOD? Have you ever had any sensory perception of GOD for that matter?

 Student : No, sir. I'm afraid I haven't.

 Professor: Yet you still believe in Him?

 Student : Yes.

 Professor : According to Empirical, Testable, Demonstrable Protocol, Science says your GOD doesn't exist. What do you say to that, son?

 Student : Nothing. I only have my faith.

 Professor: Yes, faith. And that is the problem Science has.

 Student : Professor, is there such a thing as heat?

 Professor: Yes.

 Student : And is there such a thing as cold?

 Professor: Yes.

 Student : No, sir. There isn't.

 (The lecture theatre became very quiet with this turn of events.)

 Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don't have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it.

 (There was pin-drop silence in the lecture theater.)

 Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?

 Professor: Yes. What is night if there isn't darkness?

 Student : You're wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light. But if you have no light constantly, you have nothing and its called darkness, isn't it? In reality, darkness isn't. If it is, were you would be able to make darkness darker, wouldn't you?

 Professor: So what is the point you are making, young man ?

 Student : Sir, my point is your philosophical premise is flawed.

 Professor: Flawed ? Can you explain how?

 Student : Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good GOD and a bad GOD. You are viewing the concept of GOD as something finite, something we can measure. Sir, Science can't even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing.

 Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor, do you teach your students that they evolved from a monkey?

 Professor: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.

 Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?

 (The Professor shook his head with a smile, beginning to realize where the argument was going.)

 Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor. Are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?

 (The class was in uproar.)

 Student : Is there anyone in the class who has ever seen the Professor's brain?

 (The class broke out into laughter. )

 Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor's brain, felt it, touched or smelt it? No one appears to have done so. So, according to the established Rules of Empirical, Stable, Demonstrable Protocol, Science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?

 (The room was silent. The Professor stared at the student, his face unfathomable.)

 Professor: I guess you'll have to take them on faith, son.

 Student : That is it sir . . . Exactly ! The link between man & GOD is FAITH. That is all that keeps things alive and moving.

 P.S.

 I believe you have enjoyed the conversation. And if so, you'll probably want your friends / colleagues to enjoy the same, won't you?

 Forward this to increase their knowledge . . . or FAITH.

 By the way, that student was Einstein.!

*I am not sure that Einstein is an atheist or not

Monday, October 17, 2011

Keluarga tetap Keluarga

Sudah menjadi suatu lumrah bagi kita iaitu anak-anak untuk menghormati ibu-bapa dan membalas jasa mereka. walaubagaimanapun, fakta tersebut masih lagi terumbang-ambing. Kenapa ya? Apa yang saya dapat perhatikan ialah pembentukna perangai seseorang itu bermulla dari dalam keluarga itu sendiri. Tidak kiralah baik ataupun buruk, kalau itulah menjadi takdir bagi anak-anak itu,maka sebegitulah pembentukan anak-anak. Entry pada kali ini akan saya buatkan supaya kita bersama-sama berfikir untuk kita mengetahui sedikit-sedikit masalah yang melanda. Pernah juga saya terfikir, kenapa ya, orang-orang lain tidak seperangai seperti aku? selalu juga dengar orang berkata"Lain orang,lain perangai" dan bermacam-macam lagilah kalau nak disebut boleh membuat sebuah kamus khusus untuk menceritakan tentang hal ini.
*montel gak baby ni

Baiklah, sedang saya bercuti ni, saya gemar memerhatikan pergerakan pada waktu pagi. Ketika itu, ramai budak pergi ke sekolah. Tidak kiralah sekolah rendah ataupun sekolah menengah, sayu sahaja pergerakan mereka. Mungkin sarapan pagi yang enak-enak dibuat oleh para ibu membuatkan mereka bertambah semangat dan kelihatan bergaya untuk ke sekolah. Mungkin juga mereka bersedia untuk bercerita tentang apa yang ditonton di televisyen untuk dikongsi bersama(cite hape2 je la,mungkin kartun,drama xpon gosip2....amboi2,kecik dah bergosip). Melihat keadaan ini membuatkan hati saya sungguh sayu dek teringatkan kenangan lampau. Saat itu kalau diingatkan memang manis sekali, kerana saya memang bersemangat untuk pergi ke sekolah bertemu rakan-rakan. Ya, saya rasa ramai juga mempunyai perasaan seperti saya. Tapi adakah anda perasan bahawa kebanyakan ibu bapa setelah mengejutkan,memandikan(bg yg kecik lg la....kalau yg dh besa tu mgkn x tau malu rsenye), menyiapkan sarapan dan menghantar mereka ke sekolah, selepas mereka berbuat demikian mereka seolah-olah melepaskan tanggungjawab ke pihak sekolah. Seolah-olah tanggungjawab ibu bapa berakhir dengan masuknya anak-anak ke alam persekolahan. Saya tidak mengatakan bahawa ibu bapa tidak mendidik anak-anak,namun menjadi satu trend bahawa semua pendidikan asas dipelajari di sekolah. Patutlah orang yang berada di kementerian pelajaran sentiasa pening kepala. Bermacam-macam program dan bentuk syllabus dibuat untuk membaiki taraf pembelajaran. Kalaulah ibu-bapa ini dapat bertindak awal, sudah tentu anak-anak kita lebih tenang dan tidak penat.

Sebenarnya tugas ibu bapa mendidik semakin bertambah dengan bertambahnya umur anak-anak. yang paling saya pasti, apabila anak-anak mula bergelar remaja, perhatian yang sangat tinggi perlu diberikan kepada mereka. Bukan bermaksud mengkongkong tetapi memberi kebeasan secara berhemah. Bagi mereka yang sedang ataupun sudah bergelar remaja, remaja inginkan layanan seperti orang dewasa, mereka mahukan identiti dan kebebasan. Bagi saya, ini merupakan perkara yang bagus kerana mereka mula bertindak lebih agresif dan 'independent' TETAPI kebanyakannnya tidak matang. Akibat ketidakmatangan tersebut maka selalulah terjadi ibu bapa memberi layanan keras kepada anak-anak dan anak-anak mula membenci ibu bapa dan membuat jurang antara keluarga.

Kebiasaannya, dari kaca mata saya, anak-anak yang sedang membesar adalah anak-anak yang keliru dengan perasaan sendiri. 'Diorng' ni sebenarnya tidak tahu pun apa sebenarnya yang mereka hendak atau perlukan. Selalunya, perkataan yang biasa terjerit kepada ibu dan bapa ialah

"Aku dah besar dan aku nak bebas!"

Jadi, mereka ini cuba menolah pengaruh ibu bapa mereka padahal mereka ini masih lemah dan masih perlukan pertolongan ibu bapa mereka sendiri.

Tidak kurang pula, apabila kualiti hidup merosot seperti interaksi antara remaja dan ibu bapa tidak berkesa, ibu bapa pula yang mengabaikan tanggungjawab. Mereka mengganggap perkara ini sesuatu yang remeh dan malas untuk berfikir.Jadi saya ciptakan satu dialog antara seorang ayah dan anak:

Anak   : Saya nak pergi keluar ni.
Ayah   : Kau nak ke mana?
Anakn : Adela, keluar sekejap je. Ramai lagi kawan ikut.
Ayah   : Ayah perasan tiap-tiap hari kau keluar. Kau jangan buat benda yang tak senonoh.Kau jangan malukan nama ayah.
Anak   : Ala ayah ni. Saya dah besarlah,pandai-pandailah saya jaga diri saya.
Ayah   : Lantak kau la. Kau dah besar kan?Pandai-pandailah kau.

Okay,sebentar tadi ialah dialog yang kurang menarik yang di'bikin' oleh kepala otak trulyidea sendiri.Mungkin kurang menarik tetapi apa saya peduli ni blog saya..wahahaha. Saya bukan nak menyalahkan si anak tersebut. Ya, saya tahu seperti para pembaca si anak tu kelihatan kurang ajar tetapi itu bukan maslahanya sekarang. Perhatiakn bagaimana interaksi si ayah. Itulah maksud saya apabila si ibu atau bapa mula merasakan didikan mereka tidak berkesan lalu mereka berpaling terhadap anak mereka sendiri. Bagi pandangan sayalah, dialog tersebut tidak asing bagi keluarga yang:

1)ibu bapa tidak bertanggungjawab
2)didikan terhadap anak-anak terlalu keras
3)pergaduhan antara ibu dan bapa

Mungkin bagi anda masih ada lagi puncanya, tetapi inilah yang paling ketara bagi saya. Jadi, itulah punca utama konflik antara keluarga bertambah.

* bawak family pergi jalan-jalan.boleh tenangkan hati

Sudi saya ingatkan bahawa saya tidak menujukan post ini kepada mana-mana pihak. Saya juga tidak bermaksud untuk mencari salah siapa. Saya sudah tergelak besar ni sebab saya cuma hendak membuka mata para pembaca untuk kita mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Pada pandangan anda mungkin si bapa 'malas'disebabkan dia hendak memberi pengajaran kepada anaknya. Ya, saya juga setuju. Mungkin si ayah juga sudah lama bersikap tegas kepada anaknya lalu bertukar untuk memberi kelonggaran kepada anaknya. Ya, itu juga saya setuju. Walauapapun pandangan anda, saya bertegas bahawa saya tbukan nak tunjuk diri saya yang betul. Itu sahaja..;-).

Baiklah kita teruskan,
Jiwa remaja tertekandan memberontak bagi mendapatkan kebebasan. Biasanya, percanggahan dan pertelingkahan antara ibu dan bapa tidak dapat diselesaikan. Kedua-dua pihak masing-masing cuba mempertahankan diri.Yang berlaku ialah masalah tersebut dibiarkan begitu sahaja sehingga masalah itu hilang. Menurut suatu kajian yang saya baca di sebuah majalah, masalah kebebasan bukanlah punca utama pertelingkahan tetapi sebenarnya isu interpersonal. Mari saya jelaskan iaitu apabila  interaksi antara remaja dan dan ibu bapa terganggu , rasa tidak puas hati terhadap suatu perkara membuatkanjiwa remaja memberontak. Dan pada masa itulah, remaja mewujudkan pertelingkahan pada perkara yang tidak sepatutnya. (Hurm, saya juga  pernah menjadi sebegitu...bertengkar dsbbkan tidak puas hati pd bnde laen...aiyo...very bad trulyidea!!very bad!!...bagi penumbuk sekali)

Remaja kebanyakannya meluangkan masa bersama rakan sebaya. Dan mereka akan menubuhkan suatu pusat untuk melepak bersama.(baik dan buruk terpulang). Memang naluri seorang anak itu suka meluangkan masa bersama rakan. Tidak kiralah ibu atau bapa itu sibuk bekerja siang dan malam sehingga tidak ada masa bersama anak. Bukan itu masalahnya. Saya juga lihat anak-anak yang ibu bapa mereka yang selalu berada di rumah, perwatakan anak-anak itu juga sama seperti orang lain yang banyak bersama rakan-rakan. Itu suatu perkara yang normal. Ketika usia kanak-kanak, ibu bapa menjadi ikutan atau contoh. Apabila meningkat remaja, rakan sebaya pula menjadi ikutan. Terpulang kepada anak-anak untuk membentuk diri mereka. Dan ibu bapa juga terus mengawasi jika mereka tersilap langkah. Kawan yang baik menjadikan mereka anak yang baik dan sebaliknya.

Kadang-kadang juga nasihat ibu bapa tidak lagi diperlukan disebabkan guru menjadi ikutan. Mereka berasakan guru-guru ialah insan yang paling betul dan ibu bapa mereka yang salah. Protes boleh wujud sekiranya berlaku percanggahan pendapat antara anak dan ibu bapa.

Okay, saya rasa cukup di situ saya berbicara di blog SEKADAR PANDANGAN. Sebenarnya remaja masih memerlukan sokongan dan bimbingan daripada ibu dan bapa. Tetapi otak mereka yang geliga dan bijak membuatkan mereka inginkan kebebasan. Mereka perlukan sokongan daripada ibu bapa dan dorongan bersama iaitu rakan-rakan bukan kerana pembentukan displin. Si ibulah yang kerap menjadi tempat melelehkan air mata berbanding si ayah. Si ayahlah tempat untuk mendapat nasihat dan si kawanlah tempat untuk bersama-sama bergerak. Insyaallah, kia mungkin dapat membaiki keadaan dari semasa dan semasa. Tiada keluarga yang tiada masalah. Namun jangan dianggap masalah sebagai beban yang besar tetapi anggaplah sebagai ujian. Dan ingat ujian adalh medan untuk mendapatkan pahala dan darjat di sisi Allah. Sukur, sabar dan ikhlas akan menguatkan hati,insyaAllah.
*************************************************************************
"Dan tuhanmu telah perintahkan,
 supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata,
dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu dan bapa.
Apabila salah seorang daripada kedua-duanya ataupun
 keduanya sekali sampai umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
 maka janganlah engaku berkata kepada mereka(sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan 'ah',
dan janganlah engkau menengkingmenyergah mereka,
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia(yang bersopan santun)

~Surah Al-Israk,23~ 

Sunday, October 16, 2011

Ewah-Ewah

PENGUMUMAN PENTING:
ESOK BERSAMAAN BERAPA BULAN ENTAH DUNIA  BAKAL DIGEGARKAN DENGAN PERKAHWINAN 'trulyidea' PENGARANG BLOG SEKADAR PANDANGAN BERSAMA Ehem2....OLEH ITU PARA HADIRIN DIJEMPUT UNTUK BERSAMA-SAMA DITIPU OLEH PENGUMUMAN INI,WAKAKA.....

Amboi-amboi! Sungguh perasan ya si trulyidea. Teringin benar ke nak kahwin sekarang. Hurm, kalau nak ditipukan hati, memang ada hajat tersebut. Namun pada dasarnya dan keadaan semasa, saya amat tidak berminat untuk berfikir soal-soal kahwin. Mungkin saya rasa tubuh badan saya yang comel,corak pemikiran saya ini belum sesuai untuk berfikir soal-soal berkaitan dengan perkara ini. Sejak berada di alam sekolah menengah saya kurang berfikir perkara-perkara berkaitan percintaaan(chewah, ayat xleh blah). Saya banyak membuang masa atau kata nama lain meluangkan masa memikirkan perkara-perkara berkaitan dengan pelajaran, displin, sukan dan perkara-perkara yang penting semasa berada di STAR(di sini anda mesti dapat tangkap bahawa saya sememangnya seorang pelajar yang berdedikasi,bertungkus-luus untuk memajukan negara). Walaubagaimanapun saya tidak nafikan perasaan cinta turut membibit hati saya sendiri. Tapi kepada para peminat jangan risau, trulyidea masih 'single' dan kepada yang berminat bolehlah beratur di kaunter...hua3. Haha,baiklah sebelum saya terus mengarut, kita teruskan dengan ideologi atau sumpahan blog SEKADAR PANDANGAN kali ini....wahahaha(mcm scary jugak la bunyinya).

Sebenarnya saya terjumpa suatu artikel yang saya kira menarik perhatian saya teramat. Dia menceritakan tentang cinta dalam diam. Hurm, saya pada awalnya memang malas untuk membaca dek kerana bangun lewat tetapi akhirnya saya habiskan juga sebabnya artikel tu mempunyai gaya bahasa yang menarik dan isinya sungguh baik sekali. Mari saya tujukkan apa yang saya dapat:
________________________________________________________________________________

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

 Kalau kita sukakan seseorang,
 jangan beritahu si dia.
 Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
 Tapi luahkan pada Allah,
 beritahulah Allah.
 Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

 Cintai Dia Dalam Diam,
 Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

 Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
 "Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
 (Adz Dzariyat : 49)

 Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
 "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
 Dan suatu jalan yang buruk."
 (Al Israa' : 32 )



 Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
 Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
 Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
 namun kau tahu cintamu tak terbalas
 Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

 Cukup cintai dalam diam
 bukan kerana membenci hadirnya
 tetapi menjaga kesuciannya
 bukan kerana menghindari dunia
 tetapi meraih syurga-NYA
 bukan kerana lemah untuk menghadapinya
 tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

 Cukup cintai dari kejauhan
 kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
 kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
 kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

 Cukup cintai dengan kesederhanaan
 Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
 menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

 Cintailah dengan keikhlasan
 Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
 tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
 ".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
 ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
 (Al Baqarah : 216 )


 Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
 kelak ada insan yang bakal dilukai,
 Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
 nanti hati yang kecewa sendiri.
 Sebaliknya,
 gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
 nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
 kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

 Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
 Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
 mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

 Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
 serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
 biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
 "Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
 (Umar Bin Khattab ra)


 If you really love her, you won’t touch her.
 Not even the slightest bit.
 You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
 Just hold her in your heart for a few more years ..
 then you can do it the halal way


 “Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
 (HR. Al-Hakim)
_________________________________________________________________________________
Hurm,begitulah coretannya. Saya rasa cinta dalam diam memang seronok sebab kita dapat mengenali hati si dia yang kita suka dengan lebih dalam. Saya tidak fasih dalam bercinta terbuka tetapi saya amat fasih dengan cinta secara diam(hehe, kantoi suda). InsyaAllah kepada mereka yang nak tips-tips berkaitan cinta secara diam ni bolehlah melayari trulyideajustshare.blogspot.com dan bertanyakan kepada trulyidea..haha.Semua tu gurauan semata-mata.

Soksek Soksek


Okay,Assalamualaikum dan apa khabar semua??  Saya harap anda semua sihat-sihat belaka. Jadi sebelum itu saya hendak memohon maaf kerana tidak banyak mengupdate blog ini.hehe...Puncanya saya ada beberapa masalah yang sememangnya tidak dapat dielakkan contohnya menjaga bini dengan baik,membina sebuah negara yang bertamadun, berlakon dalam cerita-cerita Shah Rukh Khan..Oppss,Datuk Shah Rukh Khan.hehe..Baiklah, kali ini saya tidak tahu apa sebenarnya apa yang saya nak kongsikan bersama anda semua. Saya yakin ilmu para pembaca semakin bertambah-tambah. Maklumlah setelah sekian lama, sibuk membaca sana sini,belajar sana-sini dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, moga-moga apa yang anda lakukan terus diberkati dan berterusan,insyaAllah. 

Hurm, saya benar-benar buntu ni nak tulis apa. Tapi jangan risau trulyidea mempunyai kemahiran tersendiri iaitu idea datang bergolek-golek. Maklumlah, otak tengah fresh dan macam-macam yang boleh dikongsi. tapi sebelum itu, saya rasa baik saya bercerita sedikit tentang latar belakang saya. Saya tahu saya seorang pelakon terkenal dan sering mendapat perhatian..(wakakaka..sungguh perasan) dana saya memohon maaf kerana saya tidak suka memberikan nombor telefon kepada lelaki yang cuba mengurat saya dan saya amat berkenan sekiranya para tuan-tuan dan puan-puan mempunyai calon yang baik untuk saya,bolehlah meninggalkn nombor di ruang komen,insyaallah saya akan memberi maklum balas(cukup2 la mengarut trulyidea oi)...haha..itu semua gurau semata-mata. Baiklah, saya perkenalkan dengan nama saya dahulu. Nama saya ialah .........................bin Abdul Samat.hehe,terpaksa dirahsiakan tetapi saya amat berkenan dengan gelaran yang diberikan oleh diri saya sendiri iaitu 'trulyidea' yang menunjukkan saya mempunyai idea yang baik tetapi bukan tujuan untuk mem'bajet' tetapi cuma cara saya perkenalkan diri di mata orang ramai sahaja. Saya rasa lebih baik sekiranya para pembaca tidak mengenali nama saya, ada juga yang tahu, tapi harap kepada semua supaya memanggil saya dengan panggilan tersebut berbanding dengan nama sebenar saya(gimme 5 kpd sesiapa yang menyokong). Okay, saya dilahirkan di ibu kota tersibuk di Malaysia iaitu Kuala Lumpur atau kata nama lain 'KL'. Sebaik sahaja saya dilahirkan,maka tertulislah bahawa saya merupakan anak yang ke-10 kepada pasangan Abdul Samat bin Utar dan Kasmas binti Naim(walweh,ingat kesemua nama tu). Setahu saya sekarang saya mempunyai adik-beradik di mana jumlah keseluruhannya ialah seramai 13 orang(10 boys and 3 girls).  Ha,terkejut tak??Mesti ada punyala yang terkejut dengan nombor besar tu. Memang adik-beradik saya ramai, namun hakikatnya ialah saya merupakan anak angkat kepada pasangan Rosli bin Alias Dool dan Marhamah Binti Haji Wan Abdullah. Apa lagi eh, seterusnya dalam 'family' angkat saya saya cuma ada dua 2 orang adik beradik sahaja iaitu saya sendiri dan abang saya yang amat brutal. Beza umur kami sedikit ketara di mana dia sudah berumur 27 tahun dan saya baru menginjak 16 tahun(sah2 menipu,19 sebenonye). 

Kemudiannya, kami(family angkat) tinggal di Melaka. Tapi agak malangnya ialah saya tidak berapa kenal dengan negeri saya membesar. Semasa saya kecil, saya banyak berjalan-jalan atau bersiar-siar tetapi tak tahulah di mana silapnya saya tidak banyak menghafal lokasi-lokasi menarik di Melaka. Saya dibesarkan dalam keadaan yang baik bukan bermaksud family saya kaya-raya tetapi penuh dengan rezeki,alhamdulillah. Susah perit kehidupan saya rasai bersama keluarga saya. Bermacam-macam yang boleh dikatakn dari itu ke ini dan ini ke itu. Cukup menceritakan mengenai family saya saya hendak bercerita pula mengenai lata berlakang pendidikan saya. Okay,seawal 5 tahun saya telah dihantar ke tuisyen bernama'ape ntah'(siyes dah lupe). Sejak itu saya rasa bidang pendidikan saya bermula secara formal. Saya masih ingat lagi ketika itu saya seperti kanak-kanak comel yang lain mengikut punggung mak bapak dan didaftar secara paksa..haha. Masa itu, saya diam sahaja(tanda redha kot xpon blur sgt2), dan mengikut kata-kata orang-orang tua. Kebetulan ketika itu, ada seorang saudara saya juga yang belajar di situ, Tidak silap saya umurnya tua 3 tahun begitulah. Dan secara logiknya saya memang tidak sekelas dengan dia jadi tiada tempat bermanja(alololo...). masih lagi terngiang-ngiang di beank fikiran saya persekitaran waktu itu. saya dikelilingi orang-orang yang hampir 100% berbangsa cina. Bila mereka ber'speaking'(bhse cina) saya memang buntu dan langsung tidak mempunyai idea tentang apa yang mereka bercakap. Saya pun hairan kenapalah saya dihantar ditempat sebegini,dahla 2 kali seminggu lepastu  bahasa pelik-pelik pula saya jumpa. Tetapi saya rasa di situlah tempat atau asas saya mempelajari bahasa inggeris dengan kuat. Hurm, tuisyen itu hanya untuk mempelajari bahasa inggeris sahaja. Alhamdulillah, banyak manfaat yang saya dapat seperti belajar dengan bangsa lain walaupun di sekolah saya majoritinya berbangsa sama dengan saya. Jadi, medium yang digunakan untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan berbangsa lain ialah dengan menggunakan bahasa inggeris. Saya kira pengalaman tersebut sangat menarik sebabnya saya berjumpa dengan bermacam-macam orang dan yang paling penting sekali cara saya berkomunikasi dengan orang lain. 

Okay,cukup bercerita mengenai latar belakang saya. Saya ingin menceritakan tentang apa tujuan saya,hala tuju saya dan mungkin sedikit info mengenai diri saya(wah,untunglah kalian tahu macam-macam ye). Tujaun saya membuat blog ialah tidak lain tidak bukan berkongsi pandangan saya. Saya mula terjebak dengan dunai internet ini sekitar tahun 2006. Pada masa itu, kami pelajar tingkatan 2 dibenarkan ke cyber cafe(CC). Pada masa itu, saya mengenali sedikit tentang dunia internet dan cara-cara menggunakan komputer. Namun, saya tidak berminat untuk membuka akaun myspace,frenster dan lain-lain lagi yang popular sezaman dengannya. Saya menganggap dunia internet amat melalaikan dan banyak pengaruh buruk. Sehingga saya tamat SPM, lebih kurang 2 bulan selepasnya, saya berminat untuk mengisi masa lapang dengan membaca ruangan-ruangan di internet. Saya kira"well,not bad if we use it in a good way". Pada masa itu juga saya membaiki komunikasi saya dalam bahasa inggeris. Seperti biasalah,apabila kita sibuk klik sana-sini bermacam-macam benda yang keluar. Lalu saya terjumpa blog-blog kenalan saya,cikgu-cikgu saya dan ramai lagi orang-orang yang hebat. Ketika itu, saya tidak terdetik pun untuk membuat blog tapi saya amat 'impressed' dengan hasil nukilan blog-blog yang bagus isinya. Dan setelah sekian lama, barulah saya membuka akaun blog secara rasminya. Saya masih ingat lagi ketika saya membuka akaun ini,saya berfikir tentang niat saya untuk ber'blogging' dan saya niatkan agar blog ini berguna kepada orang ramai dan yang palin penting sekali diri saya sendiri. Saya tidak mengharapkan jumlah 'followers' yang ramai tetapi saya mengharapkan pembacaan daripada 'junior-junior' saya di STAR. Walaupun kami tidak lagi bersama, saya rasa menjadi tanggunjawab bagi diri saya untuk terus berkongsi ilmu dengan mereka. Jadi, secara langsung menjadi perkongsian bersama orang-orang lain. Saya amat berterima kasih kepada mereka yang sudi menjenguk blog yang tidak seberapa ini. Setiap kali saya membuka blog ini,saya gemar memerhati blog-blog orang lain. Alhamdulillah, macam-macam ilmu yang saya perolehi dan saya mengucapkan terima kasih kepada 'blogger-blogger' tersebut. InsyaAllah, saya yakin dengan cara ini pertukaran idea dapat dilakukan dan manfaat besar sekiranya tujuan yang kita lakukan ialah demi kuasa paling besar Allah S.W.T. Kadang-kadang juga saya berasa amat kerdil untuk berkongsi sesuatu namun saya menggagahkan diri untuk terus berkongsi bersama para pembaca semua. Saya bukanlah ahli agama ataupun orang yang arif sepenuhnya tentang ilmu islam. Tetapi insyaAllah, ilmu yang saya pelajari akan cuba dikongsikan secara baik dan bijak sana bersama para pembaca semua. Saya suka apabila post-post saya kelihatan santai ,sebabnya ialah saya rasakan para pembaca lebih selesa dengan post yang santai dan penuh dengan coret-coret. Kadang-kadang saya suka merepek...haha...tetapi bukanlah saya sengaja berbuat demikian ,cuma tiba-tiba terlinats di fikiran. Saya mohon maaflah bagi sesiapa yang merasakan blog SEKADAR PANDANGAN tidak sesuai untuk tatapan. InsyaAllah, apa yang saya cuba kongsikan bukan sekadar ilmu tetapi saya cuba terapkan terus di dalam hati para pembaca. 

Saya rasa cukup sahaja di sini. Nantikan 'entry' yang seterusnya..;-)






Wednesday, October 5, 2011

Astro pon hadap kiblat??

INFO : MENGAPA PIRING ASTRO MENGADAP KIBLAT?

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

*Ini cuma share daripada seseorang

Tuesday, October 4, 2011

Itu Hak Kau...

Berbicara soal hak. Apa yang anda tahu mengenai hak?Hak boleh merujuk kepada kebebasan seseorang atau kepunyaan seseorang. Kali ni trulyidea hendak menyampaikan satu pandangan mengenai hak iaiatu hak Allah terhadap kita. Setelah sekian lama jari jemari saya dapat menekan-nekan butang papan kekunci untuk berkogsi bersama para pembaca. saya bukannya orang yang banyak ilmu namun saya mahu dan sudi berkongsi bersama semua apa yang saya rasa,dapat dan perolehi selama ini. Alhamdulillah pada hari ini saya telah mendapat satu jawapan untuk menyelesaikan masalah saya. Okay untuk tidak mngubah topik akibat kisah sedih saya kita terus kepada tajuk diskusi kita.

Saya senaraikan 3 benda utama hak-hak Allah kepada kita.
1- Hidayah
2-Rahmat
3-Rezeki

Perhatikan pada diri kita dan cuba bertanyakan pada diri sendiri adakah kita mempunyai ketiga-ketiga perkara di atas? Itulah hak yang utama yang perlu ada pada diri kita untuk menjadi hamba Allah yang berjaya. Sedar atau tidak,hak-hak tersebut itu bukanlah semudah gosok gigi(haha..lawak bangang x menjadi). Ramai yang menerima tetapi berapa ramai yang dapat bertahan. Ramai yang insaf kembali menjadi daif,bodo. Ada juga yang apabila disampaikan pesanan menjadi pekak,buta,tuli(tidak menerima islam). Bersyukurlah kepada Allah kerana kita masih dikurniakan hak-hak tersebut.
"Ya Allah,janganlah engkau mengambil hidayah daripada kami setelah Engkau memberikannya kepada kami"

Monday, October 3, 2011

A Favourite Quotation

WE ARE NOT WHAT WE EAT

BUT

WE ARE WHAT WE READ

It means that reading increases our knowledge. Well then, with a great knowledege we will become a great human. So everybody,lets get start reading and show people who really we are.;)

Monday, June 27, 2011

Jatuh Cinta....


Ya Allah, comelnya budak di atas ni. (iklan semata-mata). Sebelum kita pergi jauh mendalam. Lebih baik kita lihat kepada apa yang kita akan bincangkan. Sudah tengokkan tajuk post ini???Menarik tak???hahaha...saya tahu memang terlalu dan sangatmenarik sebab trulyidea yang bagi tajuk(trulyidea kan pakar bagi tajuk..wahaha). Tengok pada tajuknya, kebarangkalian untuk saya post mengenai cinta mungkin 99%. Dan mungkin ada la sedikit istilaj jiwang-jiwang yang biasanya saya lakonkan di dalam filem-filem saya yang terdahulu(bajet shah rukh khan..^.^). Tetapi memang betul, memang saya ingin bercerita pasal cinta. Cinta kepada siapa???sebenarnya cinta kepada Allah. Dan bagaimana caranya kita mahkluk yang lemah lagi bengong ni nak jatuh cinta kepada pencipta yang maha agung lagi maha berkuasa???Anda semua tahu jawapannya. Jawapnnya mudah iaiatu ___>>>Jadilah orang islam!!!!!

Cuba lihat kanak-kanak di dalam gambar itu. Tujuan saya menyelitkan gambar itu ialah supaya kita dapat menjadikan satu contoh kepada entry kali ini. Kanak-kanak itu sangat comel dan cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak jadi orang Islam. Kemungkinan untuk dia menjadi islam ialah melalui

a) ibu-bapanya(didikan dari kecil )

b)gurunya (pendidikan ketika kelas agama..kebiasannya masa nilah student dapat belajar agama)

c) kem-kem ibadah dan sewaktu dengannya(program yang menyelitkan pengenalan terhadap ibadah dan pengajaran ilmu agama)

d) lain-lain cara(ikut suka pembaca nak letak apa..hua3)

Ok, seterusnya cuba anda lihat remaja atau golongan yang hidup sekarang ini dan cuba anda kira berapa ramai jumlah orang islam yang betul-betul mengamalkan islam dan orang islam yang hanya berpegang di atas nama islam sahaja. Saya yakin anda lebih mudah mengira orang yang islam yang betul-betul mengamalkan islam berbanding yang seterusnya. Kalau saya salah, tahniah kerana anda sungguh hebat mengira(saya syorkan awak untuk ambil kos sains akturai sebab bidang ini memerlukan pakar macam anda..). Kita lihat balik kepada gambar di atas. Lihat bagaimana si kecil itu tertanya-tanya bagaimana aku hendak jadi orang islam. Dan kenapa si kecil itu berpaut pada Al-quran yang suci itu???Biar saya yang menjawabnya:

"AKU TAKUT KETIKA AKU

MEMPELAJARI DARIPADA IBU-BAPAKU,

MEREKA TIDAK MEMBERI SEGALA ILMU KEPADAKU.

AKU TAKUT KETIKA AKU

MEMPELAJARI DARIPADA GURU-GURUKU,

MEREKA TERLEPAS DARIPADA SESUATU ILMU

UNTUK DIBERIKAN KEPADAKU.

AKU TAKUT KETIKA AKU

PERGI MENJELAJAH MENYERTAI AKTIVITI-AKTIVITI

BERUNSURKAN ISLAM,

AKU HANYA MEMPRAKTIKKAN SEBAHAGIAN DARIPADANYA.

KINI AKU MASIH BERASA TAKUT

AKU TAKUT

AKU TAKUT

INILAH ALQURAN DAN AS-SUNNAH

BEKALAN AKU KETIKA AKU SESAT

BIMBINGAN AKU KETIKA TERLEPAS SESUATU

DENGAN INI

AKU TIDAK LAGI BERASA TAKUT KERANA

ADANYA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DISISIKU

Berpautlah kepada kedua-duanya, nescaya kita akan menjadi muslim yang sejati. Tunjukkanlah contoh yang baik agar anak-anak dan bayi-bayi yang lahir dapat menjadikan kita contoh untuk membentuk muslimin yang berjaya. Insyaallah...jumpa lagi di masa yang akan satang...salam

Thursday, June 23, 2011

Nilailah Sendiri

Assalamualaikum...akhirnya kita bersua kembali di blog SEKADAR PANDANGAN. kali ini saya mahu anda semua untuk menilai diri sendiri. Tidak kiralah siapapun diri anda tetapi saya harap post yang mudah dan agak sempoi ni dapat anda ikuti dan selami sedalam-dalamnya tajuk perbincangan kita.

Pernahkah anda berasa kagum dengan seseorang itu????Jawapannya pasti ya. Kita tidak boleh lari daripada sikap mengagumi. Dan kebanyakan sikap yang terkandung sekian lama dalam tubuh yang sihat wal-afiat ini ialah cantuman daripada orang-orang yang kita kagumi. Oleh itu, kita pasti menilai orang-orang disekeliling kita. Bukan kerana sebab "menyebok tepi kain orang" tetapi hanya sebagai perbezaan di antara perkara yang baik dan perkara yang buruk.

Sekarang cuba anda nilai diri anda sendiri....cuba buat sebaik mungkin. Kita ambil tempoh lima minit untuk menilai diri sendiri.

(selepas 5 minit)

Saya yakin ramai dalam kalangan pembaca yang tidak pun menilai diri anda sendiri. hahaha...tetapi tidak mengapalah. Mungkin para pembaca ada alasan tersendiri, tetapi jangan katakan yang anda pemalas. Anda para pembaca ialah orang-orang rajin dan saya hormati. Kalau tidak anda tidak akan mambaca post ini kerana post di dalam blog ini memamng untuk berkongsi ilmu. Selepas menilai diri kita, apakah yang kita faham dari penilaian tersebut???adakah diri kita hebat????adakah diri kita buruk perangainya???Terpulanglah, saya bukannya memaksa diri para pembaca sebenarnya...tetapi kali ini saya ingin mengajak para pembaca untuk membuat satu penilaina berdasarkan formula yang kita akan belajar sebentar lagi. Fomula ini asalnya ialah formula al-khawarizmi, tetapi saya mengubah sedikit untuk kelihatan menarik dan fleksibel untuk semua pihak..;)

Baiklah, formula ini dimulakan dengan soalan yang pertama, dan diikuti dengan yang keduanya dan seterusnya..

Jika anda seorang yang baik,soleh atau solehah dan jenis berpegang pada islam, tuliskan '1' pada penilain diri anda. Dan kemudiannya, jika anda ialah orang yang tampan atau kacak, mahupun paras rupa anda dapat menggiurkan makhluk lain(alhamdulillah,nikmat ni)..tambahkan '0' pada penilain tersebut. Seterusnya,jika anda kaya dan mempunyai harta yang banyak ataupun mampu hidup dengan baik dimuka bumi ini, tambahkan '0' sekali lagi pada penilaian tersebut. Kemudian, sekiranya anda daripada keturunan yang baik-baik, mempunyai taraf yang tinggi dan dihormati orang lain, tambahkan satu lagi '0' pada penilaian tersebut. Kesimpulannya ialah seperti di bawah:

Jika soleh atau solehah dan beragama = 1
Jika cantik, tampan; tambah 0 kepada 1 =10
Jika kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika daripada keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000

Ok, sekarang kita nilai diri kita . Ikutlah susunan tersebut dan tengoklah penilain tersebut.Tetapi jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada orang tersebut kecuali sekelompok "0". Tetapi jika kita mempunyai semua di atas makan nilai kita subhanallah, 1000, jumlah yang paling banyak. Kita tidak terlalu rugi jika kita tidak mempunyai paras rupa yang menarik atau pun kehilangan keluarga yang baik-baik. Mungkin mata kita hanya 10 ataupu 100 sahaja. Tetapi paling rugi ialah apabila kita tidak mempunyai sikap soleh dan solehah tetapi mempunyai semua yang lain kerana kita mendapat nilai '000' yang bererti tiada nilai. Subhanallah, renung-renungkanlah wahai saudara. Sama-sama kita berhijrah. Insyaallah.

Friday, May 6, 2011

wow!!!!!



SEKADAR MENYAMPAIKAN.....

"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm...nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, "Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?

Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.

Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:

"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan..

Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only.

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?

Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.

"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!" Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design'

kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!

Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"

..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.

"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas!

Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah

(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu?

..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja..

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.

Qaalu salaaman-salaama~

Wednesday, May 4, 2011

zina vs kapel

Assalamualaikum para pembaca..saya tertarik suatu artikel ini...dan saya berpendapat dengan beliau dalam hal ini...ayuh buktikan islam boleh

couple bkn zina??


s0 interesting..!.ntuk mmahami erti sbenar zina hati serta c0uple......slmt sAbar mmbce..

by I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW on Sunday, April 24, 2011 at 8:24am

Assalamualaikum semua..

Kawan-kawan.. Baru-baru ini, saya ada terbaca salah satu post dalam ruangan group ini yang berkisar soal couple, atau lebih tepat, bercinta.. Terdetik di hati saya untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut.. Hal ini kerana, saya mahu tahu apa hukum yang sebenarnya.. Alhamdulillah, dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, saya berjaya mengetahui tentang perkara ini dengan lebih tepat dan mendalam.. Saya telah bertanya pada seorang ustaz tentang isu ini.. Beliau kemudiannya membalas email saya, dan dalam balasannya itu, beliau meminta saya berkunjung ke sebuah laman web kerana di situ beliau telah pun menyediakan jawapan bagi persoalan tersebut.. Oleh itu, inilah isi kandungannya.. Saya sekadar hendak berkongsi ilmu yang saya terima..



MEMAHAMI MAKSUD COUPLE DAN ZINA HATI

Apabila saya terlibat dengan kerja dakwah, barulah saya tahu saya telah banyak melakukan zina hati,” kata seorang pemuda.

“Itulah dulu pun saya ada kekasih, dan kami saling cinta menyintai dan merancang untuk berkahwin apabila sampai masanya, tapi apabila saya tahu hubungan saya dengan dia tu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan zina hati maka saya putuskan”

Seringkali saya mendengar kata-kata seperti itu keluar melalui kata-kata atau tulisan daripada mereka yang melibatkan diri dengan gerak kerja persatuan-persatuan Islam atau kerja-kerja dakwah remaja.

Pada mulanya saya buat tak kisah atau dengan kata lain buat tak pot kerana saya menganggap kes-kes itu sebagai kes terpencil yang biasanya berlaku di zaman sekolah menengah. Biasalah tu budak-budak sekolah yang baru dalam proses pra-matang kepada matang, baru nak up orang kata, pedulikanlah.

Tapi apabila ada pelajar di peringkat universiti yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan mirip sebegitu, saya mula tertanya-tanya dan bersyak wasangka, “eh takkanlah pelajar universiti yang bakal keluar sebagai pemimpin masyarakat pun tak faham-faham lagi, mustahillah”.

Tapi ternyata, sangkaan saya itu meleset sama sekali. Mimpi buruk melanda diri setelah melancong ke laman-laman web internet yang mempromosikan keislamikkan mereka. Saya terkejut apabila mendapati ketempangan yang cukup serius dalam memahami apa yang diistilahkan sebagai zina hati.



MAKSUD ZINA HATI DAN ZINA KECIL YANG LAIN

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:



(إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428).

وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ).

Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).

Dan dalam riwayat Imam Muslim: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya)

Hadith pertama menggunakan istilah zina nafsu, manakala hadith yang kedua pula menggunakan istilah zina hati. Hadith inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya zina yang dinamakan dengan zina hati dan tidak syak lagi hadithnya adalah hadith yang sahih.

Tidak dipertikaikan kewujudan istilah zina hati dan asasnya dalam Islam, tetapi apa yang dipertikaikan adalah kegagalan ramai daripada kalangan mereka yang bercakap tentangnya untuk mengupasnya secara ilmiyyah sehingga adakalanya membuatkan remaja dan pemuda salah faham yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran yang tempang dalam beragama.



Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!

Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi jadi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya?

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:



عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً

Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik.



Syed Qutb dalam tafsirnya berkata: “Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya … dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).

Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata (Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia).

Justeru apa yang dapat difahamai daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.

Kalau mengingati perempuan yang ajnabiyyah itu zina hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang bahkan memberi izin.

Justeru, yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:

وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).



Sebab itu Ibnu Mas’ud menambah dengan katanya:

"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060

Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).



Jadi, zina kecil yang disebutkan itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin luar nikah. Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong “zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.



Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.



Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat.



EKSTREMIS DI DALAM ISU ZINA HATI

“Melihat perempuan itu haram”

“Mendengar suara perempuan itu haram”

“Mengingati bayangan perempuan itu haram”

“Semua itu adalah zina”

Biasa mendengar klausa-klausa kata sebegitu?...hehehe. Banyak kali dengar kan? Mungkin agaknya mereka mahu menjadikan perempuan itu sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini, dan bagi perempuan pula mereka mahu menjadikan makhluk lelaki sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini.

Sampai begitu sekalikah pandangan anda tentang pengharaman segala yang datang daripada perempuan atau segala yang datang daripada lelaki? Sedangkan khinzir pun tidak sampai ke tahap itu diharamkan dalam Al-Qur’an. Yang hanya diharamkan adalah makan dagingnya sahaja.

Apakah sebenarnya pengharaman dalam masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan? Adakah perempuan itu haram semata-mata kerana dirinya حرام لذاته / haram lizatihi, atau haram kerana perkara luaran lain حرام لغيره / haram lighairihi?



Melihat perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata pandangan kepada perempuan itu haram atau pandangan itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya pandangan yang diharamkan adalah pandangan yang disertai dengan syahwat, pandangan yang menggoda dan bernafsu. Itulah sebab kepada pengharaman pandangan bukan semata-mata kerana pandangan biasa.



Suara perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata suara kepada perempuan itu haram atau suara itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya suara yang diharamkan adalah suara yang dilunakkan untuk menarik perhatian, suara manja mendodoi, suara-suara gedik. Suara sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata suara biasa.



Mengingati perempuan itu? Adakah semata-mata ingat kepada perempuan itu haram atau ingatan itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya ingatan yang diharamkan adalah ingatan yang membayangkan keseksian susuk tubuh perempuan, membayangkan untuk bersetubuh dengan perempuan dan bayangan yang membangkitkan berahi. Ingatan dan bayangan sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata ingatan biasa.



Itulah hal-hal yang dipanggil zina kecil. Pengakhiran yang menentukannya adalah kemaluannya sama ada menjebakkannya ke kancah perzinaan hakiki atau tidak.



SEJAUH MANA DOSA ZINA TANGAN, KAKI, TELINGA, MATA, LIDAH, HATI?



Ibnu Mas’ud mengatakan bahawa:

"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060

Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).



Kata Ibnu Abbas pula:

"مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَهُ لَا مَحَالَةَ وَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ)". رواه البخاري (8/67، رقم 5774) ومسلم (8/52، رقم 4801).

“Aku tidak melihat sesuatu yang lebih menyerupai Al-Lamam itu kecuali daripada kata-kata Abu Hurairah daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya)”. Riwayat Imam Bukhari (8/67, no 5774), dan Imam Muslim (8/52, no 4801).



Apa yang dimaksudkan dengan Al-Lamam??? Al-Lamam bermaksud dosa kecil yang tidak akan selamat daripadanya kecuali mereka yang dilindungi dan dijaga oleh Allah. Ibnu Mas’ud, Abu Said, Huzaifah, dan Masruq berpendapat bahawa: Al-Lamam itu ialah selain daripada bersetubuh, sama ada ciuman, sentuhan, pandangan, dan baringan. (Rujuk Tafsir Al-Qurthubi, jilid 17, m/s 106, cetakan Dar Alamil kutub).



Perkataan Al-Lamam ini disebut dalam firman Allah dalam Al-Qur’an, Surah An-Najm , ayat ke-32 :



وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاءُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى

(31) الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ......

Maksudnya: Dan bagi Allah segala yang di langit dan di bumi, supaya dia membalas mereka yang berbuat buruk dengan apa yang mereka kerjakan, dan membalas mereka yang baik dengan kebaikan. Mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara keji kecuali Al-lamam, Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Luas keampunannya…



Contoh daripada hadith ini mungkin boleh membantu soal pengampunan dosa Al-Lamam:



نَّ رُجلا أصَابَ من امرأَةٍ قُبْلَة، فأتَى النبيَّ صلى الله عليه وسلم، فذكر ذلك له، فَنزلت ((وأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهارِ وَزُلَفا مِنَ اللَّيْلِ، إنَّ الْحَسَناتِ يُذْهِبْنَ السَيِّئاتِ ذلكَ ذِكْرى لِلذَّاكِرين)) [ هود : 116]. فقال الرجل : يا رسول اللّه، أَلِيَ هذه ؟ قال: «لمنْ عمل بها من أُمَّتي». أخرجه البخاري (1/140)، ومسلم (8/101).

Maksudnya: Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu dia datang bertemu Nabi dan menceritakan perkara itu kepada Nabi”. Lalu turunlah ayat ((Dan dirikanlah solat pada sebahagian hari dan hujung malam, sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan, itu adalah ingatan kepada mereka yang mengingati)) [Surah Hud, ayat ke-116]. Lalu lelaki tersebut berkata: “Wahai Rasulullah, adakah bagiku (sahaja) hal ini? Sabda Nabi: (Bahkan bagi orang melakukannya daripada umatku). Riwayat Imam Bukhari (1/140) dan Imam Muslim (8/101).



Lelaki tersebut telah melakukan zina kecil, iaitu mencium seorang perempuan bukan mahram. Bagaimana untuknya menghapuskan dosa zina kecil tersebut? Jawabnya adalah dengan berbuat kebaikan, insyaAllah kebaikan yang dibuat itu akan menghapuskan dosa yang dilakukan.



APA HUKUM BERCINTA/COUPLE?

Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain??

Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.

Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.



Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.

Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.



Justeru, tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci. Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram.



Makan daging lembu itu adalah halal, tetapi makan daging lembu yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.

Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untuk persetubuhan haram tersebut. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang.



Memiliki dan berkongsi perasaan cinta ini yang halal ini diperakui oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً قال: "يا رسول الله في حجري يتيمة قد خطبها رجل موسر ورجل معدم، فنحن نحب الموسر وهي تحب المعدم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لم نر للمتحابين غير النكاح)". أخرجه ابن ماجه (1/593، رقم 1847)، والطبرانى (11/17، رقم 10895)، والحاكم (2/174، رقم 2677) وقال: صحيح على شرط مسلم، والبيهقى (7/78، رقم 13231).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, aku ada memelihara seorang anak yatim perempuan. Dia dilamar oleh orang kaya dan orang miskin. Kami suka kalau dia memilih yang kaya, tetapi dia cinta kepada yang miskin. Maka berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: (Kami tidak melihat perkara yang sesuai bagi orang yang saling menyintai itu kecuali kahwin)”. Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1/593, no 1874), At-Tabarani (11/17, no 10895), Al-Hakim (2/174, no 2677) dan berkata bahawa “hadith ini sahih mengikut syarat Imam Muslim”, dan Imam Baihaqi (7/78, no 13231).



Nabi langsung tidak mencela perasaan cinta yang dimiliki anak yatim perempuan tersebut sebelum berkahwin. Nabi hanya berkata bahawa perkara yang sesuai kepada orang yang saling menyintai itu adalah kahwin.



Hadith seterusnya berkenaan cinta Mughith kepada Barirah:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ زَوْجَ بَرِيرَةَ كَانَ عَبْدًا يُقَالُ لَهُ مُغِيثٌ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ يَطُوفُ خَلْفَهَا يَبْكِي وَدُمُوعُهُ تَسِيلُ عَلَى لِحْيَتِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعبَّاسٍ: يَا عَبَّاسُ، أَلَا تَعْجَبُ مِنْ حُبِّ مُغِيثٍ بَرِيرَةَ وَمِنْ بُغْضِ بَرِيرَةَ مُغِيثًا). فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَوْ رَاجَعْتِهِ). قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ تَأْمُرُنِي؟ قَالَ: (إِنَّمَا أَنَا أَشْفَعُ) قَالَتْ: لَا حَاجَةَ لِي فِيهِ. أخرجه البخارى (5/2023، رقم 4979)، وأبوداود (2/270، رقم 2231)، والنسائى (8/245، رقم 5417)، وابن ماجه (1/671، رقم 2075)، وأخرجه أيضًا ابن حبان (10/96، رقم 4273).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas (dia berkata): “(Bekas) Suami Barirah adalah seorang hamba dipanggil Mughith. Seolah-olah aku melihatnya sekarang mengekori belakang Barirah dengan bercucuran air mata atas janggutnya. Nabi lalu berkata kepada Abbas: (Wahai Abbas, tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?. Kata Nabi kepada Barirah: (Kalaulah kamu dapat kembali kepadanya). Barirah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kamu memerintahkan aku? Nabi berkata: (Aku hanya menjadi juru runding). Barirah berkata: “Aku tak punya hajat pada Mughith”. Hadith riwayat Imam Bukhari (5/2023, no 4979), Abu Daud (2/270, no 2231), Imam An-Nasa’I (8/245, no 5417), Ibnu Majah (1/671, no 2075), juga Ibnu Hibban (10/96, no 4273).

Apa yang dapat difahami daripada hadith ini adalah:

1) Nabi tidak pernah melarang Mughith daripada terus mencintai Barirah walaupun Barirah telah menjadi ajnabiyyah buatnya.



2) Nabi bahkan mengambil inisiatif bagi melihat cinta itu berjaya dengan memujuk Barirah supaya kembali kepada Mughith, tetapi apakan daya Barirah tetap menolak.



3)Nabi tidak memberikan sebarang komen terhadap Mughith yang setia mengekori Barirah untuk memujuknya. Bahkan Nabi bersabda kepada Abbas: (Tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?)



Lihat bagaimana ajaran Islam yang bersifat sesuai dengan realiti kehidupan berdepan dengan masalah manusia. Sayangnya ajaran Islam yang bersifat realistik dan meraikan fitrah manusia ini, dicemarkan oleh sebahagian daripada kita yang terlampau bersemangat dalam membasmi masalah gejala sosial, sehingga dalam sedar atau tidak sedar mereka turut membasmi fitrah manusia dan menjadikan ajaran Islam seolah-olah hanya merupakan fantasi kehidupan yang tidak pernah wujud.



Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.



Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.



Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya. Masalah yang diperbahaskan dalam ilmu usul fiqh sebagai التكليف بما لا يطاق / Attaklif bima la yutaq.



Sedangkan Nabi sendiri pun meminta pengecualian daripada Allah dalam urusan berlaku adil antara isterinya dalam perkara yang melibatkan hati dan perasaan.



عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ فَيَعْدِلُ، وَيَقُولُ: (اللَّهُمَّ هَذِهِ قِسْمَتِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ). قال الترمذي: إِنَّمَا يَعْنِي بِهِ الْحُبَّ وَالْمَوَدَّةَ كَذَا فَسَّرَهُ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ. أخرجه الترمذي (1140)، وأبو داود (2134)، والنسائي (7/63).

Maksudnya: “Daripada Aisyah bahawa Nabi membahagikan antara isteri-isterinya dengan adil dan dia berkata: (Ya Allah, ini adalah pembahagian aku daripada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mencela aku pada perkara yang Engkau miliki tapi tidak aku miliki). Berkata Imam Tirmizi: Sesungguhnya yang dimaksudkan itu adalah perasaan cinta dan sayang sebagaimana tafsiran ahli ilmu. Hadith dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1140), Imam Abu Daud (2134), dan Imam Nasa’I (7/63).



Jelas melalui hadith tersebut bahawa perasaan cinta dan sayang tidak mampu dikawal oleh manusia. Mustahil bagi seorang lelaki yang beristeri empat contohnya mahu berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam soal hati dan perasaan. Sebab itu Nabi sendiri memohon kepada Allah supaya tidak mencelanya pada perkara yang tidak dimiliki olehnya dan tidak termampu baginya untuk melakukan.



Hal sebegini disedari dengan baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yang melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”. Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah.



Hal ini berlaku kerana sememangnya manusia itu akan mudah jatuh cinta kepada sesiapa yang berkongsi keserasian dengannya, bak sabda Nabi dalam sebuah hadith:



الأرواح جنود مجندة فما تعارف منها ائتلف وما تناكر منها اختلف. أخرجه البخارى (3/1213، رقم 3158).

Maksudnya: (Roh-roh itu adalah ibarat tentera yang saling berpasangan, mana-mana roh yang secocok maka roh-roh itu akan bersatu, mana-mana roh yang tak secocok maka roh-roh itu akan berselisih). Dikeluarkan oleh Imam Bukhari (3/1213, no 3158).



CONTOH-CONTOH KEKELIRUAN



1) "Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM berdosa"



Jawapan saya: Alangkah jahilnya. Bagaimana mungkin perasaan cinta yang timbul dalam hati itu dianggap haram dan berdosa???



2) Zinanya hati ini berlaku apabila hati kita menginginkan sesuatu yang haram bagi kita secara berlebih-lebihan. Sebagai contoh, keinginan itu seperti ingin dirindui, dicintai, dibelai, mengingati si dia lebih daripada kita mengingati Tuhan.

Jawapan saya: Anda masih gagal memahami maksud zina hati dengan baik. Yang pertama katanya zina hati adalah: Menginginkan perkara haram secara berlebihan. Kalau begitu, menginginkan perkara haram secara tak berlebihan tu kira oklah ya???



Yang kedua, contoh yang diberikan itu satu pun tidak termasuk dalam zina hati, hal-hal itu bukan termasuk dalam bab zina hati, tetapi termasuk dalam bab lagho dan melakukan perkara yang harus dengan berlebihan.



3) Seorang lelaki teringatkan perempuan, itu zina hati kan? Saya pun kurang jelas dgn konsep zina hati ni. Jadi maknanye kalau teringat saja kat bukan mahram kite tu dah kira zina ya? Satu lagi, lelaki tersebut sahaja yg berdosa atau pun keduanya?

Jawapan saya: Lelaki ingatkan perempuan itu zina hati? Perempuan ingatkan lelaki zina hati? Heheh… luasnya skop. Kalau macam tu, lelaki lepas ni janganlah ingat kepada ustazah kat sekolah, perempuan pula jangan ingatkan ustaz kat sekolah. Itu semua zina hati tu, berdosa tau tak…hehe. Come on lah, sudahlah maksud zina hati itu pun tak faham, mudah-mudah sahaja memberi pandangan.

Adapun soal siapa yang berdosa dalam hal ini, jawabnya tiada sesiapa yang berdosa baik lelaki mahupun perempuan kerana itu bukan zina hati.



4) Saya ada kemusykilan di sini. Seandainya pasangan ini sudah berniat untuk berkahwin, adakah rindu antara mreka juga dikatakan zina hati?

Maka menjawablah seorang ustazah: “Yap!! selagi belum berkahwin”.

Jawapan saya: Soalannya bagus. Tetapi jawapan yang diberikan oleh ustazah itu cukup mengecewakan. Ustazah, tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik sebelum memberikan jawapan. Boleh ustazah?



5) Dalam tak sedar, kita boleh melakukan zina. Benda yang kita tak nampak, tapi dosa besar. Dalam diam, kita dah lakukan zina. Bukan dari luaran, tapi dalaman. Astghfirullahala'zim. Kita sekarang terlalu terdedah dengan benda-benda yang lagho. Lupa mengingati Allah.

Jawapan saya: Dosa besar??? Sejak bila pula zina tangan, kaki, mata, mulut, hati itu tergolong dalam dosa besar??? Telah saya jelaskan bahawa itu semua termasuk dalam kategori dosa kecil yang disebut sebagai Al-Lamam. Dosa sebegini terampun hanya dengan melakukan perkara kebaikan biasa seperti berwudhuk, solat, zikir dan sebagainya lagi tanpa memerlukan taubat khusus.



Soal lagho dan lupa mengingati Allah itu soal lain. Kalau nak bercerita tentang lupa mengingati Allah ni, semua manusia tidak terlepas termasuklah para sahabat Nabi terdahulu kerana kita adalah manusia bukan malaikat. Cubalah menjadi manusia yang baik, jangan cuba menjadi malaikat.



Seorang sahabat Nabi bernama Hanzalah mengadu kepada Nabi dengan berkata: “Wahai Nabi, sesungguhnya Hanzalah telah menjadi munafiq”. Nabi berkata: (Apa maksudmu?). Kata Hanzalah: “Apabila kami berada bersama Kamu, kami ingat kepada Akhirat, tetapi apabila kami pulang bersama keluarga, anak-anak, dan harta kami, kami banyak lupa”. Sabda Nabi: (Demi Allah yang diriku dalam kekuasaanNya, kalau kamu terus kekal seperti hal kamu ketika bersamaku, nescaya malaikat akan berjabat tangan dengan kamu di bilik kamu dan jalan-jalan. Tetapi Hanzalah, ada masa masanya). Riwayat Imam Muslim (8/95, no 4937)



6) Jika kita rindu seseorang ajnabi kerana kita memang couple dengan dia, tak kiralah berjumpa atau tidak, itu dikira zina hati. Kalau tak couple, tapi mungkin minat, dan lama-lama jadi rindu jika tak berjumpa, pada mulanya fitrah, tetapi apabila tak dikawal, dielak, tak mujahadah, itu boleh menjadi zina hati.

Jawapan saya: Pulak dah, ada beza pulak antara yang bercouple dengan tak bercouple. Jawapan yang langsung tiada asas ilmu, sekadar mengagak-agak saja.



7) Saya selalu digosip kawan-kawan dengan seseorang, bila nama orang tu disebut-sebut, saya akan teringat kepada dia dan ini menyebabkan saya terpalit dengan dosa zina hati kerana mengingati seseorang yang bukan mahram dengan saya. Astaghfirullah, moga-moga Allah mengampuni dosa saya.

Jawapan saya: Oh ya ke, kalau begitu lepas ni janganlah ingat langsung kepada sesiapa yang bukan mahram anda. Sepupu anda, cikgu anda, cikgu tuisyen anda, pak guard sekolah anda,perdana menteri Negara anda, kerana itu semua bukan mahram anda tu. Zina hati tu… Hai, mudah-mudah saja membuat hukum sendiri ya.



8) Nak tanya sekejap. Zina hati tu dikira apabila kita teringat seseorang yg berlainan jantina untuk seketika atau teringat selalu hingga termenung?

Lalu menjawablah seorang rakannya: “Teringat seketika atau selalu tetap salah. Sebab kita ni kena selalu ingat kepada ALLAH”.



Jawapan saya: Hohohoho…I’m speechless. Tak sangka, ada juga jawapan sebegini. Teringat seketika pun tak boleh ya, kena selalu ingat Allah sepanjang masa 100 peratus ya. Kalau macam tu sahabat Nabi pun kalah dengan awak. Hebat betul awak ya, sama taraf dengan malaikat.

Sesungguhnya dalam Al-Qur’an pun Allah tak suruh kita ingat kepadaNya sentiasa kerana itu adalah perkara yang mustahil dan ulama menyebut bahawa Allah tidak sekali-kali membebankan manusia dengan perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Sebab itu, Allah hanya menyuruh kita supaya banyak ingat kepadaNya, bukan selalu ingat kepadaNya. Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab, ayat ke-41:

((يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً))

Maksudnya: ((Wahai orang-orang yang beriman, ingatilah Allah dengan ingatan yang banyak)).



9) Sekarang ni saya tengah buntu. Saya sekarang bercinta dengan seseorang. Tapi kami mahukan perhubungan kami diredhai Allah. Tetapi baru-baru ni saya ada baca nota yang mengatakan bercinta adalah haram dalam Islam. Betul ke? bercinta juga mendekatkan diri kepada zina iaitu zina hati. merindui dan mengingati antara satu sama lain. Jadi, apakah yg perlu saya buat?

Maka berfatwalah seorang rakannya: “Bercinta tu memang haram. Bila dah bercinta kita selalu rindu, kadang-kadang ingat kat dia dan macam-macam lagi. Itulah yang dinamakan zina hati. Sebab itu, bercintalah selepas kawin.



Jawapan saya: Sama juga masalah dengan mereka yang sebelum-sebelum ni. Keliru dengan maksud bercinta, lepas tu tak memahami erti zina hati yang sebenarnya..

Adapun soal bercinta sebelum atau selepas kahwin, kalau dimaksudkan dengan perasaan cinta, maka bagi saya perasaan cinta itu perlu ada sebelum kahwin bukan selepas kahwin, manakala aktiviti percintaan itulah yang dilakukan selepas kahwin. Sebab itu Nabi menyuruh sahabatnya kalau nak melamar perempuan tu tengok dulu, supaya timbul perasaan cinta dalam hati. Kalau setelah melihat tapi tidak timbul rasa cinta dan berkenan tu, maka cari yang lain.



9) Bagi saya memang zina hati susah utk dihindari terutama zaman sekarang. Lebih-lebih lagi zaman teknologi sekarang. Walaupun dengan bermesej, boleh diragukan kita buat zina tangan. Itu zina tangan, kalau dah zina luaran, macam mana pula dalaman?



Jawapan saya: Astaghfirullah, pandangan yang penuh dengan ta’annut dan tasyaddud. Anda gagal dalam memahami maksud zina hati dan zina kecil yang lain. Bermesej di telefon itu zina tangan?? Kalau anda bermesej mengajak kepada persetubuhan, semestinya itu zina tangan, tapi kalau sekadar bertegur sapa,bertanya khabar adakah itupun nak dilabelkan sebagai zina..Anda sudah tersasar jauh dari maksud zina hati sebenarnya.

Memang berhubung antara lelaki dan perempuan hanya perlu apabila ada keperluan. Tapi kalau tiada keperluan dan sekadar menggatal, tidak boleh sewenang-wenangnya dengan mudah mengkategorikan hal itu dalam bab zina tangan tetapi dikategorikan dalam bab buat perkara lagho tak berfaedah.

Sudahlah anda gagal memahami maksud zina-zina kecil tu, gagal pula membezakan antara mereka yang melakukan zina kecil dengan mereka yang melakukan perkara-perkara lagho tak berfaedah.



10) Zina hati sebenarnya apabila kita mengingati seseorang secara berlebih-lebihan.



Jawapan saya: Fahaman anda juga tersasar.



11) Macam mana kalau teringatkan lelaki yang kita hanya pernah berjumpa dengannya dalam mimpi, tapi kita tak kenal pun kat alam nyata ni, kira zina hati juga ke?



Jawapan saya: Lihatlah bagaimana anda gagal memahami maksud zina hati menyebabkan timbulnya soalan-soalan yang tak sepatutnya timbul.



12) Saya pun ada juga zina hati ni kerana teringatkan kawan lelaki. Nak buat macam mana nobody's perfect except our prophet. Tapi macam yang dah dinasihatkan oleh rakan supaya bila teringatkan seseorang (si dia) kita hendaklah membaca Al-fatihah supaya kita ingat dia kerana Allah.



Jawapan saya: Anda juga gagal dalam memahami maksud zina hati dan mengenal pasti penyakit sebenar, kemudian cuba mereka-reka ubat sendiri. Baca Al-fatihah supaya kita ingat dia kerana Allah??? Hehe…lucu juga dengan petua yang diberikan.



13) Memang susah nak hindari zina hati. Susah sangat. Apabila teringatkan si dia, susah nak lupakan. Tapi nak tanya ni, apa dosanya kalau kita buat orang lain zina hati? Contohnya: Kita buat orang lain berkenan kat kita.



Jawapan saya: Masih juga tak faham-faham dengan maksud zina hati.



14) Zina hati yang paling ketara dalam jiwa remaja zaman sekarang adalah kamu merindui si dia, kamu sentiasa terbayang si dia, kamu tak dating, tak jumpa dgn si dia, tak keluar makan-makan, tapi kamu masih terbayang pada si dia. Bukti yang paling ketara, inbox kamu penuh dgn mesej si dia. Bayangkan sahaja, seorang remaja yg cukup komited dgn dakwah tetapi mereka bercinta. Bayangkan presiden BADAR kat sekolah bercinta. Ya Allah! tak dating, tak keluar makan-makan, tak berutus surat, tapi saling berbalas mesej dengan beralasankan "Eh takpe, aku hantar mesej pasal hadis la kat dia. Saling nasihat menasihati". Astaghfirullah, itulah contoh-contoh zina hati. Nama pun hati, mesti la dalam hati. Betul tak?



Jawapan saya: Tak betul langsung. Saudara, itu tidak termasuk dalam bab zina hati. Itu gedik dan mengada-ngada jawabnya dan termasuk dalam bab buat perkara-perkara tak berfaedah ataupun disebut lagha. Saya lebih suka mengistilahkan percintaan sebegitu sebagai percintaan yang “poyo”. Percintaan pra-matang remaja baru nak up.



Sabda Nabi: (Antara keelokan Islam seseorang itu, dia meninggalkan apa yang tak patut baginya). Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi (4/558, no 2317) dan dia berkata: Gharib. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2/1315, no 3976) dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya (1/466, no 229).



14) Sebenarnya, saya ada satu soalan. Begini, seorang lelaki amat menyayangi seorang perempuan bukan mahram ini, tetapi dia tidak merinduinya. Adakah ini tergolong dalam zina hati juga? Sebab saya masih tak berapa jelas dengan maksud zina hati.



Jawapan saya: Apabila gagal untuk memahami zina hati dengan baik, kemudian dimomokkan pula dengan fahaman-fahaman yang salah tentang zina hati, maka diri sendiri mencari jalan keluar dengan mereka-reka perkara yang tak masuk akal. Seorang kekasih menyintai kekasihnya, tetapi mereka tidak rindu, adakah ini juga termasuk dalam zina hati? Ahaha…



Tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik, perasaan cinta antara kekasih dengan kekasihnya tidak dikira zina hati, juga perasaan rindu. Kalaupun perasaan cinta dan rindu itu melampaui batas, itu tidak termasuk dalam bab zina hati, itu termasuk dalam bab berlebih-lebih dalam perkara-perkara yang harus. Yang menjadi zina hati adalah perasaan atau keinginan hati untuk melakukan dosa zina iaitu bersetubuh dengan kekasih tersebut. Faham!!!



15) Saya takut diri saya terjebak dengan “zina hati” apabila saya teringat pasal si dia. Biasanya, saya akan membayangkan saat-saat kami berjumpa, kata-kata dia dan kadang-kadang saya macam berangan-angan berumah tangga dengan dia. Selalu terbayang dalam fikiran saya, kehidupan kami sebagai suami isteri contohnya, saya masak untuk dia, bermesra dengan anak-anak dan sebagainya. Itu memang selalu saya fikirkan. Adakah itu salah satu dari “zina hati”? Saya juga tak boleh kawal perasaan rindu setelah kami berjauhan. Perasaan tu la yang buat saya lalai sedikit sebanyak. Saya cuba tenangkan fikiran saya dengan solat sunat, baca Al-Quran tapi tu tak kekal lama.



Jawapan saya: Amboi-amboi, jauhnya akak berkhayal. Itu bukan zina hati tu kak, itu angau namanya. A N G A U: Angau. Parah benar nampaknya tu. Walaupun bukan termasuk dalam zina hati, tetapi eloklah dielakkan perkara-perkara lagho sebegitu, sibukkan diri dengan perkara-perkara berfaedah, jangan sampai terbuang masa kerana berkhayal.



16) Saya telah mengambil keputusan meninggalkan pasangan saya kerana saya tahu ianya sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Dan alhamdulillah saya juga telah mengambil langkah dengan bernikah dengan seorang gadis melalui cara yang lebih baik iaitu melalui pernikahan secara Islamik.



Jawapan saya: Astaghfirullah, bercinta dengan seorang gadis, kemudian merasakan perkara itu sebagai salah lalu memutuskan hubungan. Kemudian mengambil langkah penyelesaian dengan berkahwin dengan gadis lain? Kasihan dengan pasangan anda yang pertama tadi..

Mengapalah “terlampau cerdik” sampai ke tahap ini??? Kalaupun anda merasakan hubungan anda itu salah dan berdosa, apa yang anda perlu lakukan adalah bertaubat daripada dosa dan membaiki dosa tersebut.



Firman Allah dalam Surah Al-Ma’idah, ayat ke-39.



((فَمَنْ تَابَ مِنْ بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ))

Maksudnya: ((Sesiapa yang bertaubat selepas kezaliman yang dilakukan dan membaiki kesilapannya maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa ke atasnya)).

Seorang pencuri, apabila sedar dan insaf atas dosa yang dibuat, maka dia perlu bertaubat daripada dosa mencuri tersebut, dan membaiki dosa tersebut dengan memulangkan kembali segala barang-barang yang dicuri.



Seorang lelaki yang bercinta dengan seorang perempuan sehingga terjebak ke dalam perkara-perkara dosa, apabila sedar dan insaf perlulah bertaubat daripada dosa yang dilakukan, dan membaiki dosa tersebut. Bagaimana untuk membaiki dosa tersebut? Iaitulah dengan mengahwini perempuan itu.



Bukannya dengan memutuskan hubungan dan kemudian berkahwin dengan perempuan lain. Mengapa mahu berkahwin dengan perempuan lain sedangkan si dia ada dan masih menyimpan cintanya terhadap kamu?

Adakah pada pandangan anda perempuan itu tidak layak diperisterikan kerana sudah ternoda? Ooo, kiranya kamu bersihlah tiada noda? Siapa yang menodainya? Kamu juga. Kononnya nak mencari yang suci bersih walhal diri sendiri terpalit dengan kekotoran. Jenis manusia yang tak sedar diri.



17) Ana dulu pun couple gak. Sejak sekolah sampai dah masuk universiti, dekat nak gred. Tapi apabila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan walhal ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana.



Komen saya: Kan’tidak cerdikan namanya tu’. Perkara yang sama berulang. Anda dah punya niat suci untuk memperisterikannya, kemudian memutuskan hubungan itu setelah merasakan hubungan itu salah pada pandangan anda.

Sepatutnya, baikilah apa yang anda rasakan salah itu dan teruskan niat suci anda untuk memperisterikannya. Semudah itu pun masih tak faham? Mengapa masih juga mengambil tindakan yang tak cerdik?



MANHAJ DALAM MEMAHAMI AGAMA

Tidak dinafikan, adakalanya mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang dakwah atau mereka yang baru menemui jalan keinsafan, mereka mempunyai semangat yang meluap-luap berjuang untuk Islam. Tapi masalahanya semangat yang meluap-luap tanpa latar belakang ilmu yang kuat boleh menyebabkan perjuangan yang dibawa itu merosakkan lebih daripada membaiki.



Semua tak boleh, itu zina, ini zina, itu haram, ini haram sehingga menyempitkan ajaran Islam yang luas dan membesar-besarkan perkara lebih daripada skop asalnya.



Walhal manhaj dakwah yang sebenarnya adalah manhaj berasaskan وسطية /wasatiyyah (pertengahan). Tidak dinafikan, kalau orang itu dilihat mempermudah-mudahkan urusan agama maka kita perlu memberikan peringatan keras kepada mereka. Sebaliknya pula kalau orang itu dilihat terlalu memayah-mayahkan agama maka kita perlu memudahkannya bagi mereka. Namun, semua itu perlu dilakukan atas dasar ilmu. Bukan sewenang-wenangnya.



Sebagai contoh, apabila wujud sebahagian daripada sahabat Nabi mempermudah-mudahkan urusan berwudhuk sehingga tidak meratakan air ke tempat-tempat yang sepatutnya, maka Nabi memberikan amaran keras kepada mereka berupa seksaan api neraka.



Sebaliknya apabila ada pula sebahagian sahabat yang memayah-mayahkan urusan berwudhuk sehingga membasuh anggota wudhuk secara berlebihan, maka Nabi berkata bahawa basuhan wudhuk itu hanya tiga kali. Andainya masih wujud keraguan dalam hati tidak rata, maka usah dilayan, itu hanya was-was syaitan.



Caranya adalah bersikap keras kepada mereka yang nampak mempermudah-mudahkan agama, dan bermudah-mudah bagi mereka yang nampak memayah-mayahkan agama. Tetapi perlu diletakkan dalam kepala bahawa tujuan akhirnya adalah supaya kedua-dua golongan tersebut kembali kepada kesederhanaan dalam beragama.



Kata Imam Syatibi: Andai kamu melihat kepada keseluruhan syariat maka engkau akan dapati syariat itu cenderung kepada pertengahan. Andai kamu melihat ada kecenderungan kepada sisi terlampau memudahkan atau sisi terlampau menyusahkan maka itu bagi berhadapan dengan lawannya daripada sisi lain.



Sisi memayahkan (kebanyakannya pada menakutkan, menggerunkan, melarang) didatangkan bagi berdepan dengan mereka yang cenderung mempermudahkan agama.



Sisi memudahkan (kebanyakannya pada pengharapan, galakan, dan rukhsah kemudahan) didatangkan bagi mereka yang cenderung memayahkan agama.



Kalau tiada masalah pada kedua-duanya maka aku melihat pertengahan itu lebih utama, dan jalan kesederhanaan itu jelas, dan itulah kaedah asal yang menjadi rujukan dan pusat yang menjadi tempat pergantungan”. (Rujuk Kitab Al-Muwafaqat oleh Imam Syatibi, jilid 2 , m/s 286, cetakan Dar Ibni Affan)



Janganlah terlampau mempermudahkan dan jangan terlampau menyusahkan. Ambil jalan pertengahan. Untuk pesakit darah tinggi, berikan ubat yang menurunkan kadar tekanan darahnya kepada kadar tekanan normal. Pesakit darah rendah pula, berikan ubat yang meninggikan kadar tekanan darahnya kepada kadar tekanan tahap normal. Apa yang penting adalah memastikan kenormalan tekanan darahnya.



Akhir kata, semoga segala penjelasan itu dapat dicerna dengan baik. Andai timbul sebarang persoalan tak faham lagi berkenaan zina hati, maka bak kata rakan saya: “Sila hantukkan kepala anda ke dinding”….hehe sekadar bergurau. Jangan lagi membesarkan isu lebih daripada skop yang sepatutnya.



Sememangnya muhasabah diri sama ada terpalit dengan dosa atau tidak itu memang sesuatu yang bagus. Tapi men’dosa’kan diri dengan perkara yang bukan dosa itu bukan daripada ajaran agama, itu adalah ta’annut dan tasyaddud yang ditegah dalam beragama.

Islam tidak datang untuk menjadi musuh kepada naluri dan perasaan manusia tetapi untuk memberikan pedoman dan tunjuk ajar supaya manusia dapat mengawal naluri dan perasaannya ke arah kebaikan. Dengan itu dapatlah kita menjadi manusia yang baik bukan menjadi malaikat yang baik.



Sekian, wassalam.