Thursday, November 18, 2010

Aku sedar kau KAWANKU yang terbaik

Bayangkan anda di sebuah majlis ceramah yang membincangkan tajuk-tajuk yang hangat sibuk diperkatakan di Malaysia. Para audien pada awalnya bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mendengar ceramah tersebut(mungkin tajuk ceramah tersebut menarik ataupun saja2 buat bersungguh-sungguh untuk elak penceramah terasa tiada orang mendengar ceramahnya...hehehe..). Kemudian seperti dijangka para audien si sebelah belakang mula menggelongsor ke bawah kerusi dan memulakan pertarungan 'SIAPA LAGI CEPAT TIDUR'. Pihak audien di sebelah hadapan pula berasa sungguh cemburu dan memulakan pakatan tidak rasmi untuk berlawan dengan pihak audien di sebelah belakang(bahaya ni...boleh jadi perang saudara plak). Pihak sebelah hadapan melancarkan serangan mereka. Mereka terus membaringkan diri di atas pentas ceramah dan hanya membuat 'dek' kepada penceramah. Sungguh muka mereka seperti tembok...tak tahula apa nak dikatakan...hahaha. Lantas penceramah mula sedar bahawa ceramahnya seperti buaian yang membuatkan audien semakin lena. Sedih hatinya lalu dia lari ibarat larian 800m ke keretanya yang berwarna merah(hentam sajala...). Tirai dilabuhkan.......Dan tanpa disangka-sangka, aura lelaki yang hebat mula muncul. Para audien mula tersentak akan kehadiran aura tersebut. Tirai dibuka dan alangkah terkejutnya mereka dengan kemunculan 'TRULYIDEA'. Lalu semua menjerit keseronokan 'trulyidea....trulyidea'(muahahahaha....perasan lebih)

Cukuplah dengan pembukaan melampau-lampau tadi. Hanya sebagai pembuka selera bacaan sahaja. cuba lihat gambar di bawah,comel bukan? Inilah adik-adik saya di rumah...(dah2 la trulyidea,bnyk merepek plak)



Alahmdulillah, kita dapat bersua lagi di blog SEKADAR PANDANGAN. Entry pada kali ini saya ingin membincangkan satu keadaan di mana ramai orang pernah lalui. Insyaallah, saya tidak pasti berapa panjang entry ini tetapi saya akan cuba memendekkan sebaik mungkin agar para pembaca mendapat input yang sebaiknya.

Pernahkah para pembaca mempunyai kawan baik? Ya, saya yakin ramai di antara anda semua mempunyai kawan baik. Merekalah orang yang berbuat baik dengan anda(kalau tidak bukan kawan baik namanya,kawan jahat la agaknya) dan mungkin yang selalu menemani anda di mana sahaja. Behati-hatilah di dalam persahabatan, kerana perangai anda ialah daripada perangai rakan-rakan anda. Jika elok perangai mereka, maka eloklah perangai anda, jika tidak maka sebaliknya yang berlaku.

Adakah kawan terbaik ialah kawan yang menangis ketika kita menangis?
Adakah kawan terbaik membantu kita dari segi kewangan ketika kita mengalami masalah kewangan?
Adakah kawan terbaik ialah kawan yang bersusah-senang ketika apa jua keadaan?

Sila jawab persoalan di atas. Saya dapat berasa bahawa ada di antara pembaca mungkin tidak jelas dengan persoalan tadi bukan. Mungkin ada yang sudah dapat mengagak apa yang saya cuba sampaikan. Bagus!! Jawapannya sebegini. Ciri-ciri di atas memang mempunyai ciri-ciri kawan yang baik. Namun ia sebenarnya tidak lengkap. Biar saya sampaikan dengan mudah iaitu kawan terbaik ialah kawan yang membantu kita mendapatkan syurga. Kawan yang menyedarkan kita akan kebesaran Allah dan ketika hati kita gelap, dia yang menyuluh hati kita gara terang benderang semula. Tidak semestinya dia tidak berada dengan kita selalu, dia adalah yang terbaik kepada kita. Hargailah merka yang selalu berbuat demikian kepada anda. Kebiasaanya ialah kita sebenarnya tidak mengetahu siapa sebenarnya rakan terbaik bagi kita. Umumnya kita definisikan kawan baik ialah orang yang selalu bersama kita. Tapi kita perlu tahu kadang-kadang mereka ini bukanlah yang terbaik bagi kita.

Saya meminta maaf sekiranya entry pada kali ini mungkin menyinggung hati para pembaca kerana saya mendefinasikan 'kawan baik'. Bukan tujuan saya untuk berbuat demikian. Cuma saya ingin menyeru para pembaca dan diri saya sendiri supaya sedar dalam hal-hal persahabatan. Biasa kan dengar pepatah:

Kawan ketawa ramai, kawan menangis sedikit"

Ha, memang benar keadaan sedemikian. Tetapi tidak semestinya untuk menjadi kawan baik anda perlu menangis. Seorang kawan yang baik ialah kawan yang membantu kita menghadapi cabaran yang akan datang, memberi sokongan dan memberikan senyuman. Bukannya membuatkan orang menangis lagi..(apeda punya orang). Mereka inilah yang saya maksudkan orang yang membawa kita ke syurga. Subhanallah, kita semua mahukan syurga dan mereka inilah yang boleh membantu kita.

trulyidea berharap entry ini dapat difikir-fikirkan oleh para pembaca-pembaca sekalian. Saya bukan pandai orangya dan ini cuma pandangan dang perkongsian ilmu yang telah saya pelajari. Insyaallah lebih banyak lagi yang saya ingin kongsikan kepada anda semua.Nantikan entry seterunya ya...sekian ;)

No comments: