Monday, June 7, 2010
"Ok la ni"
Bismillahirahmanirrahim
Syukur ke hadrat ilahi kerana sekali lagi saya dapat melangsungkan blog SEKADAR PANDANGAN. Pada kali ini, saya ingin memberikan suatu pandangan terhadap situasi yang sering kali berlaku. Stuasi yang sering kita alpa. Situasi yang boleh menjatuhkan kita dalam pelbagai cara. Insyaallah, saya akan memeberikan sdikit pandangan saya akan tajuk kita pada hari ini.
Baiklah semua, cuba kita lihat kepada beberapa situasi:
1) Adoi, sikit lagi je aku nak dapat top 10 dalam batch aku.
2) Habislah masa depan aku sekarang, SPM pun tak dapat stret a. tutup sume pintu aku nk dapat scholarships.
3) Satu apa pun scholarship tak nak aku. Jatuh la standard aku. Dah la aku pelajar cemerlang.
Ok, demikian tadi beberapa situasi daripada pengalaman saya. Cuma saya belum menghuraikan setiap kejadian tadi. Baiklah, sebenarnya post saya pada kali ini ialah untuk mengingatkan kita supaya bersyukur setiap kurniaan Allah. Saya sudah banyak kali melihat gelagat orang ramai apabila tidak berjaya mendapat apa yang dikehendakinya. Bermacam-macam ragam. Kadang-kadang saya juga tergelak kerana tidak faham kerana apa yang mereka peningkan. Tapi saya tidak bermaksud bahawa saya sendiri tidak melakukan ragam semasa hayat saya. Pernah juga. Cuma atas pengalaman yang saya peroleh, alhamdulillah sedikit-sedikit saya berjaya mengelak perkara-perkara sebegini.
Pada masa ini saya amat risau terhadap kebanyakan orang yang terlalu mementingkan status dan darjat. Tidak kiralah dalam apa bidang sekalipun. Dalam hal majlis perkhawinan, peperiksaan, pangkat, malah dalam acara-acara kanak-kanak seperti lumba lari dalam guni, lompat katak dan sebagainya. Ramai orang yang ingin mendapat yang terbaik untuk diri mereka tetapi apabila gagal mendapat apa yang dihajati, mereka mulalah melakukan aksi drama yang membuatkan orang berasa simpati(layak jadi pelakon kot). Maksud saya ialah apabila mereka gagal, mereka berbohong kepada orang lain bahawa mereka berjaya. Orang ramai mula percaya dan memberi pelbagai pujian kepadanya walhal pada keadaan sebenar, dia tidak dapat apa-apa selain dosa menipu.
Dalam keadaan lain pula, sekitar hari keputusan spm ke,PMR atau peperiksaan biasa di sekolah. Saya pasti bahawa ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan masing-masing.
"Ala, sains aku B...sikit lg je nak dapat A..Cikgu! bolehlah bagi saya A"
Mungkin situasi tadi berlaku ketika peperiksaan biasa di sekolah. Bagaimanapula ketika peperiksaan besar seperti SPM dan PMR. Bagi mereka yang berjaya, tangisan kegembiraan tidak malu dititis(kalau boleh ada kamera tangkap masuk berita harian, metro atau majalah sekolah). Bagaimana pula mereka yang tidak berjaya? Hah, inilah situasi yang masih ramai tidak nampak terutama pelajar-pelajar sekolah yang belum mengalami hari keputusan peperiksaan besar. Berjurai air mata menitis tanda kegagalan mereka. Padahal adakah mereka sedar apa itu kegagalan sebenarnya? Sebenarnya apakah yang kita hendaki pada setiap yang kita ingini? Adakah kita mahu nama kita terpampang sebagai tokoh? Ataupun meletak nama kita sebaris nama-nama yang hebat? Ataupun malu kerana keputusan yang teruk?
Masyaallah, pelbagai persoalan yang saya mahu sampaikan. Tetapi saya rasa cukuplah sedikit persoalan tadi. Bukankah kita semua sudah tahu bahawa rezeki kita hanya Allah yang berikan. Bukan cikgu kita, bukan mak bapak kita, bukan bos kita tetapi hanya yang Maha Kaya. Seharusnya kita bersyukur terhadap apa yang kita kecapi. 10 A ke,stret A+, belajar di luar negara atau apa-apa yang nampak hebat sebenarnya tidak membawa apa-apa sekiranya tiada keberkatan. Apa gunanya jika kita kaya tetapi Allah tidak meredhai. Apa gunanya jika kita cemerlang dalam peperiksaan tetapi kita meniru. Apa gunanya jika pasukan kita menang tetapi tiada sumbangan daripada kita. Apa gunanya jika kita berjaya tetapi kita sombong dan lupa pada yang Maha Berkuasa.
Ya Rabbi!
Carilah keberkatan dalam pekerjaan kita. Itulah sebaiknya, dan tiada kerugian besar jika kita mensyukuri nikmatNya. Waspadalah pada ujian yang datang dan sabarlah jika bala yang menimpa. Mungkin hari ini kita tidak dapat, tetapi sekiranya kita sabar dan tawakkal, insyaallah rezeki akan datang ibarat air terjun yang bah.
Jika sekiranya kita mendapat sesuatu dan kita kecewa. Tetap ucapkan alhamdulillah dan kemudian sebutlah secara macho "OK la ni".
Labels:
Pembinaan Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
sebutlah alhamdulillah... haha
btol tu..sbut je dh dpt nikmat..
Ok la ni boleh bertukar kepada ko la tu...yang terbaik sebut saja Alhamdullillah,Issyallah,Allahuakbar !
gud job!!
yup... harus sllu bersyukur dan mensyukuri sgla nikmat yang kita dapat....
Post a Comment