Wednesday, November 10, 2010

Korg gembira la...biar kami je yg sedih



WooHooooooooooo....laungan merdeka dan keriangan oleh kanak-kanak yang tidaklah sangat riang(budak2 universiti yang ngaku mcm budak2 ttpi masih perangai mcm budak sekolah menengah) menandakan detik-detik kesengsaraan telah pun tamat.Sehabis tamatnya peperiksaan terakhir, masing-masing mula mengatur strategi pelaksanaan untuk cuti dan masa terluang. Memang dahsyatlah, riuh-rendah suasana untuk buat itulah,inilah, pergi situ sana dan sini. Memang jelas kan para pembaca sekalian bahawa semua orang seronok setelah tamatnya sesebuah peperiksaan. Jom kite imbas kembali sedikit suasana sekitar peperiksaan yang biasa kita lalui..ZAaaaaaaaassss!!!
**************************************************************************************

Jam menunjukkan tinggal lagi 15 minit sebelum peperiksaan yang terakhir tamat. Calon-calon peperiksaan masing-masing sibuk meneliti kertas-kertas soalan sambil berharap magik akan berlaku(soalan yang rsenye salah jwb jd btol...fhm2 la eh). Bagi golongan yang memang dah menyerah kalah awal-awal sebelum peperiksaan, mereka berharap setiapa minit itu dipendekkan agar punggung mereka tidak terbakar kerana kerusi peperiksaan terlalu panas akibat terlalu lama duduk ataupun disebabkan feomena alam yang semakin bermasalah,mereka tidak sanggup berada lama di ruang berhawa dingin kerana melepaskan terlalu banyak CFC(hehe...amendela trulyidea mengarut ni). Masa semakin suntuk, ada yang melakukan semakan terakhir dan memastikan kesemua jawapan telah dibuat.Alhamdulillah,baguslah mereka ni, buat hati ibu bapa sejuk je jika memandang. Namun masih ada lagi yang sememangnye dah redha, melakukan countdown kecil-kecilan di dalam hati menanti saat-saat akhir tamat. Dan sampailah masanya yang dinanti-nantikan, semua orang mula senyum tetapi pengawas peperiksaan tidak melakukan sebarang respon. Semua orang kecewa kembali..(hahahaha,padan muke kne kelentong dgn pengawas) Pengawas peperiksaan mungkin terlena dengan kesunyian hidupnya,maklumlah bukan senang untuk berada di kelas yang betul-betul tenang. Hanya di kelas pagi(rmi org tido mse kelas) dan di musim peperiksaan. Tiba-tiba dia tersedar masa telah tamat seminit yang lalu,dan dia tangkas mengarah calon-calon peperiksaan berhenti menjawab. Akhirnya....MERDEKA!!!!!!!!!

"argh!! inilah masa-masa yang aku nanti-nantikan"
"Sumpah lega gila la"
"wooohoo,akhirnye kudrat aku tamat jua setelah bertungkus-lumus malam semalaman(kantoi study satu malam,last2 minute lak tu)
dan ayat yg paling gempak ialah
"sedihnya dah habis peperiksaan ni..Allahuakbar"(le,pekehal nak sedih2 plak mamat oi...dah abis tu abis la..enjoy la skit dunia kau tu..jom pressure mamat yg ckp ni!"

**************************************************************************************

trulyidea: ZZZZZZZZzzzzzzzzzzzZZZ...
para pembaca: trulyidea!!oi trulyidea!! bangun la!!
trulyidea: la,sudah habis ke cerita tadi..sekejap gila. Tak dapat nak tidur lama-lama. Ok2..

Kita sambung semula kepada tajuk asal. Cuba bagi jawapan kenapa orang yang terkahir dalam situasi di atas berkata begitu. Saya bagi tempoh 10 minit untuk para pembaca memberi jawapan.

para pembaca: jangan begitu trulyidea! berikan sahaja jawapan kepada kami. kami tidak mampu menjawab..hanya trulyidea sahaja yang mampu menjawab.
trulyidea: hehehe...saya memang bagus pun. Sejak dari bangku tadika lagi saya memang hebat. Saya kerap dipanggil untuk memberi nasihat atau pun nama lain iaitu ceramah di kampung-kampung dan di disko-disko sekitar Lorong Haji Taib. selain itu,saya kerap berlakon dalam filem terutama sekali My Name Is Khan.(dengan nada poyo nak mampus)

hehehehe...gurau sahaja la.Saya bukan nak poyo. Tapi kalau nak suruh para pembaca bagfi jawapan memang tak dapat lah. Jadi biar saya terangkan sedikit. Keimanan seseorang ini hanya akan dinaikkan sekiranya diuji. Maka jika iman itu tidak diuji, maka dia bukanlah dalam golongan orang-orang yang beriman(makhluk mne ntah). Lantas orang terakhir tersebut bersedih kerana dia adalah orang yang selalunya kuat beribadat ketika dalam keadaan genting. Subhanallah!!! Malunya. Saya sendiri pun tidak macam itu. Sudah la sebelum waktu peperiksaan sama sahaja dengan selepas peperiksaan. Jom kita temubual orang terakhir tadi.

kita semua: Salam encik terkahir! kami ni hendak tanya sesuatu kepada encik terakhir
encik terakhir: Wassalam!! hurm...boleh sahaja..insyaallah saya akan cuba terbaik untuk menjawab( jwb sambil muka x malu..hua3...hehe.xdela..sya tambah aje)
kita semua: Kami dengar ketika tamat peperiksaan tadi, encik sangat sedih..kenapa ya?
encik terakhir: hahahahaha...tu saya saje je berlakon..nak bagi gempak di blog SEKADAR PANDANGAN sahaja..(sah2 la ayat menipu) ni sebenarnya ayat beliau..

"minta maaflah eh..saya ni bukan la hebat sangat. Saya ialah orang yang jenis bila datang peperiksaan je,barulah saya nak sedih,kemudian baru teringat pasal ibadat saya. Pada masa itu saya melipat gandakan amal ibadat saya dengan harapan segala usaha saya diberkati Allah S.W.T. Saya sudah jatuh cinta dengan segala amal ini. Namun saya khuatir saya tidak mampu beribadat seperti dulu. Saya takut masa terluang saya dibazirkan dengan perkara yang sia-sia. Dan yang saya paling takut sekali jika Allah berkata kepada saya bahawa "adakah kau beribadat hanya untuk peperiksaan semata-mata?". Inilah yang menyebabkan saya bersedih. Saya sudah banyak kali alami situasi ini di mana saya melakukan solat hajat dan berikhtiar dengan harapan Allah memakbulkan segala doa saya. Namun, selepas dimakbulkan doa saya lupa diri dan lupa pada Allah. Saya fikir saya hebat kerana saya sememangnya hebat.Tetapi saya lupa Allah jua lah yang kurniakan nilai HEBAT itu di dalam diri saya. Astaghfirullah!!

para pembaca: hua!!!!!!!!(menangis sambil berpeluk-pelukan..tapi ikut jantina la eh)

Ha, demikian tadi cerita seorang calon peperiksaan di penghujung peperiksaannya. Bagaimana pula dengan kita. Saya yakin para pembaca sekali adlah orang-orang yang sememangnya bagus-bagus belaka(kalau x mmg x baca la blog SEKADAR PANDANGAN..hehe). Setiap apa yang kita lakukan perlulah diisi dengan ilmu, berterusan dan keikhlasan. Tapi bukan bermakna kita perlu sedih semata-mata. Gembira tetap gembira. Namun, ibadat kita perlu dijaga sama sekali. Tidak semesti beribadat itu hanya ketika kita solat dan membaca Al-Quran. Skop ibadah sangatlah luas dan cuma diri kita sahaja tidak mengetahui. Oleh itu, tambahkanlah ilmu dan banyakkan amal. Sekian saya mengundur diri dulu..(penat gile la taip panjang2)

2 comments:

Anonymous said...

entry yg menarik..
mnyedarkan aty2 yg t'leka..=)

trulyidea said...

kita semua hamba yang lalai....hanya sekadar pandangan sahaja..