Sunday, February 14, 2010

Di mana letaknya cinta remaja?

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian,

Sebenarnya tiba-tiba tergerak hati saya untuk membuat post yang baru. Entahlah, tapi insyaalah saya akan cuba yang terbaik untuk membuat para pembaca sekalian tidak membuang masa apabila membaca post saya pada kali ini.

Tanggal 14 Februari merupakan satu tarikh yang penting dalam kalendar kepada rakyat Malaysia kerana ramai yang akan bercuti dek kerana sambutan raya cina. Namun begitu ramai juga menganggap tarikh tersebut untuk melepaskan madu asmara masing-masing sempena valentine's day. Saya amat terpikat dengan hari tersebut kerana disebabkan hari inilah banyak ruangan akhbar menceritakan tentang hari tersebut(cerita artis itu dan artis ini bersama kekasih yang tak saya bacalah). Malah ,ketika khutbah Solat Jumaat
khatib membicarakan tentang hari kekasih itu. Kelihatan di situ, para hadirin jumaat khusyuk mendengar satu-satu perkataan yang keluar daripada mulut khatib. Ini sesuatu yang menarik kerana sebelum ini belum pernah saya melihat ramai jemaah yang khusyuk mendengar khutbah di masjid tersebut. Ibu saya pula berkata kepada saya bahawa sebenarnya hari Valentine ini ialah suatu perayaan yang orang islam tidak boleh amalkan(perkara yang sudah lama saya ketahui). Lebih memalukan lagi apabila saya membaca laporan polis yang berkata tentang 4 bayi terbuang ditemui dalam masa seminggu dan kemudiannya saya menonton laporan TV3 tentang ops-ops cegah seks bebas atau entahle yang berjaya menangkap ramai pasangan yang berzina dan majoritinya golongan remaja dan penuntut IPT.

Besar sungguh impak Valentine's Day ini sebenarnya. Mari kita telusi hikmah Allah S.W.T membenarkan hari tersebut wujud sekian lama. Saya tahu banyak aktiviti untuk memboikot hari Valentine ini sebenarnya. Tapi saya tidaklah terlalu serius kerana masih mentah dalam perkara sebegini. Dan saya tidak terkejut sekiranya ada golongan yang suatu ketika dahulu membuak-buak semangat memboikot atau mengharamkan hari tersebut turut menghayati hari itu dengan melakukan perkara yang tidak sepatutnya seperti(tau-taulah sendiri). Ini kerana manusia hanya hamba yang lemah yang bergantung kepada Allah sepenuhnya .Tapi saya tidak bermaksud saya menyokong kelakuan orang sebegitu tetapi kenapa dia melakukan sedemikian dan bagaimana dia boleh terjebak. seperti yang saya sebut banyak pasangan yang ditangkap pada malam 14 Februari adalah golongan remaja dan penuntut IPT.

Di mana letaknya cinta remaja?

Adakah salah satu pasangan itu berkasih untuk memupuk cinta sebelum mendirikan rumah tangga? Cuba semak dalam Al-Quran atau mana-mana hadis yang sahih tentang soalan sebentar tadi. Kepada golongan remaja yang hangat bercinta tentu mengatakan tidak salah dan bagi golongan lain pasti ada ada jawapan mereka. Sekiranya salah, maka lebih baik dipisahkan lelaki dan perempuan dalam dua planet yang berlainan dan bila dah masa kahwin jawabnya. Begitu sepatutnya jika tidak mahu ada istilah kekasih wujud.

Kenapa Allah tidak berbuat sedemikian? dan kenapa Allah lahirkan perasaan cinta dalam jiwa hambanya? Supaya hambanya berkasih-sayang antara satu sama lain keranaNya. Umat islam ternyata banyak yang silap mengenai Islam itu sendiri. Ada yang terlalu taksub sehingga mengatakan cinta kita terletak hanya pada Allah sahaja dan tidak perlu kita berkahwin,solat dan beribadat 24 jam tanpa henti unutk mengejarnya. Memang betul cinta kepada Illahi perlu berada yang pertama dalam jiwa kita. Namun Rasulullah S.A.W pernah bertegas bahawa umatnya perlu mengikuti apa yang dilakukannya. Beliau berkahwin, mempunyai anak, bekerja,berkawan dan lain-lain lagi seperti yang dilakukan manusia biasa. Mengapa beliau tetap bertambah imannya dan tidak pernah sedikit menurun dari tempatnya pada sisi Allah? Ini kerana beliau meletakkan cintanya betul pada tempat dan waktunya.

Di mana letaknya cinta remaja?

Remaja mudah terdorong dek hawa nafsu dan terpedaya dengan hasutan syaitan. Ramai yang tenggelam seperti yang anda tahu. Syukurlah, saya dicampak ke sekolah sejenis dan tidaklah hebat gangguan nafsu. Namun demikian apabila pulang ke rumah, saya tetap dihidangkan dengan gangguan apabila keluar ataupun menonton TV. Saya mudah jatuh cinta kepada seseorang terutama yang cantik orangnya. Cinta saya hanya berputik selama beberapa minit dan sekiranya kembali ke sekolah cinta tersebut terus dilupakan.

Daripada pengalaman saya, mengapa pasangan itu berpacaran dengan cara yang tidak elok adalah kerana imannya yang rapuh. Sekiranya seseorang itu beriman ataupun terlalu cintakan kekasihnya, sudah tentu ikatan cinta smakin kukuh. Walaupun tanpa bermodalkan madu asmara ataupun hadiah, ikatan cinta akan lebih dihargai. Jika para pembaca perasan, di atas bahawa saya mudah lupakan cinta itu. Sebelum ini, saya tidak terfikir mengenainya tetapi kini saya merasakan hikmah tersebut. Apabila cinta kita kerana Allah pasti terselit banyak kebaikan. Remaja juga takut sekiranya ditinggalkan kekasih. Oleh sebab itu, mereka merasakan perlu berdating untuk tidak ditinggalkan kekasih. Walaubagaimanapun, ramai juga ditinggalkan kekasih walupun setelah berdating selama bertahun-tahun. Ada juga sanggup mengumpul duit untuk belanja makwe mereka yang lebih kaya bermacam -macam benda ditinggalkan kekasih mereka. Bukankah itu suatu kerugian. Kemudian berang dan ugut bunuh. Adakah begini sepatutnya cinta kita kepada kekasih? Sekiranya si polan tersebut mencurahkan kasihnya kerana Allah, sudah tentu dia tidak berasa kecewa kerana itu takdirnya. Bukannya kekasih itu yang memberi kebahagiaan kepadanya tetapi yang Maha Esa yang berkuasa ke atas kebahagiannya. Jika temannya mengajak melakukan hubungan yang tidak elok, tetapi dia berkasih kerana Allah alangkah gembiranya dirinya jika dia dapat menghalang perbuatan keji tersebut.

Remaja perlu sedar bahawa kita bukannya robot yang dapat melakukan kebaikan melalui cinta seperti malaikat tetapi kita adalah hamba ciptaan Allah yang istimewa. Jika kita berpegang kepadaNya nescaya syurga menanti kita. Letaklah cinta kita sebagaimana yang diunjurkan Rasullulah.

2 comments:

Az-Zahra Rosman said...

Berikan hatimu pada dia yg esa..nescaya ditemukan pemilik terbaik...wallhu'alam..

trulyidea said...

setuju dgn az-zahra rosman