Thursday, March 25, 2010

Bila Sampai Masanya

Syukur kepada Tuhan yang menguasai sekalian alam! Dengan kehendaknya trulyidea dapat membuat post baru setelah beberapa hari meninggalkan Blog SEKADAR PANDANGAN(cewah,bajet kekasih la pulak).

Kepada para pembaca sekalian, minta maaf sekiranya Mr.trulyidea tidak lama mengupdate blognya. Minat saya terhadap blog amat tinggi, mahu saja sentiasa memberi pandangan untuk tatapan semua orang. Tujuan saya bukan untuk bermegah atau menunjuk blognya untuk tatapan umum. Terima kasih kepada follower yang baru kerana sudi menjadikan blog SEKADAR PANDANGAN pilihan anda.

Cuma baru-baru ini,saya menghadapi banyak masalah untuk menatap blog ini. Manakan tidak, saya perlu selalu pulang ke kampung untuk beberapa hari untuk menjaga satu-satunya datuk saya di kg. Melayu Subang. Apabila berada di rumah, ada pula teman yang mencari pasal unutk berlawan di gelanggang RAW atau WWE(tak pasal2 masuk hospital,nasib baik lawan bukan The Rock..hehe). Kawan pula asyik ajak bermain futsal atau bola, apalagi trulyidea sama hebat seperti Cesc Fabregas.Sudah tentu skillnya tidak akan dibazirkan begitu sahaja( saya agak perasan di sini) Di facebook pula, ada orang yang tak dikenali pula berani mencabar saya(sekarang dah berdamai,hehe). Terus hilang mood untuk membuat post. Dan tibalah sehingga hari ini,barulah saya dapat membuat post yang baru. Ya Rabbi, macam-macam dugaan yang datang demi menghalang saya membuat post di blog ini.

Dan pada tanggal apa entah, saya dah lupa..hehe
Saya sudah bersedia untuk membuat post bersama pandangan yang mendatang. Tapi Allah yang menetukan segala-galanya. Pada subuh yang sunyi, telefon rumah saya berbunyi memecah mimpi yang enak. Bapa saya menyambut telefon lalu menjawab. Kemudian dia memberi gagang telefon kepada ibu saya. Saya pula masih mamai di atas kerusi panjang di ruang tamu. Tiba-tiba ibu saya menangis dan sambil masih memegang gagang telefon, dia berkata kepada saya.

"Atuk dah takde!",berulang-ulang kali dia berkata kepada saya dalam keadaan sebak.

Tetapi saya tidak berasa sedih. Cuma saya hairan dan sedikit terkejut akan berita tersebut. Lalu, saya mengucapkan Innalillahhiwainnalillahhirrajiun.....

Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasa mati. Pada saat itu, saya berasa gentar dan memikirkan bagaimana saat saya pula mati. Masih dalam keadaan mamai atau separa sedar, saya memohon kepada Allah agar menunjukkan hikmah di sebalik kejadian. Jadikanlah hari ini satu hari yang penuh hikmah kepadaku ya Allah.

"Atuk dah takde",kata ibu kepada saya kerana menyangka saya tidak sedar akan berita tersebut kerana mungkin dia menyangka saya belum sedar. Kerana tidak mahu ibu berasa sedih, saya terus tekad bangun untuk menunaikan solat subuh. Dalam keadaan yang lebih segar, saya solat dan berdoa agar arwah ditempatkan dalam orang-orang yang beriman. Lalu saya terus capai senaskah Al-Quran untuk menyedekahkan Al-Fatihah dan Yasin untuk arwah. Hanya satu dalam pemikiran saya ketika itu, biarlah ramai orang yang membaca yasin untuk arwah. Saya sebagai cucu perlu menyedekahkan surah yasin kepadanya. Manakan tidak, saya kenal sepupu saya yang masih ramai yang tidak tahu membaca Al-Quran. Hati saya berkata:

"Janganlah atuk menyangka cucumu lupa padamu,ketahuilah atuk satu-satunya atuk yang saya dapat kecapi kasih-sayang, janganlah atuk tidak memberkati dan terus lupakan kami lagi, kami tidak mahu bergelar cucu sementara(time balik kg je baru nk jumpa), kami hendak atuk tahu bahawa cucumu ini mahu berjuang menegakkan islam dan memperoleh nikmat serta ibadat yang dapat dilakukan oleh atuk ketika sudah tua"

Arwah datuk saya meninggal pada usia 90 tahun, dan ketika hayatnya beliau banyak beribadat walaupun ketika sakit. Ramai tidak menyangka akan kemampuan beliau. Beliau juga sudah lama menghidapi sakit tua. Tapi siapa yang tahu, beliau masih mampu berkomunikasi dengan baik(pendengaran, penglihatan dan pengucapan masih baik), cuma fizikalnya sahaja yang kurang. Saya pernah bersama-sama menjaga beliau dan oleh sebab itu saya berani membicarakan perkara ini. Tahukah anda? tak tahu kan..

Meh saya cerita lagi,

Saya pernah bersama-sama menukar lampin datuk saya yang baru sahaja memakai lampin kira-kira sekitar bulan disember yang lalu(ok la,pada usia 89 tahun baru pakai lampin,selalunya atuk pergi ke tandas tanpa bantuan orang lain cuma peralahan sedikit pergerakannya). Seperti biasa saya bertindak sebagai superman untuk mengangkat atuk saya ketika menukar lampin. Subhanallah, ringan sahaja tubuhnya untuk saya angkat. Saya pun tidak sangka datuk saya sebegini ringan. Ketika mak cik saya membersihkan n**** datuk saya. Dia memberitahu saya supaya mentup hidung kerana risau saya tidak biasa dengan benda-benda sebegini. Saya pun kata tidak mengapa. Saya pun biarkan hidung saya yang seperti Shah Ruk Khan terbuka. Subhanallah, apa yang busuk? Tiada apa yang busuk. wangi sahaja n****nya. Betul, saya tak tipu. Rasanya n**** kita yg busuk. Datuk saya juga kurang mandi kerana pergeraknnya yang terbatas. Namun badannya tetap harum ,nafasnya tidak berbau, giginya putih tersusun rapi tidak seperti gigi budak tadika yang .....(hehe,faham kan).

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Siapa yang sangka pertemuan kami yang terakhir ialah ketika kami hendak pulang rumah. Ketika itu beliau sedang berbaring sambil menutup matanya. Posisi badannya berbaring ke kanan, selalunya beliau mengiring ke kiri. Malah, posisi kepala dan kakinya bertukar. Kakinya di kepala katil dan kepalanya di kaki katil. Dan beliau tidak mahu orang ramai mengganggunya. Saat itu, saya sudah berasa lain macam."Sudah sampai masa ke, lain macam je" bisik hati saya. Dan pada tanggal yang saya dah lupa tadi, atuk pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya.

Itulah saat-saat memori saya bersama atuk saya di penghujung dunia beliau. Namun, Allah masih menunjukkan banyak pengajaran walaupun beliau sudah meninggal dunia. Nak tahu lagi? Haha...rujuk di bawah.

Sambung dari selepas saya baca yasin.

Ketika itu ibu saya menangis-nangis tidak henti-henti mengalahkan anak-anak kecil. Saya turut bersimpati namun saya tidak pula nangis. Nak kata saya macho, memanglah saya macho. Kalau saya menangis pun macho. Jadi saya tiada masalah untuk menangis, hehe...Cuma dari pandangan saya apabila datangnya sesuatu kematian, kita perlu fikirkan tentang hikmahnya sperti fikir pasal saat-saat kematian kita pula, ibadat kita yang sederhana dan hubungan kita dengan Allah. Sebab itu, saya menahan air mata saya dari terus keluar dan bukan nangis tidak tentu pasal. Ibu saya tetap bersedih. Lalu, kami pun bersiap untuk pulang ke kg Melayu Subang. Ingatkan bapa saya akan membawa kami segera lebih kurang pukul 8 pagi setelah dia menjalankan kerjanya. Namun, sehingg pukul 9, dia masih tiada. Ibuku mula merengek dan menelefon kepada orang-orang yang dibawa bapa supaya tidak menyuruh bapa saya pulang ke rumah untuk membawa kami ke Subang(untuk pengetahuan, bapa saya kerja sendiri. Kerjanya mengambil dan menghantar orang, terutama budak sekolah). Ibu saya terus merengek dan memarahi bapa saya yang sedang bekerja. Saya faham bukan niatnya memarahi sesiapa, dia baru sahaja kehilangan ayahnya dan hendak menatap wajah ayahnya buat kali terakhir. Namun disebabkan bapa saya yang sedang menjalankan tugasnya, dia terpaksa menunggu lebih lama belum lagi menambah tempoh perjalanan ke Subang kira-kira 2 jam. Saya terus memujuk ibu dan menelefon bapa saya untuk segera pulang.

"Bapak tengah kerja ni, ada orang kena hantar! Nak buat macam mana, ibu kena faham".kata bapa saya sedikit tertekan.
"Tak boleh suruh orang lain hantarkan ke untuk hari ni je,lagipun kita dah lewat", balasku.
"Tak boleh! Ni budak tadika, kalo apa-apa yang terjadi susah nanti", balasnya.

Jelas sudah bapa saya bukan sengaja melambatkan keadaan. Bila difikirkan balik, ibuku harus bersabar dan betul juga kata bapa saya yang itu tanggungjawab menjaga penumpangnya(dahla budak kecik,kang kene culik ssh pulak). Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, bapa saya pulang dan kami terus bergegas pulang ke Subang. Tetapi ibu masih bersedih. Lebih kurang pukul 11.30 pagi, kami tiba di sana. Apabila masuk sahaja ke dalam rumah, ibuku terus meraung melihat jenazah arwah terkujur di ruang tamu. Mak cik-mak cik saya terus mententeram ibu. Ramai yang kasihan melihat keadaan ibuku. Di tepi suatu sudut, saya melihat sepupuku menangis sambil membaca yasin. Apa yang saya buat? Saya seronok melihat keadaan jenazah dan memerhati gelagat sepupu-sepupuku. Sudah gila ke saya nih...haha. Tujuan saya berbuat demikian adalah untuk mencari hikmah( kan dah doa pagi tadi). Orang menangis macam mana sekalipun, jenazah tetap cool je tidak menangis pun. Saya tidak gembira dengan keadaan ibu saya menangis melampau-lampau. Saya tahu dia sedih tapi sudah dijelaskan di dalam Al-Quran atau diajar rasullullah S.A.W. etika-etika ketika menziarahi jenazah. Kita perlu bersabar dan redha dengan qada' dan qadar.

Kemudian apabila jenazah hendak diusung keluar, ibu saya rebah lemah-longlai(lagi panik,org nk hantar jenazah bukan pegi hospital..hehe,kalo ibu baca jgn terase ye). Jenazah perlu dihantar ke Seremban di Makam Tn Hj Said. Sebelum itu, Mufti negeri sembilan menyuruh kami menghantar jenazah ke tarikaat untuk menyembahyangkan jenazah. Saya dikehendaki menaiki van jenazah sebagai wakil keluarga. Allah, aku memohon ampun padamu.

Dalam perjalanan tersebut, bau wangi sahaja yang sentisa menusuk hidungku. Adakah si arwah mati dalm keadaan mulia. "Ya Allah, aku malu terhadap arwah atukku, aku masih muda tapi sentiasa leka, bagaimana kelak kau mencabut nyawaku", aku menangis teresak-esak tidak dapt lagi menahan air mata.

Setibanya kami di tarikaat,masyaallah, punyalah ramai orang di sana. Mufti negeri sembilan adalah adik kepada arwah. Untung jenazah diimamkan adiknya yang juga mufti negeri sembilan, bukan itu sahaja, makmumnya juga ramai. Sungguh trpegun saya dibuatya. Itulah pertama kali saya melihat jenazah disembahyangkan sebegitu ramai. Kemudia jenazah dibawa ke makam untuk dikebumikan. Alhamdulillah, jenazah selamat sampai dan dikebumikan. Keadaan jenazah ketika hendak dimasukkan ke liang lahad juga mudah.

Keadaan ketika itu agak panas, tiba-tiba....jeng jeng jeng

Hujan mula menitik-nitik. Masing-masing mencari tempat untuk berlindung. Saya tidak berganjak. Biarlah orang yang lebih tua mencari tempat redup(konon baik le tu) Sedikit-sedikit air hujan masuk ke dalam bibir saya. Subhanallah, manisnya air hujan tersebut! Kemudian hujan berhenti. Ya Rabbi, kau turunkan hujan supaya kami dapat berasa sedikit sejuk ketika tadi kamu merungut panas. Keadaan menjadi redup dan tenang.

Nampak tidak sekalian pembaca, orang yang ketika hidupnya beramal soleh pasti keadaannya ketika hendak ditanam tidak menyusahkan orang lain. Lihat sahaja bagaimana Allah melayan jenazah yang baik daripada pendapat saya. Banyak lagi perkara baik tentang arwah ketika hendak dimandikan,dikafankan,disolatkan,diusungkan dan dikuburkan yang tidak dapat saya bercerita. Ini mungkin sedikit pengalaman yang saya lalui.

Kesudahannya, sepupu saya yang menangis tadi pulang ke rumah bersama aweknya tidak menghadiri kenduri arwah pada malam tersebut. Bukan niat saya untuk memburukkan dia tetapi seperti yang saya cakap bahawa apabila berlaku sesuatu kematian kita perlulah ikhlas melakukan sesuatu dan terimanya sebagai qada' dan qadar. Ibu saya masih bersedih.(ketahulah ibu bahawa kita akan juga meninggalkan dunia ini buat selama-lamnya)

Post kali ini mengajak pembaca agar sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki ibadat kita. Renungkanlah hikmah yang Allah beri. Sya telah mendapat banyak pengajaran. Jangan pula kita menangis macam bayi nak minta susu ketika jenazah di depan mata, tetapi bila sudah ditanam...(anda tahu apa maksud saya).

Berkat amalannya, datuk saya saya kira dapat hidup dengan baik ketika hayatnya sehingga tidak banyak menyusahkan anak-anaknya, malah ketika matipun banyak perkara yang baik berlaku. Mudah-mudahan kita pun dapat mati dalam keadaan yang amat baik.Insyaallah...

Saya bukan menentukan sesuatu, saya tidak menentukan adakah si mati itu baik atau buruk. Tetapi dari pandangan saya, sekiranya kita beramal dengan ikhlas dan sentiasa bertawakkal, insyaallah ketika saat malaikat maut hendak mencabut nyawa kita,Allah permudahkan bagi kita.

Bila Tiba Masanya kita akan bertemu dengan si Pencipta.....

No comments: