Friday, March 26, 2010

Janji aku dapat??


Ahah, pada hari ini para pembaca sekalian akan menikmati satu sajian yang sangat istimewa. Hari ini saya akan mengajar para pembaca membuat satu minuman yang mampu mengecur air liur pembaca sekalian. Terimalah sajian minuman .....(sila rujuk gambar,hehehe)
Adakah anda dapat merasakannya? Sudah tentu la tidak. Tetapi saya yakin melalui pembaca blog SEKADAR PANDANGAN sahaja, anda dapat merasakan apa yang saya bakal ajar sbentar lagi.
Cuba anda kembali ke zaman 90 an......zaaaas
"Ibu, nak air", bicara saya.
"Macam biasa ke?", balas ibu.
"ye la, MILO", nadaku tinggi.
Hah, memang sejak saya dari kecil lagi sehingga sekarang, minuman kegemaran saya ialah MILO. Rasanya bukan saya seorang di dalam planet yang kecil ini yang menyukai MILO. Oleh itu, ramai orang yang akan pergi menaiki kereta bersama keluarga membeli-belah MILO sahaja di pasar raya yang terkenal seperti Giant, Tesco, Jusco ataupun Mydin. Ada juga yang menunggang motosikal merempit bersama rakan-rakan dan singgah di kedai makan atau restoran mamak untuk minum MILO setelah penat merempit. Yang melampau pula, membawa kapal kargo dan terus borong semua packet MILO di seluruh dunia.
Walaubagaimanapun, ramai yang tidak tahu cara homemade MILO dan menjimatkan kos seperti yang saya lakukan. Mari Chef trulyidea tunjukkan. Anda pergi ke dapur rumah jiran anda(jangan pergi dapur rumah anda,ini satu amaran!). Jangan memberi salam atau menegur sesiapa, terus masuk bersama kasut anda dan menjerit nama pemilik rumah sekuat hati. Nak tahu kenapa? Sebab anda bakal dibaling segala benda di dapur tidak kira pisau,pinggan dan tong gas. Tunggu sehingga anda dibaling paket MILO. Sekiranya dia tiada paket MILO, anda boleh pergi dan melakukan perkara yang sama di rumah jiran yang lain. Jika sudah dibaling paket MILO, anda perlu mengucapkan terima kasih dan mengucapkan Alhamdulillah. Pasti pemilik rumah hairan setelah banyak benda dia baling anda mengucapkan terima kasih dan bersyukur. Mungkin dia segera menelefon hospital Tanjung Rambutan.
Langkah yang kedua, anda perlu memanjat pokok kelapa untuk memetik buah kelapa. Berhati-hati sekiranya anda memakai baju hitam kerana orang mungkin menyangka anda beruk. Selepas itu, belah buah kelapa itu. Beri airnya kepada orang lain(membazir itu amalan syaitan). Pastikan santannya masih ada. Kemudian, masukkan serbuk MILO yang and dapat daripada jiran anda ke dalam tempurung kelapa yang masih mempunyai santan. Masukkan air panas yang anda masak(baru buat kat rumah) ke dalam tempurung itu dan kacau sehingga sebati. Air panas itu perlulah didedah di kawasan panas dan tunggu sehingga ia mendidih. Anda pasti tertanya mengapa tidak dimasukkan gula atau susu pekat? Jawapannya ialah santan sangat manis dan adakalanya berupa susu pekat dek warnanya yang berwarna putih(hahaha, mengarut).
Langkah yang terakhir ialah minumlah bersama keluarga dan jiran anda. Janganlah anda bersikap kedekut! Kalau anda mengidamkan MILO sejuk atau MILO ais, mudah sahaja. Pergilah ke kedai runcit yang mempunyai peti sejuk. Secara senyap, masukkan ke dalam peti sejuk itu dan tunggu sehingga sejuk.
Ya Allah, post saya pada kali ini bukanlah bertujuan untuk mengarut. Saya membuat post mengenai MILO kerana minuman ini mudah dibuat dan disukai ramai. Adakah anda perasan bahawa Allah mencipta pelbagai cara membuat minuman tanpa kita sedari. Setahu kita,beli sahaja dan kemudian minum. Masih ramai orang yang kadang-kala terpinga untuk membuat sesuatu dan adakalanya membuat sesuatu yang bodoh untuk membuat sesuatu(cth:seperti orang yang buat MILO tadi). Gunakanlah akal itu sebaiknya kerana dengan akallah kita dapat melakukan sesuatu dengan berhikmah. Cerita MILO ini hanya cerita untuk menggambarkan keadaan kita untuk menggunakan akal sewajarnya.
Haha,akhir sekali jangan sesekali anda melakukan perkara bodoh.

No comments: