Friday, December 24, 2010

Apa Makna Starian Kepada Diri Anda?

Ya, salam persahabatan dan assalamualaikum kepada semua.
Alhamdulillah sekali lagi kita dapat bertemu. Seperti biasalah trulyidea bersama loyar buroknya akan terus bersinar umpama bintang yang begemerlapan. Maklumlah trulyidea berasal dari bumi bintang yang sentiasa disinari cahaya-cahaya yang sungguh mengasyikkan lagi menyilaukan mata-mata yang tidak memakai cermin mata hitam jenama R2..hoho..

Orang kata(orang kata lah bukan berok yang kaya), burung yang jauh beterbangan pasti pulang ke rumah. Begitu juga saya, sehingga kini saya masih teringatkan rumah saya yang tidak asing lagi bagi pada pembaca tidak lain dan tidak bukan Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Baiklah berbalik semula kepada tajuk asal. Apa makna Starian kepada diri anda? Saya terbaca satu artikel staroba mengenai tajuk ini. Sungguh terharu apabila saya membacanya. Saya setuju tentang apa yang disampaikannya. Dan kesempatan ini saya juga ingin menceritakan serba sedikit apa makna starian kepada diri saya. Maaf kepada yang bukan starian, post kali ini sebenarnya bukan untuk bermegah-megah tetapi cuma sedikit perkongsian terhadap ketentuan Allah S.W.T terhadap hambanya yang lemah ini.

Baiklah, apa makna starian kepada diri anda? Haha...saya yakin mungkin ramai yang terpinga-pinga untuk menjawab terutama starian yang masih belajar. Selamilah dunia yang Allah berikan, kerana itu satu nikmat bagimu. Dan saya juga yakin bahawa kepada ex-starian atau bekas pelajar ataupun nama glamour di bollywood( ade ke??) STAROBA, mereka pasti mempunyai jawapan mereka sendiri untuk menjawab persoalan ini cuma mungkin tidak tahu bagaimana ingin memperkatakannya. Tetapi saya sudah menjumpai ayat yang boleh untuk menjawab persoalan ini..hehe...sabar dulu,kita rilek2 dulu hisap rokok ke,lepak ke(jgn bwat seyh).

Bayangkanlah anda seorang pelajar tingkatan satu yang mukanya masih mentah yang asyik omsick tak habis-habis. Cuba berikan jawapan anda? Jawapan yang mungkin diberikan ialah:
(semua jawapan ialah buatan trulyidea berdasarkan pengalaman, harap tiada sesiapa pun yang terasa..ok???kalo terasa tu,rase2kanlah...haha)
*****************************************************************************************
Baru-baru ini STAR berjaya menggondol tempat pertama PMR di negeri perak selama tiga tahun berturut-turut bak hatrick thierry henry masa beliau muda-muda dulu. Saya sangat berbangga sebagai warga starian kerana menjadi sebahagian daripada kelompok yang cemerlang. Kemudian juga starian juga telah melahirkan pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh politik di malaysia. Sebut sahaja Dato Awang Adek Hussin, Tan Sri Dato' Zainal Abidin Osman, Dato Zaid Ibrahim dan pelbagai nama lagilah di mana sebagai starian kita boleh banggakan. Selain itu juga, sekolah ini hebat dengan permainan ragbi, hoki ,bola keranjang dan kriket. Di daerah kinta sahaja sudah pasti STAR akan menaiki podium untuk dikalungkan pingat untuk dibawa pulang ke STAR kemudian ditunjukkan kepada member-member yang menanti penuh selamba berkongsi kejayaan bersama para pemain. Sudah tentu sukan ragbi nama STAR tidak asing lagi kerana sudah kerap kali bersaing di peringkat kebangsaam dan baru-baru ini berjaya menjadi johan sukan premier di padang STAR sendiri. Fuhh, bangga saya sebagai seorang starian. Kejayaan selalu mengiringi STAR, satu perkara yang kebiasaannya tidak ada pada sekolah lain. STAR hebat dalam arena perdebatan, akademik dan tidak terkecuali ko-kurikulum.

hahaha..sebenarnya itu ayat nak mengampu pemberita yang datang nak interview. Kalau ditanya tanpa wartawan bersama kamera yang hadir, sudah pasti begini ayatnya:

Sebenarnya, saya pun tidak tahu makna sebagai starian. orang kata bes, jadi saya pun katalah bes...(org ni jenis ikut buntut org rsenye). Tak beslah jd starian. Dah la semua lelaki, penat je cover macho..bukannya ada awek pun nak ngorat. Penatlah tinggal di STAR, ayik kene buat tu, kena buat ini macam-macam lagilah. Macam hamba pulak jadinya. Kalau waktu PJ yang sekejap tu, tak abis2 kne pakai baju putih...orang panggil baju PJ. Cepat kotorlah baju tu. Kalau orang pinjam,senang je hilang. Kalau tak bagi,nanti diorg cakap macam-macam. Tapi setakat ni oklah tinggal di STAR,sebab dah dapat sekolah macam ni..duduk jelah terus..leceh nak pindah-pindah.
*****************************************************************************************************
Demikian tadi sedikit renungan dan ayat-ayat memuji almamterku. Ok, kini sudah sampai giliran saya pula untuk memberikan jawapan seperti saya janjikan di atas. Apa makna starian kepada diri saya? Apa eh?? lupaha...tunggu sekejap ya, nak rujuk ayat-ayat power sikit bagi semua orang percaya...hoho..(main-main jela). Baiklah, jawapan saya ialah berbentuk begini:

Memberi permulaan hidup

Jeng..jeng..jeng..ha, itulah jawapan saya. Permulaan hidup??? kenapa yek? kerana di situlah segala-galanya cabaran bermula dalam hidup saya. Sebelum tercampak ke STAR, trulyidea kurang masalah dan berasa sungguh hebat. Tetapi ketika dicampak ke STAR, langkah indahnya Allah S.W.T menjadikan dunia gah ynag saya banggakan dulu begitu kecil sekali. Begitu kerdil diri saya dan betapa tidak matangnya diri ini(tengah tacing ni...jangan kacau). Almamter ini telah mengajar diriku erti kesabara, erti mengenal persahabatan, mempelajari kesilapan yang lalu, mendekatkan diri kepada Allah, memperbanyakkan ibadat dan mendapat semangat untuk terus maju ke hadapan. Apa yang saya perhatikan ialah rata-rata starian memilik otak dan akal yang baik. Namun malangnya tidak ramai yang memilik akhlak yang baik. Bukan maksud saya untuk mengeji. Cuma sayang kerana mereka dikurniakan nikmat yang baik cuma tidak tahu menggunakan nikmat itu sebaiknya. Bagi adik-adik yang masih belajar, surau cantik sekarang tu,,,dulu susah untuk penuhkan saf...syukur dan alhamdulillah, sekarang surau dapat dipenuhkan dan dibanyakkan amal ibadat. Bagi saya, STAR bukanlah satu perkara untuk dibanggakan kerana banyak kelemahan yang jelas tertera. Cuma saya bersyukur kerana dalam dunia penuh kedaifan itu, saya belajar bermacam-macam dan hasilnya saya pada hari ini. Bekas pelajar STAR ramai yang hebat orangnya dan mereka inilah suatu contoh yang perlu kita ikuti dan jadikan satu pembakar semangat supaya sama-sama dapat berdiri dan memajukan islam.

STAR bukanlah tempat yang penuh kegembiraan. Kejayaan yang berlaku ialah hasil titik peluh dan usaha serta ibadah yang dilakukan oleh starian sendiri. Untuk pengetahuan kepada bukan starian, starian banyak berlatih atas pengalaman sendiri dan banyak mencuri masa berlatih sama ada untuk pertandingan atau peperiksaan. Hidup sebagai starian juga penuh dengan herdikan, kutukan, kesedihan(benda yang tidak lari dri hdp starian).Guru-guru sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar. Pernah sekali seorang cikgu saya berkata" Saya tidak tahu untuk beri awak apa-apa lagi, awak sememangnya bijak dan saya sudah curakhan kesemua ilmu saya...terpulang kepada awak untuk bentuk nasib awak sendiri". Pada ketika itu, saya hairan dan tidak tahu berbuat apa-apa. Namun Allah jua yang tahu, selepas itu kita yang perlu berusaha. Sungguh mencabar kerja sebagai seorang guru di STAR. Tanyalah sesiapapun, guru-guru ini tidak kering peluh(x taulah ade yg curi tulang..hehe).

kesimpulannya, hidup sebagai starian memberi impak yang besar kepada diri saya. bagaimana pula anda?

Ps:sori kerana saya sedikit beremosi dlm post ini...

2 comments:

Mohammad Aiman said...

Kat STAR jugaklah aku mengenal diri aku yang sebenar...

trulyidea said...

btol tu en aiman...stau perkara yang unik ialah saya sendiri tidak kenal apa itu star sebelum masuk....kemudian saya baru kenal dan mengenali diri saya sendiri