Thursday, May 13, 2010

Bosannya!!!!!


wajah-wajah masa depan negara

Alhamdulillah dan selamat bertemu kambali. Pada hari ini blog SEKADAR PANDANGAN akan meyuarakan pandangan yang terbaru. Sudah beberapa lama trulyidea tidak menyampaikan sesuatu kerana saya sibuk memerhatikan makhluk-makhluk Allah. Maksud trulyidea ialah beliau asyik dan terpesona dengan telatah rakan-rakan,adik-adiknya mahupun kenalan barunya.

Baiklah, trulyidea mahu membincangkan perkara yang agak serius dalam kalangan pembaca. Sesuatu yang selalu kita leka dan dianggap remeh. Walhal, sebenarnya perkara yang remeh inilah yang boleh menjatuhkan kita dalam apa jua keadaan sekalipun.

Alhamdulillah(nampaknya para pembaca mula serius,hehe).

Mari kita lihat beberapa dialog yang selalu kita dengar.Jadi,lihat di bawah.

1-"Makin aku bukak fb,makin bosan jadinya"
2-"Bosanlah takde kerja"
3-"Bosannya hari ni, mane semua orang pergi"
4-"Bosannya duduk rumah"

Ok, sudah cukup rasanya. Kalau nak ditulis kesemuanya, maka kamus la jadinya blog ini.hehe...Baiklah, sudah kita renungkan tadi beberapa ayat yang selalu kita dengar. Tidak kiralah di mana sekali pun, di facebook ke,blog atau dalam dunia realiti sendiri. Perkataan bosan menjadi satu wabak bagi golongan hari ini. Mengapa saya melabel bosan sebagai satu wabak?haha..mari kite telusuri tajuk pada hari ini secara teliti dan berhikmah.

Baiklah, begini. Adakah kita sudah cukup puas untuk berada di dunia ini? Tidak bukan. Sudah tentu ramai yang masih mahu terus hidup di dunia ini. Mungkin faktor-faktor kemewahan dunia mengaburi mata dan terus menutup hati. Disebabkan itu, maka perkataan 'bosan' menjadi ayat yang popular mengalahkan datuk Shah Rukh Khan atau trulyidea sendiri(perasan la pulak). Salah 1 sebab mengapa kita tidak boleh berkata bosan adalah kerana bosan bererti kita tidak bersyukur kepada nikmat yang Allah berikan. Cuba para pembaca renungkan sambil menghantuk kepala di dinding(hehe,jangan buat...gurau je), adakah kita layak mengatakan bosan? Jika pada satu hari nanti Allah berikan musibah atau ujian yang berat, masih kita ingatkah pada hari yang kita bersenang lenag dan mengatakan bosan. Pernahkah kita terfikir bahawa saudara-saudara kita di Iraq, Afghanistan malah serata dunia yang sekarang sedang mencari keselesaan dan ketenteraman, manakala kita yang sedang bersenang-lenang mengatakan 'bosannya'.

Subhanallah, Ya Allah tunjukkan kami jalan ke pangkuanmu.

Allah mencipta dunia bukan untuk satu perkara malah Allah jua yang tahu apa tujuan sebenarnya hidup ini. Disebabkan itu, kita dikurniakan akal maka dengan akallah kita berfikir atas apa kewujudan hidup kita ini. Ramai hamba Allah silap menggunakan akal.Lihatlah pada meraka yang tidak berfikir. Mereka bosan akan hidupnya,bosan akan tiada kerja,bosan akan hidupnya yang tidak berubah. Oleh itu, mereka melakukan sesuatu yang tidak munasabah contohnya menagih dadah, gay, lesbian malah ada yang cuba membunuh diri. Kenapa begitu agaknya? Sudah tidak tahu bersyukur ke? Dah jamin tempat di syurga ke?

Seelok-eloknya gunalah masa yang ada dengan perkara yang berfaedah. Penuhkan ilmu di dada, kemudian kita baru tahu betapa agungnya kekuasaan Allah yang Maha Besar. semasa zaman rasulullah dahulu, para sahabat tidak jemu menimba ilmu dan tidak jemu beribadah.Padahal masa mereka sangat suntuk dan sibuk. Mereka tidak bosan akan hidup mereka. Begitulah kita patut contohi mereka.

Ingat lagi lagu 'demi masa'?(kalu tak ingat meh trulyidea nyanyi)

Demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan yang beriman dan yang beramal soleh..muda sebelum tua, kaya sebelum miskin,LAPANG SEBELUM SEMPIT.....jika ketika kita lapang, kita tidak tahu apa yang perlu dibuat, maka ketika susah lagi besarlah padahnya.

MArilah kita bersyukur atas segala perkara yang Allah berikan kepada kita. Buangkanlah perkataan 'bosan' dari kamus hidup kita. Jika berasa bosan, anggaplah kita sudah lupa pada ilahi. KEKASIH kita mahu kita mengingatinya. Biarlah sehingga akhir hayat hidup kita penuh dengan berkat..Amin.

2 comments:

syakira _508 said...

pffft..rasa mcm kena atas batang hidung plk..
ok..ok..betul jgk..tak pernah plk terpikir sebelum ni..Thanks.

trulyidea said...

haha..ye ke? tp ni bukan untuk ditujukan pada sesapa..hanya ingatan sahaja