Monday, December 13, 2010

Remaja Siri 2

Hai dan selamat sejahtera kepada para pembaca yang kekal terus menerus membaca blog SEKADAR PANDANGAN. Alhamdulillah, saya pun tidak pasti dari mana sumber para pembaca boleh membaca blog ini. Mungkin anda sememangnya peminta no 1 blog ini..hoho..ataupun ternampak link di laman sesawang yang popular facebook, lalu dengan tidak segan dan muka yang selamba sambil perasaan ingin 'stalk' yang melampau-lampau(haha...tidak mungkin para pembaca berkelakuan sedemikian)menekan bahagian link tersebut. Ataupun ternampak di mana-mana blog lain yang memaparkan link blog SEKADAR PANDANGAN. Wooo!! tahniah kepada anda semua kerana di sini, trulyidea memastikan pandangan-pandangan melalui penyampaian yang selesa dengan anda semua. Blog ini bukan bertujuan untuk meraih pendapatan ataupun menjulang selaku blog terbaik di dunia(haha...perasan lak) tetapi seperti namanya yang merdu lagi manis blog ini tujuannya hanaya untuk yang maha esa. Kita jadikan platform ini sebagai satu wadah untuk kita bertuka-tukar pandangan dan menyebarkan ilmu....jom!jom! ayuh kita mengikuti siri Remaja.

Seperti dijanjikan sebelum ini, siri remaja ini kini bersambung dengan faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti remaja. Jika sebelum ini, kita lihat punca-punca ataupun masalah yang sering berlaku ke atas remaja. Jadi pada kali ini kita perlu mengetahu pengaruh-pengaruh atau anasir-anasir yang menjadi punca. Baiklah, bagi para pembaca yang baru, bolehlah membaca siri yang pertama di label yang bertulis pembinaan hati, ataupun kalau dah memang malas nak baca, suruhlah orang lain yang baca..hoho...okay??(pendek je siri yang lepas..tak susah nak dibaca)

Baiklah, setelah mengenal pasti punca-puncanya trulyidea ingin sahaja berkongsi dengan para pembaca semua segala punca-punca tersebut. Tetapi memandangkan tahap kebosanan yang tinggi dalam diri para pembaca, jadi saya ingin berkongsi 2,3 punca sahaja. Dan jika ada masa, saya akan cuba sampaikan lagi.

Faktor 1: Didikan Ibu Bapa
*******
Ya, memang jelas sekali ini faktor yang amat penting sekali. Saya rasa jika tidak diulas secara lanjut pun, tuan puan sekalian sudah tentu mendapat gambaran yang jelas. Tetapi, lebih baik saya terangkan lagi. Ibu-bapa berperanan besar menentukan personaliti dan peribadi anak-anak. Manakan tidak, anak-anak melihat mereka sebagai model ketika usia yang muda. Ibu bapalah yang mencorakkan lukisan hati anak-anak. Apabila ibu bapa menunjukkan contoh teladan yang baik, maka mudahlah anak-anak untuk beperwatakan yang mulia dan baik dan begitu juga sebaliknya.

Pendidikan ibu bapa amat penting untuk membina asas-asas kehidupan. Jika mak bapak dah tersalah ajau(bhse melaka), mana tidaknya masyrakat memandang serong dan pasti sudah akan timbul masalah walau sekecil mana perkara tersebut. Seeloknya, ibu bapa perlu menanam asas-asas yang baik di dalam diri anak-anak supaya hari esoknya anak-anak sudah terbiasa dengan perkara-perkara sebegini. Jangan tanam anak suda...tanam akhlak boleh la eh...

Remaja perlu diberi peluang mengemukakan pandangan sendiri. berani mengeluarkan pendapat perlu disemai supaya remaja mempunyai keyakinan diri dan dapat menyelesaikan masalah yang baik dan bijaksana. Ha, cuba anda semua perhatikan. Lihat anak-anak muda yang petah bercakap atau berani menyampaikan idea, kerana kebiasaannya mereka adalah lebih matang dan mempunyai personaliti dan berperwatakan yang baik sekali. Remaja juga perlu diberi peluang untuk hidup secara sederhana( Lawak bukan?? diberi peluang untuk hidup sederhana!!! macam xde peluang len je). Inilah peluang yang baik sekali, kerana remaja perlu hidup dalam suasana yang serba sederhana. Disebabkan kesedeeeeerhanaan, islam itu berkembang.(panjangnye eee). Maka kita lihatnya sebagai satu elemen yang penting. Kehidupan keluarga yang terlalu mewah, makanan dan minuman yang terlalu mahal dan istimewa membentuk personaliti negatif dalam jiwa remaja.. Ibu bapa perlu memainkan peranan sepenuhnya. Saya tidak bermaksud bahawa remaja tidak perlu memegang terlalu banyak duit atau pun tidak boleh berbelanja. Tidak sama sekali, tetapi saya memaksudkan kemewahan dunialah yang melalaikan remaja kerana dengan kemewahan remaja boleh bersikap sombong, tamak dan tidak mampu berdikari. Banyak contoh yang kita boleh lihat, keluarga yang kaya menghadkan wang saku anak-anak. Inilah yang sebaiknya, supaya anak-anak bersyukur dan tidak membazir.

Jom kita lihat faktor yang kedua

Faktor 2: Simbol status
*********************
Ha, saya memang suka nak sampaikan faktor ini dari awal saya hendak postkan entry ini. Saya bersabar sahaja kerana tidak mahu terlalu gopoh untuk merosakkan siri yang bersambung-sambung ini. Ada masa nanti, saya nak buat satu label untuk faktor ni..hoho..

Satu hari si A berborak dengan si B

A: Assalamualaikum dan selamat sejahtera wahai saudara( A berpakaian seluar putih dan baju putih dan tie merah yang mempunyai banyak logo sekolah)
B: Waalaikumussalam...saudara dari mana??
A: Saya dari STAR,Ipoh (nada poyo)
B:Saya pula dari MRSM *****, kemudian saya masuk ke *****, then saya masuk SBP ***** plak. ada saya heran awak dari situ?

hahaha...minta maaflah kepada budak-budak star ya...saya yakin budak star tidak poyo macam si A di atas. Kalau anda seperti A, tolong tukar sekolah ya. Patut jawab dengan sopan, tapi si A poyo lak. Saya sengaja mengambil dialog di atas untuk memberi gambaran faktor yang kedua ini. Kebiasaannya, remaja yang bersekolah di sekolah-sekolah terkenal seperti MRSM, SBP atau pun sekolah-sekolah elit, mereka merasakan statusnya lebih tinggi apabila dibandingkan dengan pelajar-pelajar sekolah yang lain. Memang betul pun, tetapi jika sikap sombong dan riak itu ada pada remaja yang bersekolah yang kononnya terer nak mampos, taraf korg sme je la weh( ha, kan dah marah ni...amik kau). Remaja perlu mengelak daripada perkara-perkara sebegini. Seharusnya anda bersyukur dan bukan berlagak. Jadikan diri anda sebagai model dalam membentuk masyarakat dan bukannya perosak masyarakat. Allah memandang kita sama sahaja..tidak kiralah anda kaya,miskin, hensem,lawa dan mempunyai staus yang timggi dalam masyarakat tetapi jika Allah tidak mahu anda masuk ke syurga, status anda tu tidak membawa makna apa-apa sekalipun. Syukur itu yang penting. Saya juga belajar di SBP dan tidak hebat manapun SBP ini kerana ramai pelajarnya yang leka dan tidak menggunakan peluang yang ada. Bagi pelajar SBP yang bagus,tahniah saya ucapkan dan teruskan akhlak murni anda.

Status pekerjaan juga mempengaruhi remaja. Bidang profession seperti jurutera, doktor, pensyarah, peguam secara tidak langsung menaikkan status dalam kalangan masyarakat. Anak-anak mungkin berasa tinggi diri, hebat berbanding orang-orang lain. Ya, anda betul.. memang hebat anak-anak ini. Berjaya di dalam impian masing-masing. Tidak salah sama sekali. Tetapi jangan berlagak, sombong, ego dan tidak tahu menghormati orang lain. Hidup secara sederhana. Biar kaya budi dan biar miskin dengki.

Masalah status juga berlaku dalam etika berpakaian. Remaja mula mahu menandingi rakan-rakan dengan memakai jenama barangan yang terkenal dan popular dan boleh menjadi kebanggan kepada diri mereka. Lagi sekali saya tegaskan bahawa tidak salah sama sekali untuk memakai barangan yang mewah. Tidak berdosa pun. Jatuhnya dosa jika kita riak dan bongkak dan tidak tahu bersyukur. Pakailah pakaian yang cantik-cantik dan sememangnya Allah sukakan kecantikan. Ini nilai hidup yang perlu kita ada. Jangan salah ertikan fahaman islam.

Baiklah,cukup sahaja 2 faktor ini, saya harap kita mendapat input yang berkesan daripada entry kali ini. Insyaallah, trulyidea akan menyusul menyambung siri ini. Nantikan Remaja siri 3...kabhi alvida na kehna

8 comments:

Hazim Hazwan said...

nasib baik saya bukan remaja...

trulyidea said...

en hazim!! kita sama2 melalui usia remaja...masalah di atas memang x lari drp diri kita...jangan nk ngaku bukan remaja ye encik hazim..hoho=)

Hazim Hazwan said...

mksud saya, saya ni budak2 lgi..

trulyidea said...

anda sudah menginjak usia remaja la...

Hazim Hazwan said...

kalau ikut artikel ni, jgnlah kita menjadi poyo...tpi hari tu ade budak remaja poyo kat saya, budak remaja tu cakap dia lgi power main chess daripada saya...rasanya budak remaja tu pembuat blog ni la... :p

trulyidea said...

itu bukan berlagak sahaja namanya...itu berlagak bertempat...hoho...post ni mksdkan jgn anggap status power,terer dijadikan modal utk poyo...btol kan en hazim?

Hazim Hazwan said...

lps ni saya nk jadi seorang remaja yg berlagak bertempat la~

trulyidea said...

bagus..tau pon...ckp kt bdk star sume