Tuesday, April 27, 2010

Mari Membaca


Bismillahirahmanirrahim.

Siapa yang belum pernah melihat atau terserempak dengan ayat di atas? Huish, ramai juga yang jumpa(firasat trulyidea). Siapa yang tidak mengetahui maksud ayat di atas? Jika anda tidak tahu sila turunkan tangan anda sampai mencecah lantai. Sekiranya pula anda tahu sila angkat tangan anda sehingga keluar aroma-aroma yang mengasyikkan daripada ketiak anda. Alhamdulillah semua tidak tahu sebab tiada seorang pun yang angkat tangannya( saya yakin tidak ada pembaca yang angkat tangan). Kalau para pembaca angkat tangan tadi sudah tentu trulyidea akan pengsan disebabkan wangian ketiak anda.

Bagusnya kalau para pembaca tidak mengetahui ayat di atas. Mari cikgu trulyidea tunjukkan. Sekarang sila buka buku teks agama. Sebentar. Kenapa para pembaca tidak membuka buku teks agama?( trulyidea merasakan bahawa para pembaca sungguh malas dan tidak mengambil buku teks agama masing-masing, mungkin buku tersebut yang malas berjumpa dengan para pembaca kerana jarang berjumpa). Tidak mengapa, kita gunakan cara yang lain pula.

Maksud ayat di atas ialah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Saya yakin bahawa semua pembaca blog SEKADAR PANDANGAN ini tahu maksud ayat itu. Cuma sebab kenapa saya membuat pendahuluan yang panjang ialah kerana ramai yang tahu bismillah tapi ramai yang tidak faham mengenai bismillah. Ramai yang tidak mengamalkannya. Jadi mulai selepas ini, marilah kira beramai-ramai mengamalkan bismillah sebagai amalan tetap kita.

Ada si polan berkata:

"Husih, bagaimana nak buat?"

Mudah sahaja. Bermula daripada bangun tidur bacalah bismillah sesudah bangun. Ketika hendak memulakn langkah ke bilik air bacalah bismillah. Kemudian ketika hendak memakai pakaian anda yang serba moden lagi menawan itu bacalah bismillah. Juga sebelum bersarapan, menonton tv dan lain-lain lagi. Mudah sahaja kan. Dengan hanya sekali sebutan, selepasnya buatlah sebarang kerja anda. Lebih baik disertakn dengan doa tetapi bagi golongan yang tidak tahu seperti trulyidea ini, membaca bismillah sudah cukup(hehehe...adoi, kantoi tak tahu baca doa,doa makan bolehla). Sekiranya anda gugup untuk berjumpa seseorang, mulakan bismillah agar hati dapat ditenangkan. Moga-moga anda terlindung daripada sebarang kemungkinan. Lebih-lebih lagi kepada kaki online 24 jam(contohnya para pembaca, tidak habis-habis mengadap skrin menatap facebook, blog dan lain-lain yang sama dengannya...hehehe...trulyidea pun sama sahaja). Tidak salah, tetapi biarlah sesuatu pekerjaan mendapat berkat dan moga-moga amaln kita diberkati Allah. Itu yang penting. Kalau anda mampu menulis pada setiap komen dengan menulis bismillah, subhanallah elok sangat-sangat. Jangan pula membaca bismillah kuat-kuat ketika 'melepas'. JANGAN sama sekali!!!

Besar makna dan hikmah dari sebutan bismillah. Cuma kita hamba Allah yang bangan lg *****(saya pakai tekan je dan tak tau nk ckp ape..hehehe) yang tidak mengetahui kebesaran ayat tersebut. Perhatikan setiap kejadian, adakah kita yang menjadikannya? Adakah kita mencipta diri kita sendiri atau adakah kita yang mencipta pokok yang merimbun? Tidak bukan. Segala isi alam ini adalah milik Allah S.W.T. Kita semua bergantung padanya dan tidak elok jika kita tidak mengharapkan keberkatan daripada Yang Maha Kuasa. Bacalah bismillah pada setiap pekerjaan kita. Insyaallah, keberkatan akan datang. Ingin sahaja saya menceritakan kisah-kisah menegenai bismillah, tetapi belum ada masa lagi nak diceritakan. Kalau hendak disambung pada post ini, memang lambat hendak habis dan boleh buat buku kecil untuk kanak-kanak.

Apalagi, jom bernasyid:

Dimulakan dengan bismillah....

Disudahi dengan Alhamdulillah...

Disebabkan suara trulyidea terlalu merdu, biarlah para pembaca yang sambung sendiri. trulyidea sangat risau sekiranya tercalon dalam anugerah juara lagu dalam kategori vokal.( saya melalut di sini)

Insyallah, kita berjumpa lagi.

4 comments:

adilah rahman said...

wek. konon. best la blog ko~~

trulyidea said...

dpr dgr suara truly idea ke? dia baca bismillah sebelum nyanyi...

Az-Zahra Rosman said...

alhamdulillah..act bismillah blh jd penawar mcm2 pnyakit..time kasih atas ingatan.. :)

trulyidea said...

setuju pendapat az-zahra rosman...kuasa bismillah