Friday, February 19, 2010

Bijakkah kita 2



Alhamdullilah, setelah berehat buat beberapa seketika kali ini blog SEKADAR PANDANGAN kali ini kembali bersama idea. Susah kalau tak dikurniakan nikmat Allah.Bayangkan kalau kita tidak dapat nikmat untuk menikmati dunia. Subhanallah, Allah terus memberi nikmat kepada Truly Idea yang tak tahu malu ni. Dan sekarang Truly Idea dapat bernafas, layan lagu Shah Rukh Khan(fanatik la konon) dan menulis sesuatu untuk menyambung bahagian Bijakkah kita.

Dan kepada para pengunjung yang belum membaca siri ala novel Bijakkah kita bolehlah klik pada bahagian label Al kisah untuk fahaman yang lebih baik. Kalau yang sudah hebat, boleh juga terus baca post pada kali ini dan terus buat-buat faham.

Oklah sekarang kita terus menyambung bahagian Bijakkah kita iaitu di mana Pak Pandir telah dikelentong tahap .......(mungkin keterlaluan saya di sini). Apa pula nasib Pak Pandir selepas ditipu tiga penipu yang suka sangat menipu yang ditipu hasutan syaitan yang sejak dulu lagi menipu....(panjang la pulak).

Sampai Pak Pandir di rumah isterinya sangat terkejut ibarat terkena kejutan elektrik melihat kambing yang di bawa pulang seakan tidak percaya bagaimana Pak Pandir boleh membeli kambing tersebut lalu berkata:

"Pandir, apa ini? Betulkah kamu telah membeli kambing ini, habiskah semua duit kamu digunakan untuk membeli kambing ini?".
Pak Pandir menenangkan isterinya, dipujuknya dan diceritakan segala apa yang berlaku di pasar tadi dan diceritakan segala apa yang berlaku di pasar tadi dan di ceritakan juga tentang tiga orang lelaki tang telah memujuknya-mujuknya hingga akhirnya dia telah membeli kambing tersebut daripada mereka sambungnya:
"Mereka bertiga telah berjanji kepadaku bahawa kambing ini adalah seekor kambing yang terbaik walaupun zahirnya nampak kurus sahaja tidak seperti kambing-kanbing yang lain tetapi yang terpenting jangan tetiou dengan zahir".

Akhirnya si isteri pun merasa puas lantas bertenang. Belum sampai sehari Pak Pandir telah mendapat tahu bahawa sesungguhnya dia telah tertipu dan terasalah betapa bodohnya dia. Begitu senang sekali dia diperbodoh-bodohkan. Rupa-rupanya kambing tersebut sama sekali tidak boleh mengeluarkan susu walaupun setitik kerana ia adalah kambing jantan. Bukan setakat itu saja, kambing tersebut adalah seekor kambing yang lasak, buas dan ganas. Habis tanamn orang dirosakkannya dan apabila bertembung dengan orang ramai di jalanan habis mereka dikejarnya, baju-baju orang di ampaian habis digigitnya hingga koyak-rabak dan berbagai-bagai lagi huru-hara di buatnya. Hingga menimbulkan kemarahan orang orang kampung, mereka beramai-ramai berpakat untuk menangkap kambing Pak Pandir lalu menmyembelihnya.

Bila Pak Pandir tahu dia pun meminta maaf atas yang demikian dibawa kambingnya pulang lalu diikat di kandang. Satu hari suntuk Pak PAndir duduk termenung memikirkan nasibnya, sambil dia mencari perancangan bagaimana untuk mengajar mereka bertiga yang telah menipunya. Setelah puas berfikir akhirnya dia pun mendapat satu jalan. Maka pada keesokan pada paginya dia pun mengambil seuncang kain kosong. Kemudian diisikan beberapa keping duit emas lalu diikatkan betul-betul emas tersebut di bawah perut kambingnya. Dia pun membawa kambingnya pergi menuju ke pasar untuk mencari bertiga yang telah menipunya.

Setelah puas Pak Pandir mencari-cari mereka bertiga akhirnya bertemu juga iaitu mereka sedang duduk-duduk sambil bermain daun terup di bawah sebuah pohon rendang tidak jauh dengan kawasa pasar. Mereka sebenarnya telh ternampak Pak Pandir tetapi mereka buat tidak tahu sahaja seakan-akan mereka tidak mengenalinya.

Apabila Pak Pandir ternampak mereka terus dia menghampiri mereka lalu memeranjatkan mereka dengan berkata:

"Hei, memang betullah kata kamu semua bahawa kambing ini adalah kambing yang sangat istimewa. Ia adalah seekor kambing yang bertuah dan aku tak tahu bagaimana aku harus berterima kasih kepada kalian. Sebab apa, aku ingatkan si kambing ini akan mengeluarkan susu tetapi rupa-rupanya yang keluar bukan susu tetapi kepingan duit emas. Jadi ini sudah di luar jangkaan aku."(kedebush)

Pak Pandir mula menarik perhatian mereka. Pada mulanya mereka tidak percaya lalu serentak mereka berkata:

"Apa kamu kata Pak Pandir, kambing ini mengeluarkan duit emas. Kami tidak percaya kerana kami bukan bodoh seperti kamu. Kami tak percaya dan janganlah cuba tipu kami".

"Baiklah jika kamu tidak percaya tengok sini",jelas Pak Pandir.

Pak Pandir pun mengeluarkan sebiji mangkuk kecil dari poketnyadan diletakkan tepat di bawah uncang kain yang telah diikat di bawah perut kambingnya lalu dia pun memegang uncang tersebut seakan-seakan sedang memerah susu kambing. Kemudian dia pun mengeluarkan sekepinh demi sekeping duit emas yang telah sedia ada di dalam uncang kain tersebut dengan bijaksana. Maka jatuhlah satu demi satu wang emas tersebut ke dalam mangkuk.

Serta-merta mereka percaya lantas mereka pun berbisik sesama mereka unutk membeli semula kambing tersebut walaupun dengan harga yang mahal. Setelah mereka puas memujuk Pak Pandir bahawa mereka sanggup membayarnya dengan harga yang 10 kali ganda dari harga yang asal demi memperoleh kambing bertuah tersebut, akhirnya Pak Pandir pun bersetuju. Mereka pun terus menyerahkan duit kepada Pak Pandir. Pak Pandir pun mengambilnya dengan muka yang sedih kerana akan kehilangan kambing istimewa tersebut. Diambilnya duit itu lalu dia pun terus berjalan pulang ke rumah dengan hati yang penuh gembira kerana dia telah berjaya menipu mereka bertiga pada kali ini.

Akan tetapi dia tahu bahawa perkara ini tidak akan berakhir di sini begitu sahaja dan dia yakin akan terjadi sesuatu terjadi sesudahnya. Dalam dia berlari pulang ke rumah dia pun berfikir mencari perancangan seterusnya untuk mengajar si penipu bertiga tadi. Sampai di rumah dia pun terus memberitahu isterinya bahawa sebentar lagi akan datang tiga orang kawannya untuk makan tengah hari di rumah. Jadi dia pun meminta supaya isterinya memasak masakan yang enak-enak lalu memberikan sedikit duit untuk isterinya untuk membeli barang-barang keperluan dan dia mengingatkan isteri:

"Cepat sikit ya, jangan terlambat pula".


Bersambung......


ps: siri ini dibuat secara berperingkat agar pembaca dapat mendalami maksud setiap babak

No comments: