Tuesday, December 21, 2010

Curang??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog sekadar pandangan. Adakah anda semua sihat belaka?Yang tidak berapa elok tu elok-eloklah rehatkan badan dan jangan nak online je eh. Lebih baik rehatkan mata dan fikiran dan bersedia untuk masa akan datang dan yang penting sekali ialah anda dapat online sekali lagi dan mengunjungi blog ini(hoho...ayat ngade). Manalah tahu sebentar lagi mungkin ada lagi kerja-kerja yang memerlukan keringat anda...baik rehatkan badan anda ya. Tetapi kalau masuh berkeras kepala untuk tetap online sila-silah menjenguk blog ini..hehe...Kepada yang sihat wal-afiat,syukur je hadrat ilahi kerana limpah dan kurnianya anda dikurniakan nikmat kesihatan dan bersemangat melakukan kerja-kerja ibadah walaupun ketika online. Baiklah, kali ini kita akan berdikusi secara serius satu topik iaitu "CURANG". Mungkin kepada kaki playboy atau playgirl ataupun yang dah selalu berhadapan mungkin sudah sinonim dengan perkataan ini. Namun kepada mereka yang belum terkena atau merasa akan situasi ini mungkin sedikit tidak selesa akan tajuk ini. Tidak mengapa, kepada yang kurang selesa anda dibenarkan beralih kepada post-post yang lain.


Adakah anda segak dan bergaya seperti lelaki di atas? Ataupun muka anda sangat hensem sepertinya? Sudah tentu tidak kerana saya seorang sahaja yang mempunyai wajah seiras hero di atas...hoho..Tahniah kepada para sahabat yang mempunyai paras rupa yang menarik dan mungkin personaliti anda sungguh mengkagumkan. Kerana itu anda mudah untuk didampingi mana-mana wanita. Bagi kaum hawa pula kecantikan jelas harta tertinggi kerana kaum adam memang tertarik kepada mereka yang cantik(org dh lme tau ar..kan3). Tidak banyka bezanya antara dua kaum ini. Sudah jelas jika sudah jatuh cinta, api depan jalan pun sanggup direntang. Lori treller pun sanggup dihalang demi nyawa tercinta terselamat(oh...sungguh comel dan romantik). Biskut lemak di dalam tin yang dah lama basi pun sanggup diberi jika si tercinta kelaparan...(korg bwat ke?saya x buat..kalo nk buat tu agak2 la eh). Itulah kehebatan cinta kerana perkara-perkara pelik pun boleh berlaku.

Apabila bulan bertemu bintang, maka kebahagian mula tersemai...kejap ye...anda faham tak maksud peribahasa buata trulyidea tadi?kalau tidak faham tu,buat-buat faham eh...yang dah faham teruskan memahami bahasa-bahasa pelik trulyidea. Seronoknya bersama si tercinta. Alangkah bahagianya kita sentiasa didampingi si tercinta. Oleh itu, kita bersemangat mengerjakan kerja-kerja seharian. Tapi dengan tidak dijangka perhubungan itu semakin lemah dan mudah sahaja goyah. Orang kata perhubungan pulih seiring dengan masa. Tetapi jika kita sedar, ada perhubungan yang semakin parah jika ditambah masa. Semakin diubati, semain terluka hubungan tersebut. Berikanlah sebarang tonik untuk memperbaiki hubungan itu, tapi itu hanay kesan sementara dan kesan keseluruhannya tetap sama, mereka tidak bahagia bersama.


Susah kalau curang ni

Kebiasaannya kita lihat bahawa setiap pasangan cuba memperbaiki dan menjaga hubungan. Lainlah jika hanya sekadar main-main. Itu lain ceritalah. Ini kita berdiskusi mengenai orang yang betul-betul jatuh cinta. Jadi masing -masing sedia mencari inisiatif untuk terus bahagia bersama pasangan masing-masing. Tetapi seperti saya katakan sebelum ini,makin cuba diubati makin parah. Ini kerana tiada lagi nilai cinta dan kasih sayang. Pasangan mula mencari langkah keluar. Mula-mula sekadar berjalan-jalan dan hanya ingin mengambil angin baru. Tiba-tiba tanpa disedari dia sudah terjumpa cintanya, itupun setelah berkahwin,bertunang ataupun di dalam perhubungan normal. Si pasangan mula ternampak nilai cinta sebenar dan mula rapat dengan persahabatan yang baru. Persahabatan mula mengganti tempat si cinta. Di saat ini sudah mudah kita jangka akan apa yang boleh sahaja berlaku. Masing-masing mula merahsiakan rahsia daripada pengetahuan pasangan masing-masing(elak kantoi). Semuanya begitu indah dengan sahabat baru dan cinta agung yang diagungkan dulusudah tidak setaraf dengan cinta yang baru.
**********************************************************************************************
Di sini kita lihat satu situasi keluarga yang sedang bermasalah. Si B dan A sudah berkahwin dan si B menjangkakan bahwa si A cinta sepenuhnay kepadanya. Hari ini si A ingin berterus terang kepada si B bahawa dia cinta pada orang yang lain.

B:I luv u darling..muah..muah...tiada apa yang saya perlu risau..sebab awak sentiasa di hati saya.

A: Sebenarnya awak harus risau...ramai orang bercakap menegenai perhubungan....Tapi perhubungan bukan mengenai kata-kata....ia mengenai situasi...Sebenarnya tiada sesiapa yang tahu kenapa seseorang ituboleh goyah...kenapa orang mencari cinta di luar perkahwinan...Tiada sesiapa pun tahu...dan itu juga berlaku kepada saya...tapi ia memang benar berlaku isteriku..aku jatuh cinta pada orang lain....Maafkan saya...tetapi memang inilah situasinya...dan wanita yang benar-benar saya cintai itu bukan orang lain...orang itu berada di sini(kalo si cinta baru ada di situ la)

B:tak gune...(terus melempang si A)

setelah kecurangan terbonglar

Dan sesuatu yang tidak dijangka mungkin berlaku di antara kita. Setelah kecurangan itu terbongkar atau dijelaskan kepada semua pihak. Namun, bukan semua pihak dapat menerimanya. Jika hal ini benar-benar berlaku, janganlah melakukan sesuatu tindakan yang bodoh misalnya membunuh diri. Lebih baik membuat tindakan yang bermanfaat. Ketahuilah sifat pemaaf itu ada dalam hati setiap manusia. Berbicaralah sebaiknya. Mungkin pahit untuk ditelan, namun kelegaan di hati masing-masing dan kebahagian yang menanti selepasnya amat menyeronokkan.

Saya memohon maaf andai kata mengguris hati kepada anda semua. Ini hanya satu pandangan untuk dikongsi dan tidak ditujukan kepada sesiapaun. Ia lebih satu nasihat untuk kita lebih berhati-hati untuk memilih pasangan hidup kerana jika kita tidak mengawasinya sudah tentu ia akan memburukkan keadaan. Disebabkan itu kecurangan boleh berlaku. Hatilah-hatilah wahai teman.

2 comments:

Hazim Hazwan said...

saya x fhm la psl cinta2 ni..

trulyidea said...

it's okay...just learn from anyone...u don't have to think bout it for the moment...be like me..haha