Saturday, October 9, 2010

kisah dulu-dulu da

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

Ini punya celita ma,sudah manayak olang dengar ma...lu kasi paham sendili la..(hehe..gurau2 je)

Friday, October 1, 2010

Hebat atau tidak?

Bismillahhirahmanirrahim,
Ya, sekali lagi kita bertemu di blog sekadar pandangan. Alhamdulillah, trulyidea kini mempunyai satu pandangan yang ingin dikongsi bersama para pembaca sekalian. Cuba para pembaca memerhatikan di sekeliling diri anda. Ada tak objek-objek keras atau yang meyakitkan? ok2...saya beri tempoh 2 saat untuk menjawab dan sekiranya anda semua tidak menjawab, para pembaca akan didenda belanja makan selama seminggu(trulyidea semakin kurus la...2 psl kne belanja makan).Hah, sudah ada jawapan masing-masing tak? Kalau masih tidak jumpa lagi objek-objek keras, ambil sahaja lap top atau skrin monitor sebagai gantinya(kalau nak la...cpt skit keje). Baiklah, sekarang cuba tumbuk objek tersebut sehingga pecah atau retak sejuta. Hahahahaha....saya pasti yang tiada sesiapa pun yang berbuat demikian, trulyidea ada mata la di mana-mana(tangan para pembaca pun tgh rilek).Ya Allah,apa yang trulyidea merepek ni?

Mengapa saya ingin para pembaca menumbuk objek-objek tersebut? Kenapa ya? Jawapannya ialah saya ingin tahu seberapa hebat diri tuan-tuan,puan-puan sekalian di muka bumi ini. Cuba renungkan apa yang saya ingin sampaikan.
Situasi yang pertama: Barangkali para pembaca mungkin mengambil objek-objek yang keras tetapi mudah pecah, dan kemudiannya apabila ditumbuk ia mudah pecah dan anda sama sekali menyangka diri sekalian sangat kuat sehingga mampu memecahkan objek tersebut.
Situasai yang kedua: Mungkin juga anda mengambil batu-batu di luar rumah(mgkn amik gigi sndri sbb dh longgar sgt) untuk mengetahui kekuatan diri. Manalah tahu jika otot-otot yang dibina di gim-gim selama berbulan-bulan sudah mampu memcahkan batu-batu tersebut. Selepas itu, anda menumbuknya dan mendapati batu-batu tersebut tidak pecah. Lalu anda berkata dalam hati

"kata kuat,tumbuk batu kecik pun tak boleh pecah...lembik la aku ni"

Jadi, di mana sebenarnya kekuatan kita ini. Hebat atau tidak sebenarnya diri kita ini? Pada mulanya kita ambil objek yang keras tetapi boleh dipecahkan denagn tumbukan kita. Tetapi situasi yang kedua pula, tumbuk berpuluh kali pun tetap dengan keputusan yang sama.Ia tetap tidak pecah.

Subhanallah,inilah corak kehidupan. Apabila kita mendapat melakukan sesuatu, kiat berasa bangga dan timbul sedikit perasaan takbur kadang-kala. Namun, sebaliknya apabila kita gagal melakukan sesuatu, baru kita sedar bahawa kita sebenarnya tidaklah sekuat mana. Cuma hamba Allah yang lemah, yang masih memerlukan pertolongan tuhannya. Kehebatan seseorang itu bukan manusia yang tentukan, tetapi Allah jualah yang berkuasa. Jika dimahukanNya, batu yang keras sekalipun tetap boleh dipecahkan kita ini. Tetapi, allah mahu kita sedar akan kehidupan kita ini. Kerana itu, Nabi Muhammad tetap merendah diri, tetap bertaubat walaupun darjatnya diangkat tinggi melampau. Kita sebagai umat islam seharusnya sedar bahawa kita tetap umat yang hebat, tetapi kita juga harus sedar bahawa Allah jualah yang terhebat.

Sunday, September 5, 2010

Kekasih...aku datang kepadamu



Bismillahirrahminirrahim.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Sesungguhnya tiada janji yang lebih baik selain dari janji pencipta kita iaitu Allah S.W.T. Wahai Kekasih,aku datang kepadamu dengan harapan agar Kau menerimaku. Saban hari aku menanti dan saban bulan aku menghitung dan berkata:

"Bilakah kau akan menerimaku?"

Aku menungu jawapan ibarat menunggu keputusan peperiksaan daripada guru yang sedang memegang kertas berlambak-lambak di atas mejanya.Tetapi aku benar-benar kecewa keputusannya tetap sama. Tiada angin yang memberitahuku, tiada hujan yang memberitahuku ataupun seseorang yang hadir kepadaku mengatakan bahawa kau akan menerimaku.

Subhanallah,
Wahai Kekasih! Adakah kau sudah terlalu membenci aku sehingga kau seperti tidak memberi petunjuk kepadaku? Adakah aku ini terlalu hina sehingga aku lemas di dalam hidupku? Atau mungkin kerana dosaku padaMu terlalu besar sehingga tiada jalan yang dapat aku lihat kembali padamu.

Ya Rahman,
Di saat aku kecewa kerana doa aku tidak dimakbulkan, lantas aku meragui akan dirku dan akan masa depanku. Impianku, cita-citaku dan segala harapanku akan hancur sekiranya doa tersebut tidak dimakbulkan.Namun, aku tetap salah. Segala urusan di dunia ini hanya milik kau Ya Rabbi.Kau berkuasa atas setiap segala-galanya dan engkau mengujiku dengan cara yang sedemikian.Ketika waktu malam,sebelum tidur aku mengharap supaya aku bersedia menghadapi cabaran disebabkan doaku yang tidak termakbul. Seperti biasa aku dengan muka selamba(baru bangun tidur la)bersiap-siap seolah-olah hendak berperang. Tapi apa yang pasti,Kau langsung tidak membuat ku resah malah Kau sebaliknya memberi aku semangat baru untuk berjalan dan melalui hidupku mengikut suruhanmu. tertanya-tanya aku:

"Mana kau campakkan segala kesedihan dan kerisauan aku itu?"

Seperti biasa tiada jawapan. Walaubagaimanapun, seolah-olah suatu benda memberitahuku bahawa:

"hei trulyidea! apakah kau tidak sedar? Apakah kau tidak percaya?Dia tidak sesekali melupakanmu dan Dia tidak sesekali menzalimi hambanya. Maka bersyukurlah akan nikmatmu dan bersabarlah atas setiap ketentuanNya."

Dalam keadaan separa sedar, betul juga kata-kata tadi. Setiap masalah pasti boleh diselesaikan dengan cara yang betul.Aku masih makan dan minum,bermain, belajar dan berfacebook(hehehe)...Dia selalu permudahkan setiap kesulitan yang kita hadapi.

Allahuakbar...Allahuakbar
Satu ketika dahulu kau campakkan aku ke dunia yang penuh bermakna bagiku. Aku masih teringat detik-detik kau campakkan aku ke sekolahku dahulu. Aku meronta-ronta meminta, memohon Kau keluarkan aku dari dunia(STAR) tersebut. Kau tahu apa yang terbaik bagiku dan butakan aku jatuh cinta padanya dan sehingga kini aku masih merinduinya. Disebabkan terlalu rindu,aku mencari-cari dunia baruku.pelbagai persoalan bermain difikiranku:

"Adakah aku dapat semula kehidupan dulu yang aku cintai?"
"Adakah kawan-kawanku dapat menerima perangai burukku?"
"Adakah aku dapat berjumpa dengan kekasihku setelah aku keluar dari dunia(STAR)ku?"

Apabila aku memohon segala yang baik bagiku. Kau menterbalikkan pula keadaan.Aku hanaya sabar menanti detik dan cuba meyakini bahawa kau ada perancangan yang lebih baik untukku. Tapi masa berganti masa,bulan berganti bulan. Bila Kau akan mengganti doa-doaku?(adei...terpakas reda jela...lgpun dosa pun berlambak.patutla doa tak termakbul)

Subhanallah, Wahai kekasihku! Kau tidak menjawab persoalanku dengan bentuk kata-kata. Kau hanya mencampakkan aku ke alam baru dan kau membuatkan aku seolah-olah kembali ke duniaku dahulu. Sememangnya aku tidak menyangka sebegitu rupa kau mebalas segala persoalanku. Ketika ini aku bersyukur kerana kau sekali lagi mencampakkan aku ke tempat yang membuatkan aku benar-benar selesa dan hampir sama sahaja di dunia lamaku. Kau tidak samakan dalam bentuk fizikal atau paras rupa tetapi kau hanya membuatkan hati aku berasa seolah-olah hidup di dunia lamaku.

Baiklah para pembaca semua. Entry pada kali ni ialah untuk menunjukkan bahawa Allah S.W.T. sangat menyayangi kita semua.trulyidea sendiri susah nak gambarkan dengan kata-kata betapa Allah sangat menyayangi hambanya.hahaha(gelak plak trulyidea)...Sila rujuk gambar di atas. Mereka kini menjadi sebahagian daripada hidup tulyidea. trulyidea tidak tahu mengapa dan kenapa. Tetapi yang pasti ialah mereka membawa trulyidea kembali ke alam yang diinginya. Senyumku,marahku dan tangisanku ialah untuk orang-orang yang pernah trulyidea pernah ketemu. Mereka hikmah segala kejadian dan trulyidea sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan orang-orang sebegini dan persekitaran sebegitu. Ketahuilah rakan-rakanku bahawa pada detik pertama pertemuan kita, aku sememangnya mahu kita bersama-sama, bergembira dan berjaya mengejar syurga Allah. Bukanlah diriku ini sangat alim ataupun bijak dalam hal agama tetapi aku telah berjumpa dengan dunia yang sanagt cantik dan sangat indah yang menjanjikan dunia yang paling indah(rugi wo tak kejar dunia camtu). Ayuh kita bersama-sama..(lu pikirlah sendiri ayat seterusnya ye)

Wahai kekasih...aku datang kepadamu...berikanlah aku peluang untuk Kau menerimaku.

Monday, June 7, 2010

"Ok la ni"



Bismillahirahmanirrahim
Syukur ke hadrat ilahi kerana sekali lagi saya dapat melangsungkan blog SEKADAR PANDANGAN. Pada kali ini, saya ingin memberikan suatu pandangan terhadap situasi yang sering kali berlaku. Stuasi yang sering kita alpa. Situasi yang boleh menjatuhkan kita dalam pelbagai cara. Insyaallah, saya akan memeberikan sdikit pandangan saya akan tajuk kita pada hari ini.

Baiklah semua, cuba kita lihat kepada beberapa situasi:

1) Adoi, sikit lagi je aku nak dapat top 10 dalam batch aku.
2) Habislah masa depan aku sekarang, SPM pun tak dapat stret a. tutup sume pintu aku nk dapat scholarships.
3) Satu apa pun scholarship tak nak aku. Jatuh la standard aku. Dah la aku pelajar cemerlang.

Ok, demikian tadi beberapa situasi daripada pengalaman saya. Cuma saya belum menghuraikan setiap kejadian tadi. Baiklah, sebenarnya post saya pada kali ini ialah untuk mengingatkan kita supaya bersyukur setiap kurniaan Allah. Saya sudah banyak kali melihat gelagat orang ramai apabila tidak berjaya mendapat apa yang dikehendakinya. Bermacam-macam ragam. Kadang-kadang saya juga tergelak kerana tidak faham kerana apa yang mereka peningkan. Tapi saya tidak bermaksud bahawa saya sendiri tidak melakukan ragam semasa hayat saya. Pernah juga. Cuma atas pengalaman yang saya peroleh, alhamdulillah sedikit-sedikit saya berjaya mengelak perkara-perkara sebegini.

Pada masa ini saya amat risau terhadap kebanyakan orang yang terlalu mementingkan status dan darjat. Tidak kiralah dalam apa bidang sekalipun. Dalam hal majlis perkhawinan, peperiksaan, pangkat, malah dalam acara-acara kanak-kanak seperti lumba lari dalam guni, lompat katak dan sebagainya. Ramai orang yang ingin mendapat yang terbaik untuk diri mereka tetapi apabila gagal mendapat apa yang dihajati, mereka mulalah melakukan aksi drama yang membuatkan orang berasa simpati(layak jadi pelakon kot). Maksud saya ialah apabila mereka gagal, mereka berbohong kepada orang lain bahawa mereka berjaya. Orang ramai mula percaya dan memberi pelbagai pujian kepadanya walhal pada keadaan sebenar, dia tidak dapat apa-apa selain dosa menipu.

Dalam keadaan lain pula, sekitar hari keputusan spm ke,PMR atau peperiksaan biasa di sekolah. Saya pasti bahawa ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan masing-masing.

"Ala, sains aku B...sikit lg je nak dapat A..Cikgu! bolehlah bagi saya A"

Mungkin situasi tadi berlaku ketika peperiksaan biasa di sekolah. Bagaimanapula ketika peperiksaan besar seperti SPM dan PMR. Bagi mereka yang berjaya, tangisan kegembiraan tidak malu dititis(kalau boleh ada kamera tangkap masuk berita harian, metro atau majalah sekolah). Bagaimana pula mereka yang tidak berjaya? Hah, inilah situasi yang masih ramai tidak nampak terutama pelajar-pelajar sekolah yang belum mengalami hari keputusan peperiksaan besar. Berjurai air mata menitis tanda kegagalan mereka. Padahal adakah mereka sedar apa itu kegagalan sebenarnya? Sebenarnya apakah yang kita hendaki pada setiap yang kita ingini? Adakah kita mahu nama kita terpampang sebagai tokoh? Ataupun meletak nama kita sebaris nama-nama yang hebat? Ataupun malu kerana keputusan yang teruk?

Masyaallah, pelbagai persoalan yang saya mahu sampaikan. Tetapi saya rasa cukuplah sedikit persoalan tadi. Bukankah kita semua sudah tahu bahawa rezeki kita hanya Allah yang berikan. Bukan cikgu kita, bukan mak bapak kita, bukan bos kita tetapi hanya yang Maha Kaya. Seharusnya kita bersyukur terhadap apa yang kita kecapi. 10 A ke,stret A+, belajar di luar negara atau apa-apa yang nampak hebat sebenarnya tidak membawa apa-apa sekiranya tiada keberkatan. Apa gunanya jika kita kaya tetapi Allah tidak meredhai. Apa gunanya jika kita cemerlang dalam peperiksaan tetapi kita meniru. Apa gunanya jika pasukan kita menang tetapi tiada sumbangan daripada kita. Apa gunanya jika kita berjaya tetapi kita sombong dan lupa pada yang Maha Berkuasa.

Ya Rabbi!
Carilah keberkatan dalam pekerjaan kita. Itulah sebaiknya, dan tiada kerugian besar jika kita mensyukuri nikmatNya. Waspadalah pada ujian yang datang dan sabarlah jika bala yang menimpa. Mungkin hari ini kita tidak dapat, tetapi sekiranya kita sabar dan tawakkal, insyaallah rezeki akan datang ibarat air terjun yang bah.

Jika sekiranya kita mendapat sesuatu dan kita kecewa. Tetap ucapkan alhamdulillah dan kemudian sebutlah secara macho "OK la ni".

Tuesday, June 1, 2010

Bijakkah kita 4

Arigato gozaimas...

Sudahkah para pembaca bersedia untuk membaca tajuk yang terhenti seketika. Insyaallah, tajuk ini saya akan habiskan dalam tempoh terdekat. Bagi para pembaca yang belum mengetahui cerita sebelum ini. Klilklah dibahagian al-kisah dan bacalah siri-siri sebelum ini.

****************************************************************************************

Tanpa berlengah-lengah lagi Pak Pandir pun terus mengambil cangkul lalu menggali-gali lubang sambil dia mengucapkan-ucapkan:

"Selamat datang wahai saudara-saudaraku! selamat datang!",
lalu sambungnya lagi:
"Rasanya kamu semua belum pernah tahu dan belum pernah dengar tentang cangkul yang ajaib lagi istimewa ini jadi hari ini aku mahu menunjukkan kepada kamu dan rasanya ini tuah kamulah kerana kamulah orang yamng pertama yang mengetahuinya. Kamu akan lihat akan betapa ajaibnya cangkulku ini!"

Mereka bertiga cuba memastikan kebenaran kata-kata pak pandir, mereka teliti benar-benar mata mereka tidak kelip melihat ke arah cangkul di tangan pak pandir.Pak Pandir terua menggali sambil menceritakan:

"Sesungguhnya cangkul ini
memang ajaib antaranya kalaulahkita berniat untuk memakan apa-apa jenis makanan yang enak-enak, kita hanya perlu menggali lubang di mana sahaja yang kita kehendaki nescaya kita akan dapat segala apa yang kita hajati kamu akan lihat hari ini."

Mula-mula mereka seakan tidak peracaya pada pak pandir kerana menyangka mungkin ditipunya lagi. Tetapi tak semena-mena apa yang dikatakan Pak Pandir tadi menjadi kenyataan. Iaitu Pak Pandir telah mengeluarkan dari beberapa lubang yang baru digalinya tadi beberapa hidangan makanan yang enak-enak. Apa lagi mereka pun terus percaya walau bagaimanapun Pak Pandir terus mempersilakan mereka untuk makan. Mereka bertiga pun makan dengan lahap sekali seperti musang yang kelaparan mendapat mangsa. Sambil makan mata mereka mencuir-cuir memandang ke arah cangkul di tangan Pak Pandir. Pak Pandir duduk berhampiran mereka sambil memerhatikan gelagat mereka dia ketawa di dalam hati hingga nak pecah perut di rasakan. Setelahagak lama mereka makan dan merasa sudah puas, sudah kenyang,Pak Pandir pun berkata:

"Memang ajaib cangkul ini kan, benar kataku tadi bukan, rasanya elok juga kalu aku hidang pada kamu buah-buahan untuk mencuci mulut"

Pak Pandir pun menggali sebuah lagi lubang dan tidak lama kemudian dia pun mengeluarkan seberkas bua-buahan anggur, apel, limau dan lain-lain lagi lalu pak pandir hidangkan kepada mereka.

Tanpa berlengah lagi mereka pun terus menawarkan harga yang tinggi kepada Pak Pandir untuk membeli cangkul tersebut lalu Pak Pandir pun bersetuju. Diambilnya duit tersebut dan diserahkannya cangkul tersebut dengan muka yang dibuat-buat sedih. Mereka bertiga pun terus mengambil cangkul tersebut dengan kemudian berlalu dari situ dengan hati penuh seronok dan gembira sekali masing-masing berkata dalam hati:

"Senanglah aku selepas ini, apa saja yang aku inginkan, aku akan memperolehinya tanpa susah-susah lagi, kalu lapar ingin makan, gali sahaja lubang."

JENG...JENg...JEng...

Nak tahu seterusnya...tunggu siri seterusnya