Thursday, December 30, 2010
Bagus utk kaum wanita
"Sekarang lepas habis degree, nak buat apa pula? Nak kerja atau sambung lagi buat master?" saya bertanya.
Pada malam itu, alhamdulillah, diizinkan oleh Allah SWT sempat bertukar khabar, bertanya berita kepada seorang kenalan yang berstatus kakak, yang saya kenal hampir 15 tahun silam. Beliau juga antara insan yang saya amat kagumi dan hormati. Akhlaknya baik dan dalam bidang akademik, mendapat anugerah dekan itu biasa. Mantap pokoknya.
"Akak rasa nak jadi pensyarah. Kebetulan habis degree, pihak universiti tawar sambung master. Insyaallah kakak rasa nak sambung master," jawab beliau.
Dengan keputusan yang cemerlang, bukan satu hal yang sukar untuk mendapat tawaran ini. Walaupun dengan usia yang muda, seawal 25 tahun.
"Ngomong-ngomong, sekarang sudah masuk umur 25. Sudah ada calon belum kak?" saya cuba mencuit dengan nada bercanda.
"Erm, itu yang akak nak cerita dan minta pendapat Ami ni."
"Owh... beres. Ceritalah... kalau boleh saya bagi pandangan, ya saya bagi. Jika tak boleh, sekurang-kurangnya menjadi pendengar yang baik," jelas saya.
"Ada seorang yang suka pada akak, tapi akak tak berapa berminat kerana akhlaknya tak bagus. Jadi akak tolaklah."
"Bagus, seharusnya macam itulah," komentar saya. Menambah rancak perbualan.
"Itu tak apa lagi. Akak tak kisah pun. Cuma sekarang, bimbang juga, dengan umur sudah masuk 25, tambah pula nak sambung master. Tak ramai lelaki yang berani," jelas beliau.
Sudah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat apabila kita bercerita tentang dua kutub insan ini, faktor akademik dan taraf hidup menjadi permasalahan.
Wanita ramai di pusat pengajian awam, lelaki ramai di pusat serenti. Wanita ramai mencari ijazah, lelaki ramai berusaha menjadi jenazah. Dijalan raya yang "lurus". Itu baru dibuka cerita hal kelayakan duniawi, belum bersembang bab kelayakan akhirat. Susut, paras kritikal.
Lantas kebimbangan yang dikongsi itu, sebenarnya wajar dan tidak dapat tidak, kita harus mengakuinya. Ralit masyarakat kita, umur 25 tahun, adalah umur yang paling "cun" untuk melangkah ke alam sana. Menghampiri ke umur itu, cukup mendebarkan buat si gadis. Saya mengerti.
"Jadi sampai sekarang, tak ada lagi lah lelaki yang masuk merisik khabar?" tanya saya.
"Erm, belum ada. Cuma macam ni, akak ada berkenan dengan seorang lelaki ini. Baik perangai dan insyaallah soleh. Cuma itu di peringkat akak, jika dia, akak belum tahulah bagaimana."
"Jadi nak minta pandangan Ami, macam mana nak buat?" tanya beliau.
Mainstream Masyarakat
Selalunya, setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati si gadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. Bagi lelaki yang faham apa itu Islam, apa itu hukum syarak, si jejaka akan menguruskan dengan panduan tersebut. Tapi tidak kurang juga, lelaki mengambil panduan bukan dari firman tertinggi, ayat-ayat cinta, al-Quran dan sunnah!
Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas itu akan menyusullah ijab dan kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa dan lumrah bagi masyarakat.
"Apa kata, akak yang mulakan dulu. Maksud saya akak yang merisik lelaki tu?" cadangan "ganjil" saya.
"Ish Ami... seganlah. Tak buat dek orang," pintas beliau.
Ya... perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita. Tetapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala.
Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminang wanita. Dalam pada masa yang sama, ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita itu sendiri. Lupakah kita dengan kisah cinta Murabbi Cinta kita, Rasulullah SAW dengan wanita syurga, Siti Khadijah. Dalam kisah cinta, cinta terbaik yang harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinya Baginda. Ini membuktikan, pinangan itu bukan satu talian kehidupan yang bersifat satu hala, tetapi boleh bertukar menjadi dua hala. Tergantung keadaan dan masa.
Seganlah!
Ya segan, kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.
Yang wajib, tidak dibuat.
Yang sunat, dilihat wajib.
Yang haram, itu dipertahan!
Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.
Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing dan janggal di mata masyarakat. Justeru menjadi "cicak yang pekak" amat dituntut biarpun dicop sebagai tidak tahu malu!
Cara Menghubung
"Habis tu macam mana akak nak buat? Takkan akak nak jumpa dia, tanya nombor telefon keluarga dia... aneh la dan malu lagi," jelas beliau.
"Haa... ada caranya dan malu itu tandanya ada iman," pintas saya.
Sering kita, malu itu malu tidak bertempat. Ramai wanita ke pusat membeli-belah dengan menayang pusat, bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim, keluar malam tak ingat dunia, berpeleseran di tempat awam tanpa segan dan malu. Buta hujung, buta pangkal. Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah... malu. Malu tidak bertempat. Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?
"Saya cadangkan, akak risik dia melalui orang tengah. Orang tengah ini bukan sebarang orang boleh jadi. Dia harus orang yang amanah dengan rahsia dan baik akhlaknya. Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah SAW juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita," terang saya.
"Biasanya, orang tengah itu siapa?"
"Biasa orang tengah itu, pasangan yang sudah bernikah. Dan pasangan ini baik antara akak dan lelaki itu. Jadi akak boleh sampaikan hasrat melalui isteri, dan akan disampaikan ke lelaki itu melalui si suami."
"Menarik... tapi itulah segan juga tu. Macam tak laku pula."
"Biar memilih, asal jangan salah pilih. Pernikahan, bukan untuk sehari dua. Kita cuba untuk selamanya. Tempat kita mencari ketenangan. Tak laku, low classatau segala macam title yang diberikan, semuanya sekadar kata manusia. Biar di pandangan manusia low class, tetapi Allah lihat kita hamba yang high class."
"Hurmm..."
"Pandangan kita, gadis bertukar pasangan sekerap menukar lampin bayi, itu high class, hot stuff. Dibawa ke hilir jantan ini, dibawa ke hulu jantan ini. Itulah "gadis laku" di zaman kita. Jika begitulah, biar tak laku pun apa. Allah lebih mengetahui," saya memberi semangat.
"Cuma satu lagi akak bimbang, macam mana kalau pinangan ditolak lelaki tu? Malulah."
"Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyaallahjika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga. Apa-apa pun, doa, usaha dan tawakal itu kuncinya," jawab saya.
Perigi mencari timba atau timba mencari perigi, masih dalam lingkungan kaedah. Dan jangan kita terlupa core bisnes kita di dunia. Sudah solehkah kita? Sudah solehahkah kita? Dengan menyelesaikan persoalan tentang diri kita, urusan si dia, dengan izin Allah dipermudahkan.
Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, tanyalah iman!
"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)."- Surah An-Nur: Ayat 26
Biar memilih asal jangan salah pilih...
sedar atau tidak
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.
*
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*
*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan *
*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*
*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?? *
Friday, December 24, 2010
Apa Makna Starian Kepada Diri Anda?
Tuesday, December 21, 2010
Curang??



Friday, December 17, 2010
Jalan Untuk Hampir Kepada Allah

Wednesday, December 15, 2010
Tuesday, December 14, 2010
Alahai rindunya!
Monday, December 13, 2010
Remaja Siri 2
Monday, December 6, 2010
WHOOAAA!!!

Wednesday, December 1, 2010
Tuesday, November 30, 2010
The Gingerbread Boy





Monday, November 29, 2010
Remaja Siri 1

Friday, November 26, 2010
Petua untuk jadi Tanggang moden

1. Enggan jaga ibu bapa yang menghadapi masalah fizikaldan mental
2. Membalas dendam kerana sikap dan sejarah lampau ibu bapa
3. Enggan menjaga ibu bapa dengan alasan mempunyai tanggungan yang ramai
4. Mengambil barang kemas, wang dan harta benda ibu bapa
5. Memaksa ibu bapa menukar nama harta kepada namanya
6. Merajuk kerana tidak sependapat sehingga abaikan mereka
7. Bertindak kasar seperti menengking, menampar, ugut dengan senjata, pukul dan bunuh.
8. Meninggalkan ibu bapa sendirian dan tidak menjaga kebajikan mereka
9. Tidak menjenguk mereka
10. Menghantar mereka ke rumah orang-orang tua
11. Tidak mengaku mempunyai ibu dan bapa.
12. Tidak menjaga hati dan perasaan mereka
Terpulanglah kepada saudara dan saudari sekalian untuk mengikut petua di atas atau tidak. Mahukah anda menjadi si Tanggang moden?
Thursday, November 25, 2010
PERKARA YANG MEMBUATKAN HILANG DAN LEMAH DAYA INGATAN
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
***************************************************************************************
Perkara-perkara yang perlu diamalkan:
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita h ila ng bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Thursday, November 18, 2010
Aku sedar kau KAWANKU yang terbaik
Cukuplah dengan pembukaan melampau-lampau tadi. Hanya sebagai pembuka selera bacaan sahaja. cuba lihat gambar di bawah,comel bukan? Inilah adik-adik saya di rumah...(dah2 la trulyidea,bnyk merepek plak)

Alahmdulillah, kita dapat bersua lagi di blog SEKADAR PANDANGAN. Entry pada kali ini saya ingin membincangkan satu keadaan di mana ramai orang pernah lalui. Insyaallah, saya tidak pasti berapa panjang entry ini tetapi saya akan cuba memendekkan sebaik mungkin agar para pembaca mendapat input yang sebaiknya.
Pernahkah para pembaca mempunyai kawan baik? Ya, saya yakin ramai di antara anda semua mempunyai kawan baik. Merekalah orang yang berbuat baik dengan anda(kalau tidak bukan kawan baik namanya,kawan jahat la agaknya) dan mungkin yang selalu menemani anda di mana sahaja. Behati-hatilah di dalam persahabatan, kerana perangai anda ialah daripada perangai rakan-rakan anda. Jika elok perangai mereka, maka eloklah perangai anda, jika tidak maka sebaliknya yang berlaku.
Adakah kawan terbaik ialah kawan yang menangis ketika kita menangis?
Adakah kawan terbaik membantu kita dari segi kewangan ketika kita mengalami masalah kewangan?
Adakah kawan terbaik ialah kawan yang bersusah-senang ketika apa jua keadaan?
Sila jawab persoalan di atas. Saya dapat berasa bahawa ada di antara pembaca mungkin tidak jelas dengan persoalan tadi bukan. Mungkin ada yang sudah dapat mengagak apa yang saya cuba sampaikan. Bagus!! Jawapannya sebegini. Ciri-ciri di atas memang mempunyai ciri-ciri kawan yang baik. Namun ia sebenarnya tidak lengkap. Biar saya sampaikan dengan mudah iaitu kawan terbaik ialah kawan yang membantu kita mendapatkan syurga. Kawan yang menyedarkan kita akan kebesaran Allah dan ketika hati kita gelap, dia yang menyuluh hati kita gara terang benderang semula. Tidak semestinya dia tidak berada dengan kita selalu, dia adalah yang terbaik kepada kita. Hargailah merka yang selalu berbuat demikian kepada anda. Kebiasaanya ialah kita sebenarnya tidak mengetahu siapa sebenarnya rakan terbaik bagi kita. Umumnya kita definisikan kawan baik ialah orang yang selalu bersama kita. Tapi kita perlu tahu kadang-kadang mereka ini bukanlah yang terbaik bagi kita.
Saya meminta maaf sekiranya entry pada kali ini mungkin menyinggung hati para pembaca kerana saya mendefinasikan 'kawan baik'. Bukan tujuan saya untuk berbuat demikian. Cuma saya ingin menyeru para pembaca dan diri saya sendiri supaya sedar dalam hal-hal persahabatan. Biasa kan dengar pepatah:
Kawan ketawa ramai, kawan menangis sedikit"
Ha, memang benar keadaan sedemikian. Tetapi tidak semestinya untuk menjadi kawan baik anda perlu menangis. Seorang kawan yang baik ialah kawan yang membantu kita menghadapi cabaran yang akan datang, memberi sokongan dan memberikan senyuman. Bukannya membuatkan orang menangis lagi..(apeda punya orang). Mereka inilah yang saya maksudkan orang yang membawa kita ke syurga. Subhanallah, kita semua mahukan syurga dan mereka inilah yang boleh membantu kita.
trulyidea berharap entry ini dapat difikir-fikirkan oleh para pembaca-pembaca sekalian. Saya bukan pandai orangya dan ini cuma pandangan dang perkongsian ilmu yang telah saya pelajari. Insyaallah lebih banyak lagi yang saya ingin kongsikan kepada anda semua.Nantikan entry seterunya ya...sekian ;)
Thursday, November 11, 2010
Bijakkah kita 5
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya akan menyambung tajuk ini dengan pelbagai plot-plot yang menarik. Harap kepada semua terhibur dengan siri pada kali ini. Kalau anda tidak terhibur, pergilah berhibur. Kalau tidak mahu berhibur, suruhlah orang yang menghiburkan anda. Kalau tiada orang yang nak hiburkan anda. Bacalah tajuk Bijakkah kita...hehe..baiklah, sebelum kita membazir masa, eloklah saya menyambung semula siri ini. Kejap ye, saya mahu menyuruh pekerja saya menutup lampu dan memasang suara latar supaya para pembaca mendapat kesan menyeluruh daripada kisah ini. Hah, dah pasang pun.
****************************************************************************************
Selang keesokan harinya pagi-pagi lagi Pak Pandir mendapat tahu bahawa ketiga-tiga penipu tersebut telah menggali lubang yang sungguh besar hinggakan mengganggu lalu lintas orang ramai. Memang besar betul lubang yang mereka gali, orang ramai kata sama besarnya seperti sebuah kapal tetapi malangnya mereka sama sekali tidak menemui apa-apa hidangan sepertimana yang mereka idam-idamkan. Tanpa banyak bicara Pak Pandir pun terus memikirkan perancangan seterusnya kerana dia tahu sudah pasti mereka bertiga akan datang semula ke rumahnya. Setela mendapat tahu satu jalan, dia terus berlari ke pasar untuk membeli sepasang arnab.
Dia pun membawa sepasang arnab tadi pulang ke rumah, Pak Pandir memberikan seekor kepada isterinya supaya disimpan di dalam sebuah raga dan kemudian dia memberitahu isterinya supaya menyiapkan hidangan seperti semalam kerana tiga orang temannya akan datang makan tengahari di rumah. Dia memberikan sedikit duit kepada isterinya untuk membeli barang-barang keperluan lantas dia berkata:
"Ingat! Jangan sampai terlambat!"
Dia pun mengambil sekor arnab lalu dimasukkan ke dalam poket jubahnya sambil berlalu keluar rumah. Sebelum keluar dia berkata kepada isterinya:
"Aku mahu bersiar-siar di kawasan kebun sebentar dan aku akan pulang bersama tiga orang temanku nanti. Jadi buatlah hidangan yang bagus-bagus dan jangan terlambat!".
Pak Pandir pun berjalan ke kawasan kebunnya yang tidak beberapa jauh dari rumahnya. Sampai di kebun dia duduk di bawah sebuah pokok sambil memandang-meamndang ke arah jalan besar untuk memastikan kedatangan mereka bertiga. Setelah agak lama kelihatanlah dari jauh kelibat mereka bertiga, mereka berlari-lari dengan penuh kelam kabut seperti semalam sambil menghayun-hayun cangkul yang mereka beli semalam.
"Sudah pastilah mereka dalam perjalanan ke rumahku!", kata Pak Pandir dalam hatinya.
Bilamana sudah hampir sampai dengan tempat di mana Pak Pandir bersembunyi, terus merka Pak Pandir keluar k jalan besar. Mereka pun terkejut dan terus berhenti dengan muka yang bengis, baju yang kotor hinggakan habuk penuh di atas kepala mereka tetapi dengan tenang Pak Pandir pun berkata:
"Selamat datang wahai saudara-saudaraku! Selamat datang! Apa Khabar kamu semua hari ini? Bertenang-bertenang, jangan kelam kabut!".
Salah seorang daripada mereka terus menghayunkan batang cangkul ke arah ke arah Pak Pandir tetapi dielak Pak Pandir dengan gaya matrix yang penuh bergaya. Dengan senyuman manis Pak Pandir berkata lagi:
"Bertenang, jangan meradang tidak tentu pasal. Saya tahu kamu semua ini sedang keletihan pakaian kamu kotor, memang jelaslah bahawa kamu baru selesai kerja kuat menggali lubang tadi. Minta maaflah, itu semua kesilapan kecil dan ianya boleh dibaiki dengan cara yang baik. Mari ke rumahku untuk makan tengahari, kita makan dulu lepas itu kita sambunglah perbincangan kita.!".
Si gemuk pendek seperi biasalah hendak menerkam ke arah Pak Pandir tetapi ditahan oleh kedua temannya lalu berkata:
"Sabar! Sabar! macammana sekalipun kita makan dulu, selepas itu barulah kita ajar dia.!".
Si gemuk pendek pun kembali tenang dan berkata:
"Kami akan memenuhi permintaa kamu Pak Pandir, tetapi ingat kali ini kamu jangan cuba untuk menipu kami lagi".
Pak Pandir pun menganggukkan kepalanya tanda bersetuju. Kemudian sambil berjalan Pak Pandir pun berkata:
"Oh, untuk samapi ke rumahku masih agak jauh jadi lebih baik aku kirimkan utusan kepada isteriku sekarang supaya dia dapat menyiapkan hidangan dengan cepat. Jadi bila kita sampai nanti, tidak perlulah kita tertunggu-tunggu lagi!".
Serta-merta Pak Pandir pun mengeluarkan dari poket jubahnya seekor arnab yang memang telah disimpannya tadi( macam pokemon la pulak ), lalu dia pun berkata dengan berbisik-bisik pada telinga si arnab seakan-akan memberitahu supaya memberitahu isterinya menyiapkan hidangan segera sebelum sampai. Kemudia Pak Pandir pun pun melepaskan arnab tadi berlari. Arnab pun lari penuh gembira sebab dilepaskan dan tak lama kemudian si arnab pun hilanglah daripada pandangan mata mereka.
Melihat yang demikian mereka bertiga berkata serentak:
"Pak Pandir, kamu jangan cuba menipu kami lagi!"
"Alhamdulillah, aku bukannya mahu menipu kamu tetapi ini adalh kurniaan Allah kepadaku. Kalau ada apa-apa pesanan yang perlu segera dilakukan oleh isteriku, maka aku tidak perlu susah-susah. Aku hanya perlu bisikkan pada arnabku tadi dan melepaskannya. Lalu, dia akan pulang dan memberitahu isteriku. Kalu kamu tidak percaya, lihatlah dengan mata kamu sendiri. Aku bukannya mahu menipu kerana ini semua adalah kenyataan.
Sedikit-dmi sedikit mereka termakan dengan kata-kata Pak Pandir walaupun mereka terlalu marah kepada Pak Pandir. Mereka menjadi yakin apabila mereka sampai ke rumah Pak Pandir dan mereka sedar bahawa memang betul-betul hidangan telah tersedia di ruang tamu. Memang mereka percayalah, lalu Pak Pandir pun menjemput mereka makan apa lagi mereka pun makan dengan lahap sekali seperi semalam kerana kebetulan mereka memang lapar.
Sambil mereka makan Pak Pandir pun bertanya kepada isterinya:
"Mana kamu letak arnab tadi?"
Jawab isterinya pula:
"Ada di dalam sangkar sana, saya telah memberikannya lobak utntuk dimakan dan dia sedang memakannya".
"Eloklah tu, mungkin lepas ini tetamu-tetamu kita ingin melihat arnab itu, nantilah lepas mereka minum biarkan dia di dalam sangkar itu!",sambung juha.
Sambil makan mereka bertiga sama-sama berbisik:
"Alangkah bagusnya kalau kita memperolehi arnab tersebut senanglah urusan kita. Kalau ada apa-apa pesanan untuk isteri kita, kita tidak perlu susah-susah lagi hanya tinggal kirim utusan melalui si arnab tersebut. Dan kalau mereka sedang berniaga di pasar, jika ada mana-mana pelanggan yang datang marah kita, maka senanglah untuk mereka larikan diri dahulu. Sebab mereka dah dapat maklumat terlebuh dahulu daripada arnab itu, elok juga tu!".
bersambung....penat gile taip sampai berpeluh-peluh
COMING UP

Don't worry guys. I'm now more freely for updating my blogs and just wait for new post. Still coming up post with love, dramatic stories and a little bit experiences. I'm working on with you guys and thank you for supporting me.