Tuesday, October 12, 2010

Examination???


Bismillahirahmanirrahim,
Wah, sungguh lega dapat on lap top jenama compaq(promote lap top plak). Melayan facebook di pagi hari yang penuh syahdu, dan yang paling penting sekali trulyidea dapat menyampaikan pandangan di blog SEKADAR PANDANGAN. Nasib baiklah kelas pada pagi ini dibatalkan,apalagi masa inilah trulyidea hendak membuka semula blognya yang pada awalnya hendak dibiarkan diam buat sementara waktu.Huhu...segalanya seperti yang ditakdirkan. Manusia pun tidak boleh berbuat apa-apa.Ha, saya nak selitkan cerita tidak pergi kelas untuk perkongsian sementara tengah ada cerita ni...Memang kegemaran trulyidea utntuk bercerita kepada pembacanya.hehe.. baiklah, begini ceritanya:

Alkisah,tersebutlah kisah yang dikisahkan oleh pengkisah(berapa banyak kisah da). Kelas trulyidea bermula seawal jam 8.30 pagi dan kebiasaannya berakhir pada pukul 4 petang. Ok,nampak penat kan?? tapi tidak sebenarnya.Mengapa ya?Sebabnya ialah...........tutup mata dulu kalau nak tahu jawapannya..ok2..ini semua gara-gara jangka masa yang agak panjang di antara kuliah-kuliah.Macam biasalah,penceramaha klambat sedikit di dalam kelas, keluar kuliah lebih awal daripada waktunya dan yang banyak dihadapi trulyidea sekarang ni ialah kelas dibatalkan...HAHAHAHAHA...seronok la kelas batal(seronok plak trulyidea..tumbuk kang)sebab waktu inilah trulyidea dapat membabalas dendam kesumat terhadap masalah-masalahya seperti mengulang kaji pelajaran yang dah berapa kali entah belajar(x fhm2 jgk..ngeh2),tidur yang macam tidak pernah tidur dan yang paling penting sekali ialah bahan bacaan blog SEKADAR PANDANGAN yang sememangnya dinanti para pembaca sekalian.hehe...inilah ceritanya.

Trulyidea sememangnya ingin sahaja menyampaikan pandangan yang boleh diterima pakai semua pihak. Dan tanpa berlengah lagi sebelum trulyidea nak sambung belajar,trulyidea hendak berkongsi sedikit suasana sebelum 'examination' yang sememangnya popular di kalangan kita.Saya ambil sedikit sahaja la, terutama perkara-perkara yang diambil remeh sesetengah pihak.

Biasa tidak anda melihat atau membuat sendiri perkara ini:
1)belajar sambil mendengar radio
2)belajar ketika saat genting
3)belajar sambil membuka aurat
4)belajar sambil online especially facebook(hah,sme je dgn trulyidea..ngok ngek nye fb..sbb die je trulyidea dh hbs mse bnyk nk mampos)

Haha...inilah sebahagian contoh yang saya selalu lihat dalam kalangan pelajar sendiri di mana mereka mengambil remeh dan tidak serius di dalam sesuatu perkara. Bila tibanya musim exam,barulah terhegeh-hegeh nak kejar sana-sini. Bukannya tidak boleh ataupun kita akan gagal,tetapi strategi yang berkesan sangay membantu dalam memperoleh kejayaan. Saya yakin diantara pembaca semua ramai yang bijak pandai dan mampu melakukan sesuatu di saat-saat akhir. Ya,saya tahu perkara itu. Anda semua merupakan orang-orang yang bijak(kalo x mmg x bkk la blog ni..hehe) dan anda semua faham apa yang saya cuba sampaikan. Rasulullah pernah berpesan(saya tidak tahu bagaimana hadisnya..tetapi saya petik ucapan ini drp Dr. Haji Mohd Fadhilah Kamsah) di mana manusia ni pada satu masa ni boleh buat secara fokus satu perkara sahaja. Maksudnya tahap kefokusan dan kefahaman manusia pada sesuatu masa adalah untuk 1 perkara sahaja. Memanglah kita boleh macam-macam benda dalam suatu masa contohnya,mandi sambil berus gigi, makan sambil berborak tetapi pernahkah anda tefikir adakah anda serius dalam pekerjaan itu?2,3 perkara dalam suatu masa. Ha,begitulah juga ketika kita belajar di mana ramai yang sering lewat belajar tetapi masih membuat perkara-perkara yang trulyidea maklumkan tadi.

Kemudian apa yang biasa berlaku ialah pelajar sering kecewa dan senang menyebut perkataan "tension". Bila dah tension apalagi, mulalah malas hendak belajar dan tambah lagi perkara-perkara yang membuang masa. Maka,makin banyaklah masa untuk tidur dan melepak untuk kononnya melepaskan 'TENSION'. Subhanallah, inilah yang kita perlu ubah dan semaikan satu suasana yang baik kepada diri kita. Allah maha bekuasa dan kepadanya jua kita meminta pertolongan. Saya tidak mempunyai sebarang penawar untuk membetulkan sesuatu tetapi penawarnya ada pada diri para pembaca sendiri. Anda sendiri tahu apa yang perlu anda lakukan.Alhamdulillah, trulyidea memohon untuk mengundurkan diri dan dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada para pembaca dalam setiap impian para pembaca. Jangan lupa nantikan post seterusnya ya....(tirai dilabuhkan, tanda persembahan tamat)

No comments: