Monday, March 15, 2010

Tragedi Alam Kubur

Segala puji bagi Allah.Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon ampun daripadaNya. Kita juga berlindung kepadaNya dari kejelekan diri dan amal kita. Barang siapa diberi hidayah oleh Allah,tiada siapa yang boleh menyesatkannya. Tetapi siapa saja yang disesatkan olehNya, tiada siapa yang boleh beri hidayah melainkanNya. Aku bersaksi tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Ya Allah, limpahkanlah selawat bagi Muhammad dan keluarganya, sebagaimana kau limpahkan selawat bagi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Perkasa.

Allah berfirman yang bermaksud,

"Setiap jiwa pasti akan merasa kematian. Dan Kami timpakan fitnah bagimu berupa keburukan dan kebaikan. Kepada Kamilah kamu dikembalikan"(Al-Anbiya':35)

Demi Allah kita semua akan mati. Itu adalah kebenaran yang tiada keraguannya. Mungkin pembahasan ini bukan baru lagi bagi pembaca. Ini sekadar peringatan yang mengingatkan kita tentang dunia yang fana.

Pengarang sendiri belum pernah merasa mati. Tetap saya yaki bahawa di dunia ini tidak ada yang pasti selain mati. Semua yang menjadi angan-angan akan musnah. Demi Allah, kita semua akan mati. Ia pasti datang dan tak ada tempat untuk lari daripadanya. Ia datang dengan tiba-tiba. Tidak pula meminta izin atau mengetuk pintu. Malah dia sentiasa mendekati kita. Inilah janji yang diberi ke atas setiap makhluk. Semua manusia akan berasa kesakitan yang amat sangat sehingga warna jari memucat.

Wahai pemilik kematian, mengapa kau turutkan jiwamu mencari kesenangan yang fana? Maut akan merobek kami dan memisahkan alam yang serba leka.

Allah berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah, 'Lari itu sesekali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri daripada kematian atau pembunuhan, dan jika(kamu terhindar daripada kematian) kamu juga tidak akn mengecapi kebahagian kecuali sebentar sahaja'." (Al-Azhab:16)

Apakah kamu mempunyai penangkal maut? Jika ada pasti sudah lari di pasaran. Apakah kita tidak tahu bahawa kematian tidak mengenali tua atau muda, kaya atau miskin, yang kuat dan yang lemah. Dia juga tidak tahu yang mulia atau yang hina.Semua tidak terlepas.

Berapa banyak orang yang mulia dihinak oleh kematian. Di atas kepalnya ada bendera yang disembunyikan.

Allah berfirman yang bermaksud,

"Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada kamu; lalu ia berkata, "Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkanku (kematian) sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?,"
Dan Allah sekali-sekali tidak akn menangguhkan (kematian seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Munafiqun: 10-11)

Mari kita berhenti sejenak. Bersama kita cermati pemandangan yang dahsyat ini. Tanyalah dirimu, hendak ke mana dan sampai bila?
Wahai Jiwa
Bertaubatlah
Sesungguhnya kematian bakal menimpa diri
Setiap hari
Banyak mayat yang terkujur kaku
Tetapi kita melupakan jejak kematiannya
Wahai Jiwa
Apa erti harta yang kita simpan
padahal aku akan keluar dari dunia bertelanjang
Mengapa kita masih lupa akan kematian
Padahal ia tidak lupa akan kita
Wahai Jiwa
Katakan padanya
Ia ibarat tetamu
Bersiaplah menyambutnya sebaik mungkin
Wahai Jiwa
Esok kau akan meniti di atas neraka
Sedarlah kita sebelum kita tergelincir

No comments: