PENGUMUMAN PENTING:
ESOK BERSAMAAN BERAPA BULAN ENTAH DUNIA BAKAL DIGEGARKAN DENGAN PERKAHWINAN 'trulyidea' PENGARANG BLOG SEKADAR PANDANGAN BERSAMA Ehem2....OLEH ITU PARA HADIRIN DIJEMPUT UNTUK BERSAMA-SAMA DITIPU OLEH PENGUMUMAN INI,WAKAKA.....
Amboi-amboi! Sungguh perasan ya si trulyidea. Teringin benar ke nak kahwin sekarang. Hurm, kalau nak ditipukan hati, memang ada hajat tersebut. Namun pada dasarnya dan keadaan semasa, saya amat tidak berminat untuk berfikir soal-soal kahwin. Mungkin saya rasa tubuh badan saya yang comel,corak pemikiran saya ini belum sesuai untuk berfikir soal-soal berkaitan dengan perkara ini. Sejak berada di alam sekolah menengah saya kurang berfikir perkara-perkara berkaitan percintaaan(chewah, ayat xleh blah). Saya banyak membuang masa atau kata nama lain meluangkan masa memikirkan perkara-perkara berkaitan dengan pelajaran, displin, sukan dan perkara-perkara yang penting semasa berada di STAR(di sini anda mesti dapat tangkap bahawa saya sememangnya seorang pelajar yang berdedikasi,bertungkus-luus untuk memajukan negara). Walaubagaimanapun saya tidak nafikan perasaan cinta turut membibit hati saya sendiri. Tapi kepada para peminat jangan risau, trulyidea masih 'single' dan kepada yang berminat bolehlah beratur di kaunter...hua3. Haha,baiklah sebelum saya terus mengarut, kita teruskan dengan ideologi atau sumpahan blog SEKADAR PANDANGAN kali ini....wahahaha(mcm scary jugak la bunyinya).
Sebenarnya saya terjumpa suatu artikel yang saya kira menarik perhatian saya teramat. Dia menceritakan tentang cinta dalam diam. Hurm, saya pada awalnya memang malas untuk membaca dek kerana bangun lewat tetapi akhirnya saya habiskan juga sebabnya artikel tu mempunyai gaya bahasa yang menarik dan isinya sungguh baik sekali. Mari saya tujukkan apa yang saya dapat:
________________________________________________________________________________
CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥
Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way
“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
_________________________________________________________________________________
Hurm,begitulah coretannya. Saya rasa cinta dalam diam memang seronok sebab kita dapat mengenali hati si dia yang kita suka dengan lebih dalam. Saya tidak fasih dalam bercinta terbuka tetapi saya amat fasih dengan cinta secara diam(hehe, kantoi suda). InsyaAllah kepada mereka yang nak tips-tips berkaitan cinta secara diam ni bolehlah melayari trulyideajustshare.blogspot.com dan bertanyakan kepada trulyidea..haha.Semua tu gurauan semata-mata.
Sunday, October 16, 2011
Soksek Soksek
Okay,Assalamualaikum dan apa khabar semua?? Saya harap anda semua sihat-sihat belaka. Jadi sebelum itu saya hendak memohon maaf kerana tidak banyak mengupdate blog ini.hehe...Puncanya saya ada beberapa masalah yang sememangnya tidak dapat dielakkan contohnya menjaga bini dengan baik,membina sebuah negara yang bertamadun, berlakon dalam cerita-cerita Shah Rukh Khan..Oppss,Datuk Shah Rukh Khan.hehe..Baiklah, kali ini saya tidak tahu apa sebenarnya apa yang saya nak kongsikan bersama anda semua. Saya yakin ilmu para pembaca semakin bertambah-tambah. Maklumlah setelah sekian lama, sibuk membaca sana sini,belajar sana-sini dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, moga-moga apa yang anda lakukan terus diberkati dan berterusan,insyaAllah.
Hurm, saya benar-benar buntu ni nak tulis apa. Tapi jangan risau trulyidea mempunyai kemahiran tersendiri iaitu idea datang bergolek-golek. Maklumlah, otak tengah fresh dan macam-macam yang boleh dikongsi. tapi sebelum itu, saya rasa baik saya bercerita sedikit tentang latar belakang saya. Saya tahu saya seorang pelakon terkenal dan sering mendapat perhatian..(wakakaka..sungguh perasan) dana saya memohon maaf kerana saya tidak suka memberikan nombor telefon kepada lelaki yang cuba mengurat saya dan saya amat berkenan sekiranya para tuan-tuan dan puan-puan mempunyai calon yang baik untuk saya,bolehlah meninggalkn nombor di ruang komen,insyaallah saya akan memberi maklum balas(cukup2 la mengarut trulyidea oi)...haha..itu semua gurau semata-mata. Baiklah, saya perkenalkan dengan nama saya dahulu. Nama saya ialah .........................bin Abdul Samat.hehe,terpaksa dirahsiakan tetapi saya amat berkenan dengan gelaran yang diberikan oleh diri saya sendiri iaitu 'trulyidea' yang menunjukkan saya mempunyai idea yang baik tetapi bukan tujuan untuk mem'bajet' tetapi cuma cara saya perkenalkan diri di mata orang ramai sahaja. Saya rasa lebih baik sekiranya para pembaca tidak mengenali nama saya, ada juga yang tahu, tapi harap kepada semua supaya memanggil saya dengan panggilan tersebut berbanding dengan nama sebenar saya(gimme 5 kpd sesiapa yang menyokong). Okay, saya dilahirkan di ibu kota tersibuk di Malaysia iaitu Kuala Lumpur atau kata nama lain 'KL'. Sebaik sahaja saya dilahirkan,maka tertulislah bahawa saya merupakan anak yang ke-10 kepada pasangan Abdul Samat bin Utar dan Kasmas binti Naim(walweh,ingat kesemua nama tu). Setahu saya sekarang saya mempunyai adik-beradik di mana jumlah keseluruhannya ialah seramai 13 orang(10 boys and 3 girls). Ha,terkejut tak??Mesti ada punyala yang terkejut dengan nombor besar tu. Memang adik-beradik saya ramai, namun hakikatnya ialah saya merupakan anak angkat kepada pasangan Rosli bin Alias Dool dan Marhamah Binti Haji Wan Abdullah. Apa lagi eh, seterusnya dalam 'family' angkat saya saya cuma ada dua 2 orang adik beradik sahaja iaitu saya sendiri dan abang saya yang amat brutal. Beza umur kami sedikit ketara di mana dia sudah berumur 27 tahun dan saya baru menginjak 16 tahun(sah2 menipu,19 sebenonye).
Kemudiannya, kami(family angkat) tinggal di Melaka. Tapi agak malangnya ialah saya tidak berapa kenal dengan negeri saya membesar. Semasa saya kecil, saya banyak berjalan-jalan atau bersiar-siar tetapi tak tahulah di mana silapnya saya tidak banyak menghafal lokasi-lokasi menarik di Melaka. Saya dibesarkan dalam keadaan yang baik bukan bermaksud family saya kaya-raya tetapi penuh dengan rezeki,alhamdulillah. Susah perit kehidupan saya rasai bersama keluarga saya. Bermacam-macam yang boleh dikatakn dari itu ke ini dan ini ke itu. Cukup menceritakan mengenai family saya saya hendak bercerita pula mengenai lata berlakang pendidikan saya. Okay,seawal 5 tahun saya telah dihantar ke tuisyen bernama'ape ntah'(siyes dah lupe). Sejak itu saya rasa bidang pendidikan saya bermula secara formal. Saya masih ingat lagi ketika itu saya seperti kanak-kanak comel yang lain mengikut punggung mak bapak dan didaftar secara paksa..haha. Masa itu, saya diam sahaja(tanda redha kot xpon blur sgt2), dan mengikut kata-kata orang-orang tua. Kebetulan ketika itu, ada seorang saudara saya juga yang belajar di situ, Tidak silap saya umurnya tua 3 tahun begitulah. Dan secara logiknya saya memang tidak sekelas dengan dia jadi tiada tempat bermanja(alololo...). masih lagi terngiang-ngiang di beank fikiran saya persekitaran waktu itu. saya dikelilingi orang-orang yang hampir 100% berbangsa cina. Bila mereka ber'speaking'(bhse cina) saya memang buntu dan langsung tidak mempunyai idea tentang apa yang mereka bercakap. Saya pun hairan kenapalah saya dihantar ditempat sebegini,dahla 2 kali seminggu lepastu bahasa pelik-pelik pula saya jumpa. Tetapi saya rasa di situlah tempat atau asas saya mempelajari bahasa inggeris dengan kuat. Hurm, tuisyen itu hanya untuk mempelajari bahasa inggeris sahaja. Alhamdulillah, banyak manfaat yang saya dapat seperti belajar dengan bangsa lain walaupun di sekolah saya majoritinya berbangsa sama dengan saya. Jadi, medium yang digunakan untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan berbangsa lain ialah dengan menggunakan bahasa inggeris. Saya kira pengalaman tersebut sangat menarik sebabnya saya berjumpa dengan bermacam-macam orang dan yang paling penting sekali cara saya berkomunikasi dengan orang lain.
Okay,cukup bercerita mengenai latar belakang saya. Saya ingin menceritakan tentang apa tujuan saya,hala tuju saya dan mungkin sedikit info mengenai diri saya(wah,untunglah kalian tahu macam-macam ye). Tujaun saya membuat blog ialah tidak lain tidak bukan berkongsi pandangan saya. Saya mula terjebak dengan dunai internet ini sekitar tahun 2006. Pada masa itu, kami pelajar tingkatan 2 dibenarkan ke cyber cafe(CC). Pada masa itu, saya mengenali sedikit tentang dunia internet dan cara-cara menggunakan komputer. Namun, saya tidak berminat untuk membuka akaun myspace,frenster dan lain-lain lagi yang popular sezaman dengannya. Saya menganggap dunia internet amat melalaikan dan banyak pengaruh buruk. Sehingga saya tamat SPM, lebih kurang 2 bulan selepasnya, saya berminat untuk mengisi masa lapang dengan membaca ruangan-ruangan di internet. Saya kira"well,not bad if we use it in a good way". Pada masa itu juga saya membaiki komunikasi saya dalam bahasa inggeris. Seperti biasalah,apabila kita sibuk klik sana-sini bermacam-macam benda yang keluar. Lalu saya terjumpa blog-blog kenalan saya,cikgu-cikgu saya dan ramai lagi orang-orang yang hebat. Ketika itu, saya tidak terdetik pun untuk membuat blog tapi saya amat 'impressed' dengan hasil nukilan blog-blog yang bagus isinya. Dan setelah sekian lama, barulah saya membuka akaun blog secara rasminya. Saya masih ingat lagi ketika saya membuka akaun ini,saya berfikir tentang niat saya untuk ber'blogging' dan saya niatkan agar blog ini berguna kepada orang ramai dan yang palin penting sekali diri saya sendiri. Saya tidak mengharapkan jumlah 'followers' yang ramai tetapi saya mengharapkan pembacaan daripada 'junior-junior' saya di STAR. Walaupun kami tidak lagi bersama, saya rasa menjadi tanggunjawab bagi diri saya untuk terus berkongsi ilmu dengan mereka. Jadi, secara langsung menjadi perkongsian bersama orang-orang lain. Saya amat berterima kasih kepada mereka yang sudi menjenguk blog yang tidak seberapa ini. Setiap kali saya membuka blog ini,saya gemar memerhati blog-blog orang lain. Alhamdulillah, macam-macam ilmu yang saya perolehi dan saya mengucapkan terima kasih kepada 'blogger-blogger' tersebut. InsyaAllah, saya yakin dengan cara ini pertukaran idea dapat dilakukan dan manfaat besar sekiranya tujuan yang kita lakukan ialah demi kuasa paling besar Allah S.W.T. Kadang-kadang juga saya berasa amat kerdil untuk berkongsi sesuatu namun saya menggagahkan diri untuk terus berkongsi bersama para pembaca semua. Saya bukanlah ahli agama ataupun orang yang arif sepenuhnya tentang ilmu islam. Tetapi insyaAllah, ilmu yang saya pelajari akan cuba dikongsikan secara baik dan bijak sana bersama para pembaca semua. Saya suka apabila post-post saya kelihatan santai ,sebabnya ialah saya rasakan para pembaca lebih selesa dengan post yang santai dan penuh dengan coret-coret. Kadang-kadang saya suka merepek...haha...tetapi bukanlah saya sengaja berbuat demikian ,cuma tiba-tiba terlinats di fikiran. Saya mohon maaflah bagi sesiapa yang merasakan blog SEKADAR PANDANGAN tidak sesuai untuk tatapan. InsyaAllah, apa yang saya cuba kongsikan bukan sekadar ilmu tetapi saya cuba terapkan terus di dalam hati para pembaca.
Saya rasa cukup sahaja di sini. Nantikan 'entry' yang seterusnya..;-)
Wednesday, October 5, 2011
Astro pon hadap kiblat??
INFO : MENGAPA PIRING ASTRO MENGADAP KIBLAT?
Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?
KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya
Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..
Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?
KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya
Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..
*Ini cuma share daripada seseorang
Labels:
Pembinaan Hati
Tuesday, October 4, 2011
Itu Hak Kau...
Berbicara soal hak. Apa yang anda tahu mengenai hak?Hak boleh merujuk kepada kebebasan seseorang atau kepunyaan seseorang. Kali ni trulyidea hendak menyampaikan satu pandangan mengenai hak iaiatu hak Allah terhadap kita. Setelah sekian lama jari jemari saya dapat menekan-nekan butang papan kekunci untuk berkogsi bersama para pembaca. saya bukannya orang yang banyak ilmu namun saya mahu dan sudi berkongsi bersama semua apa yang saya rasa,dapat dan perolehi selama ini. Alhamdulillah pada hari ini saya telah mendapat satu jawapan untuk menyelesaikan masalah saya. Okay untuk tidak mngubah topik akibat kisah sedih saya kita terus kepada tajuk diskusi kita.
Saya senaraikan 3 benda utama hak-hak Allah kepada kita.
1- Hidayah
2-Rahmat
3-Rezeki
Perhatikan pada diri kita dan cuba bertanyakan pada diri sendiri adakah kita mempunyai ketiga-ketiga perkara di atas? Itulah hak yang utama yang perlu ada pada diri kita untuk menjadi hamba Allah yang berjaya. Sedar atau tidak,hak-hak tersebut itu bukanlah semudah gosok gigi(haha..lawak bangang x menjadi). Ramai yang menerima tetapi berapa ramai yang dapat bertahan. Ramai yang insaf kembali menjadi daif,bodo. Ada juga yang apabila disampaikan pesanan menjadi pekak,buta,tuli(tidak menerima islam). Bersyukurlah kepada Allah kerana kita masih dikurniakan hak-hak tersebut.
"Ya Allah,janganlah engkau mengambil hidayah daripada kami setelah Engkau memberikannya kepada kami"
Labels:
Pembinaan Hati
Monday, October 3, 2011
A Favourite Quotation
WE ARE NOT WHAT WE EAT
BUT
WE ARE WHAT WE READ
It means that reading increases our knowledge. Well then, with a great knowledege we will become a great human. So everybody,lets get start reading and show people who really we are.;)
Labels:
Pembinaan Hati
Subscribe to:
Posts (Atom)



