Tuesday, June 1, 2010

Bijakkah kita 4

Arigato gozaimas...

Sudahkah para pembaca bersedia untuk membaca tajuk yang terhenti seketika. Insyaallah, tajuk ini saya akan habiskan dalam tempoh terdekat. Bagi para pembaca yang belum mengetahui cerita sebelum ini. Klilklah dibahagian al-kisah dan bacalah siri-siri sebelum ini.

****************************************************************************************

Tanpa berlengah-lengah lagi Pak Pandir pun terus mengambil cangkul lalu menggali-gali lubang sambil dia mengucapkan-ucapkan:

"Selamat datang wahai saudara-saudaraku! selamat datang!",
lalu sambungnya lagi:
"Rasanya kamu semua belum pernah tahu dan belum pernah dengar tentang cangkul yang ajaib lagi istimewa ini jadi hari ini aku mahu menunjukkan kepada kamu dan rasanya ini tuah kamulah kerana kamulah orang yamng pertama yang mengetahuinya. Kamu akan lihat akan betapa ajaibnya cangkulku ini!"

Mereka bertiga cuba memastikan kebenaran kata-kata pak pandir, mereka teliti benar-benar mata mereka tidak kelip melihat ke arah cangkul di tangan pak pandir.Pak Pandir terua menggali sambil menceritakan:

"Sesungguhnya cangkul ini
memang ajaib antaranya kalaulahkita berniat untuk memakan apa-apa jenis makanan yang enak-enak, kita hanya perlu menggali lubang di mana sahaja yang kita kehendaki nescaya kita akan dapat segala apa yang kita hajati kamu akan lihat hari ini."

Mula-mula mereka seakan tidak peracaya pada pak pandir kerana menyangka mungkin ditipunya lagi. Tetapi tak semena-mena apa yang dikatakan Pak Pandir tadi menjadi kenyataan. Iaitu Pak Pandir telah mengeluarkan dari beberapa lubang yang baru digalinya tadi beberapa hidangan makanan yang enak-enak. Apa lagi mereka pun terus percaya walau bagaimanapun Pak Pandir terus mempersilakan mereka untuk makan. Mereka bertiga pun makan dengan lahap sekali seperti musang yang kelaparan mendapat mangsa. Sambil makan mata mereka mencuir-cuir memandang ke arah cangkul di tangan Pak Pandir. Pak Pandir duduk berhampiran mereka sambil memerhatikan gelagat mereka dia ketawa di dalam hati hingga nak pecah perut di rasakan. Setelahagak lama mereka makan dan merasa sudah puas, sudah kenyang,Pak Pandir pun berkata:

"Memang ajaib cangkul ini kan, benar kataku tadi bukan, rasanya elok juga kalu aku hidang pada kamu buah-buahan untuk mencuci mulut"

Pak Pandir pun menggali sebuah lagi lubang dan tidak lama kemudian dia pun mengeluarkan seberkas bua-buahan anggur, apel, limau dan lain-lain lagi lalu pak pandir hidangkan kepada mereka.

Tanpa berlengah lagi mereka pun terus menawarkan harga yang tinggi kepada Pak Pandir untuk membeli cangkul tersebut lalu Pak Pandir pun bersetuju. Diambilnya duit tersebut dan diserahkannya cangkul tersebut dengan muka yang dibuat-buat sedih. Mereka bertiga pun terus mengambil cangkul tersebut dengan kemudian berlalu dari situ dengan hati penuh seronok dan gembira sekali masing-masing berkata dalam hati:

"Senanglah aku selepas ini, apa saja yang aku inginkan, aku akan memperolehinya tanpa susah-susah lagi, kalu lapar ingin makan, gali sahaja lubang."

JENG...JENg...JEng...

Nak tahu seterusnya...tunggu siri seterusnya

2 comments:

Mohammad Aiman said...

nak jadi novelis ka?

haha

trulyidea said...

penulis je..novelis tu tggi sgt