Wednesday, May 26, 2010

homesick!! Malapetaka atau Nikmat tak terkira



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu dan salam sejahtera kpada para pembaca sekalian. Setelah sekian lama,kita berjumpa lagi di blog SEKADAR PANDANGAN. Alhamdulillah dengan izin dan kurnianya jari-jari trulyidea masih mampu menekan butang-butang papan kekunci,trulyidea masih bernafas dan baru sebentar menghabiskan makanan yang sedap yang disediakan ibundanya.

Baiklah para pembaca sekalian,sebelum kita terus kepada tajuk yang dibincangkan,lebih baik kita melakukan senaman ringan sedikit. Sudah bersedia? Nampaknya tiada seorang pun yang bersemangat(mungin berat badan dah terlampau berlebihan dan tidak selalu bersenam,mungkin asyik menghadap facebook sampai makan tidak mengikut masa).Tapi saya tetap berkeras pada semua untuk melakukan senaman yang mudah ini. Ikut saya ya....

Mula-mula anda perlu dekatkan mata anda pada skrin. Kemudian undurkan mata anda balik ke tempat anda sepatutnya. Wah,bagus. Nampaknya ada orang yang mengikut arahan trulyidea. Saya pasti mesti ramai yang tidak ikut arahan saya. Kepada yang tidak buat,anda sebenarnya gagal menghayati entry saya pada kali ini.Saya akan beritahu kenapa saya mengajak anda membuat senaman yang dikatakn agak bodoh itu. Teruskan membaca.

Ok, anda sudah lihat gambar di atas bukan. Saya ingin memberitahu pada para pembca bahawa semua budak-budak dalam gambar itu adalah stok-stok pengeluar air mata yang hebat di Sekolah Tuanku Abdul Rahman(jangan marah eh sesiapa yang turut berada dalam gambar itu..hehe). Macam mana saya tidak perli mereka, kalau dah setiap hari melalak,keluar air mata kalah bayi yang baru lahir(melebih-lebih plak trulyidea). Pergi sana nangis. Pergi situ nangis. Waktu mandi pun nangis,bercampurlah air mata dengan air paip. Kenapa nangis ni jadi satu fenomena yang sinonim dengan budak asrama?

"Saya nak balik rumah la,dok asrama tak bes!!!"
"Rindu kat mak ngan abah"
"duduk asrama tidak bebas,kat rumah macam-macam boleh buat"

Wah!!!!! dashatnya kehidupan di asrama. Banyak yang negatif la. Perkara sebegini sedikit menghantui para pelajar yang bakal hidup di asrama. Memang terlalu banyak alasan yang diberikan untuk pulang ke rumah. Hujung minggu memang selalu lengang kerana budak-budak pulang ke rumah. Budak STAR tidak kot(maklumlah,rumah jauh sangat...duit pakai banyak,duduk je la kat STAR). Jadi bila dah homesick, telefon awam la yang menjadi mangsa serangan pelajar-pelajar yang homesick. Waktu-waktu yang biasa pelajar menyerang adalah pada waktu petang,sebelum dan selepas prep. Serangan golongan ini sangat berbahaya kerana air mata mereka mungkin masuk ke dalam gagang telefon lalu merosakkan wayar-wayar di dalamnya. Ataupun, mereka menghentak-hentak gagang setiap kali gagal membuat panggilan. Bahaya betullah golongan homesick ni.

Baiklah. Mangsa keadaan yang seterusnya ialah ibu-ibu atau bapa-bapa golongan terbabit. Macam biasalah, kalau dalam perbualan telefon, anak-anak akan menangis konon untuk memujuk ibu keluarkan mereka dari asrama(ayah tidak kot,mungkin ketegasan memainkan peranan). Jadi si ibu pun terpaksa ikut serta dalam acara menangis paling banyak di telefon awam kerana anaknya. Dan bagi sesiapa yang berpengalaman, aksi drama turut berlaku dalam hal mereka yang tidak malu untuk berlakon. Contohnya:

Si anak dan keluarga sedang kembali ke sekolah selepas bercuti. Di dalam kenderaan, si anak kelihatan tenang(cover macho kot). Tapi bila sudah sampai di perkarangan sekolah,adrenalinenya mengarahkan darah-darah bergerak laju,lalu...(masuk bab biologi la pulak).Ok.Dan apabila si keluarganya hendak pulang, si anak meronta-ronta ibarat kambing tidak mahu masuk kandang dan memeluk ibunya dan merayu-rayu supaya tidak meninggalkannya. Orang ramai pun tengok,si ibu pun tutur gelisah dan turut menangis.(lagi sekali acara menangis paling banyak)

Hahahaha. Mungkin sudah lama trulyidea bercerita serba sedikit tentang homesick daripada pengalamannya. Saya yakin perkara ini mungkin turut berlaku kepada bakal-bakal graduan universiti. Jangan tipula terutama yang tidak pernah berjauhan dengan ibu-bapa.

Tujuan saya menyampaikan pandangan saya tentang homesick ini ialah kerana saya melihat homesick ialah satu nikmat yang tidak ternilai. Kepada adik-adik yang baru menuntut belajar di STAR, homesick ialah perkara yang patut dilalui semua orang. trulidea sendiri pernah homesick berbulan-bulan lamanya. Malah saya turut bersyukur kerana dikurniakan homescik. Kenapa ya? Kerana apabila kita homesick, kita teringat pada ibu bapa. Apabila kita homesick, kita teringat pada kasih sayang ibu bapa kita yang tidak pernah kita hargai. Apabila kita homesick, barulah kita teringat nikmat kesenangan yang Allah berikan dahulu tetapi kita tidak tahu bersyukur. Alhamdulillah, trulyidea tidak hairan melihat golongan yang homesick. Setiap hari kita teringat pada tanggungjawab kita pada kedua ibu bapa kita. Kita berdoa dan memohon supaya menjadi anak yang soleh. Kiat berdoa agar ibu bapa kita sikhat sejahtera.

Ya Rabbi....Subhanallah..

Saya mengaku bahawa saya pernah mengejek adik-adik saya di STAR kerana homesick. Tujuan saya adalah supaya mereka menghargai nikmat homesick itu. Alhamdulillah, budak-budak di dalam gambar di atas hari ini mengakui bahawa jika mereka tidak homesick, mereka tidak kenal erti kasih-sayang, mereka tidak tahu berusaha. Janganlah kita hanya tahu merungut pada setiap ujian yang Allah beri kerana ujian inilah menjadi satu kelebihan kepada kita. Saya rasa budak-budak di STAR faham apa yang saya tulis kerana kita berada di bawah almamater yang sama.(Janganlah nak menipu yang korg tak omsick...)

4 comments:

Mohammad Aiman said...

wow.. ni macam pengalaman..

time form one boleh kire lagi..

tapi, kalau dah form 5, masih homesick?
haha

trulyidea said...

haha..mana tau masih banyak saki baki air mata yg terpendam...en mohammad aiman pernah homesick tak?

syakira _508 said...

hahaha..wow..tema homsick ye kali ni...:)
but..I agree with you..:)

trulyidea said...

terima kasih sya