Thursday, April 15, 2010

AYUH!!!


Assalamulaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, setelah lama berehat trulyidea kini kembali bertenaga dan bersedia mengupdate blog SEKADAR PANDANGAN yang telah dijejaki sawang-sawang spiderman, ataupun saudara-saudaranya yang hebat membina sawang.(minta maaf ye encik spiderman kalau anda terbaca)

Insyaallah, entry saya pada kali ini adalah untuk berbincang sedikit pandangan yang saya perolehi tentang dunia kita yang fana ini. Adakah kita berasa terjamin dengan dunia kita ini akan dibalas dengan dunia yang serba bagus di akhirat kelak? Adakah kita layak masuk syurga kerana kita umat islam? Adakah patut kita menghina kafir-kafir yang tidak memeluk islam hanya kerana mereka tidak memeluk islam dan hanya menyembah bukan kepada Allah yang maha esa?

Ayuh!!! Ayuh!!! Ayuh!!!

Ya Rahman,Ya rahim.....

Ayuh kita berubah. Sudah lama keindahan islam tidak bertapak. Sudah lama islam tidak ditonjolkan. Mahukah kita kembali kepada zaman jahiliah yang serba bodoh itu? Sudah tentu kalian akan katakan tidak mahu kerana memang kita tidak suka akan perkara-perkara sebegitu. Namun, dalam kita tidak sedar sebenarnya kita sedang melangkah kembali ke zaman itu.

Sebenarnya trulyidea ingin mengajak para pembaca sekalian menunjukkan kepada selruh manusia agar kita menunjukkan bagaimana islam itu sebenarnya. Jika kita perhatikan umat islam pada hari ini, mereka mendaftar diri mereka pada agensi pendaftaran negara dengan agama islam. Tetapi sebenarnya mereka tidak mereka langsung tidak menunujukkan islam itu. Tidak hairanlah wujud video-video,kartun-kartun dan cerita-cerita yang menghina islam. Kenapa saya mengatakan begitu? Kerana apa yang orang bukan islam gambarkan tentang orang islam adalah perwatakan umat islam itu sendiri. Saya bukan mengatakan 100% peratus umat islam adalah sebegitu, masih ada lagi yang sedang menyemai dan terus mempertahankan islam. Masih ada lagi yang walaupun ditimpa kesusahan dan kesulitan hidup tetapi mereka tetap berkata:

"Islam agamaku! Allah tuhanku! dan Rasulullah nabiku! Tiada sesiapa yang boleh menghalangku dari menyintai islam dan kenapa aku terus cinta pada islam ialah kerana aku melihat keindahan di dalam islam dan itu lebih berharga dari dunia ini"

Subhanallah...adakah kita tergolong dalam golongan ini? Sudahkah anak mata kita melihat keindahan islam? Sudahkah kita jatuh cinta pada islam? Adakah ketika senang pun kita tetap melihat islam? dan adakah kita tidak akan berpaling dari islam ketika susah? terpulang kepada para pembaca untuk menilai diri kita sendiri.

Ayuh kita tunjukkan islam bagaimana rupanya supaya orang-orang kafir terbuka hatinya untuk memeluk islam dan supaya kita terus bersama islam. Dan moga-moga selepas ini hati kita tiada keraguan akan kesucian islam dan tidak sama sekali menoleh kebelakang.

No comments: